Gambar di bawah ini menunjukkan pihak pengurusan KTMB yang telah mengadakan perbincangan mengenai RNAA di MYRA baru-baru ini, turut dihadiri dalam perbincangan tersebut ialah Lembaga Pengarah KTMB
Menariknya gambar ini semua mengatakan bagus, mungkin RNAA memang bagus kot, RUM sekadar mentafsirkan gambar.
RUM sendiri duk pening tang mana "BAGUSNYA"?
RUM bagi 1 contoh
"PAY PER USED" adalah sebahagian perancangan RNAA.
Bengkel Batu Gajah sekarang ini tidak dikenakan sebarang cas sewaan, selaras dengan warta kerajaan 1992, selepas RNAA aset Bengkel Batu Gajah akan diserahkan kepada RAC, maka di bawah konsep "PAY PER USED" maka KTMB perlu membayar sewa Bengkel Batu Gajah ke RAC.
Katakan sewa bulanan RM 100.000.00 maka KTMB akan membayar sewa bulanan kepada RAC sebanyak RM 100.000.00, ini berdasarkan di bawah RNAA tujuan dan hasrat adalah membantu KTMB dari sudut kegagalan KTMB memenuhi inisiatif Plan Transformasi berakhir 2016 yang mana pencapaiannya adalah 62%.
Hak Milik Bengkel Batu Gajah adalah hak milik RAC di bawah RNAA.
Di suatu ketika ada satu syarikat akan menawarkan penyewaan sebanyak RM 120,000.00 sebulan, mungkinkah RAC akan mengambil keputusan iaitu sewaan yang ditawarkan adalah lebih baik, maka RAC menarik sewaan dari KTMB dan menerima tawaran dari Syarikat tersebut. Tidak mustahilkan...
Sekiranya ianya berlaku dimanakah KTMB ketika itu?
Ini baru 1 contoh, dalam taklimat RUM siri ROAD SHOW telah menerangkan beberapa contoh lagi kepada ahli-ahli yang akhirnya dalam satu tempoh KTMB tidak akan wujud lagi.
Di tafsirkan melalui gambar di bawah ini pihak pengurusan telah melahirkan dengan perbuatan RNAA adalah "BAGUS" atau mungkin hanya sekadar bergambar tetapi naluri hati mengatakan "aku terpaksa" tapi bila dilihat dengan senyuman maka perbuatan menunjukkan "BAGUS" itu boleh dianggap pihak pengurusan dengan ikhlas mengatakan RNAA itu bagus, Wallahu'alam.
RUM tetap menyatakan RNAA bakal melenyapkan KERETAPI TANAH MELAYU setelah lebih 130 tahun wujud di negara ini, perancangan bersifat kepentingan individu tanpa melihat kepentingan KTMB, PEKERJA, RAKYAT DAN NEGARA! maka RNAA tidak wajar dilaksanakan malah hendaklah dibatalkan, pencetus idea ini boleh dianggap sebagai PENGKIANAT NEGARA.
Maka itu pendirian RUM jelas bahawa RNAA hendaklah dihentikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB