25 Februari 2017

RNAA MENARIK SOKONGAN NGO DALAMAN & LUARAN KTMB

RUM sedang memikirkan perancangan selanjutnya untuk mendapat sokongan dari semua pihak samada dalaman dan luaran dalam menentang perancangan RNAA sehingga RNAA dibatalkan.

Ianya adalah kerana RNAA bukan sahaja masalah KTMB maupun pekerja @ RUM tetapi ianya melibatkan kepentingan rakyat dan negara dari sudut kedudukan KTMB sebagai khazanah negara dan memberi perkhidmatan sosial kepada rakyat.

Kewujudan RNAA memberi kesan negatif serta implikasi yang besar sekiranya dikaji secara mendalam malah RUM juga perlu mendapat pandangan dari semua pihak samada dalaman maupun luaran  setelah taklimat diberikan kepada mereka, sokongan dari luaran terhadap KTMB sangat penting kerana ianya juga melibatkan kepentingan rakyat dari sudut perkhidmatan sosial apatah lagi KTMB yang telah wujud lebih 130 tahun boleh dianggap sebagai khazanah negara dengan nama "Keretapi Tanah Melayu" yang perlu dipertahankan.

Perancangan ini sangat penting agar semua yang terlibat nanti akan memahami masalah KTMB selepas pengswastaan dan mereka boleh membantu RUM untuk mempertahankan KTMB dari tersembam setelah KTMB diwujudkan dinegara ini 130 tahun yang lampau.

RUM akan bergerak dari semua sudut untuk mendapatkan sokongan untuk membantah RNAA sehingga RNAA dibatalkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • BAJETKTMB tiada duit.. Harga tambang murah.. Beli set train tak de kualiti.. Suntikan tak nak bagi.. Nak perbaiki perkhidmatan perlu kos.. Marhaein duk bising.. KTMB dipersalahkan... Adeiiii.... Nasib.. nasib... Kata Pak Menteri.… Read More
  • KOMEN YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA BUKTIKAN KTMB TIDAK BERSALAHRUM berharap pihak pengurusan KTMB bersikap jujur dan tanpa rasa takut hendaklah "BERANI"  untuk memberi penjelasan mengenai teguran YAB DS PM secara terbuka, ceritakan kedudukan dan kelemahan ETS yang sebenar termasuk d… Read More
  • PROTON GAGAL PROJEK TUN RNAARUM tertarik dengan kenyataan ini satu keberanian kerajaan menyatakan bahawa Proton atas usaha Kerajaan telah dikatakan "GAGAL" dan ia adalah cetusan idea Tun Mahathir, RUM sangat mengalu-alukan kenyataan ini. Bukan sesuatu y… Read More
  • SET TRAIN DARI CHINA KTMB KAMBING HITAM RNAARUM pernah menulis pasal ETS buatan CHINA malah pernah menulis mengenai SCS buatan CHINA, dijangka 19set ETS yang bakal hadir ke KTMB pada tahun 2019 juga adalah buatan CHINA, begitu juga pembeliaan 13 set DMU yang bakal hadi… Read More
  • RNAA : BAGUS (BILA GAMBAR BERBICARA) Gambar di bawah ini menunjukkan pihak pengurusan KTMB yang telah mengadakan perbincangan mengenai RNAA di MYRA baru-baru ini, turut dihadiri dalam perbincangan tersebut ialah Lembaga Pengarah KTMB Menariknya gambar in… Read More