08 Februari 2017

RNAA: SEWA KUARTERS KTMB DINAIKKAN

Kelebihan pekerja KTMB secara majoritinya ialah menikmati faedah perumahan (kuarters) dengan kadar sewa yang sangat murah malah lebih murah dari Pangsapuri Perumahan Rakyat (Bandaraya KL), faedah ini sekian lama terwujud dan telah termaktud dalam Perjanjian Bersama (CA).

Tujuan kuarters KTMB diwujudkan sejak dulu adalah memberi kemudahan kepada pekerja agar perkhidmatan keretapi yang diletakkan di bawah "perkhidmatan sosial" tidak terganggu dan menjejaskan perkhidmatan kepada pengguna malah takrifan "perkhidmatan sosial" suatu pengertian yang cukup mendalam demi kepentingan rakyat.

Dengan kewujudan RNAA maka faedah yang diterima "sewa rumah kuarters" sehingga kini akan terhapus bila mana antara cadangan RNAA adalah mengikut "Harga Pasaran", bayangkan dengan pekerja bergaji rendah maka terpaksa menampung kos sewa rumah yang tinggi maka gaji bulanan yang diterima akan dipulangkan kembali kepada Syarikat, manakala pekerja yang bernasib baik ditawarkan bekerja dengan syarikat swasta tidak lagi mempunyai keistimewaan menduduki kuarters malah segala faedah dalam CA terhapus.

Adakah ini menguntungkan pekerja? RNAA tidak memberi sebarang faedah kepada pekerja sebaliknya idea ini akan menghakis banyak faedah yang telah wujud dalam Perjanjian Bersama maka kerugian besar akan berlaku pekerja jadi mangsa.

RNAA IDEA PALING KARUT!












Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • Kita Patut Tiru China, Bukan Beli Dari Dia: Kesatuan KTMBOleh Ainul Illia Meor Suzurudin KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) berpendapat kerajaan tidak perlu membeli lokomotif daripada China, sebaliknya meniru apa ya… Read More
  • RUM siap untuk gembur demi masa depan pekerjaDengarlah wahai ahli-ahli RUM, kenyataan YB Tim Menteri Pengangkutan di Parlimen. Taklimat RUM melalui ROADSHOW baru-baru ini telah pun pihak RUM jelaskan, makanya kita perlu bersiasedia untuk berperang. YB Datuk Aziz Karpawi… Read More
  • LANGGARRUM selalu pesan setiap perkara bawa bincang, setiap perancangan yang melibatkan implikasi pekerja bincang dengan RUM, RUM boleh dibawa berbincang, cuma RUM akan banyak mengemukakan soalan dalam setiap satu perancangan yang b… Read More
  • KTMB Bakal Lenyap Jika RNAA Terlaksana: RUM KTMB bakal lenyap jika RNAA terlaksana: RUM March 7, 2017 Berita Utama, Utama 0 Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api idea Liow Tiong Lai beri impak negatif, termasuk pemberhentian pekerja, hilang perkataan Melayu Oleh Ainul … Read More
  • PERKEMBANGAN RNAAPihak RUM masih menunggu temujanji dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia. Difahamkan pengaturan sedang diaturkan dengan kehadiran YB Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan dan YBhg Dato S… Read More