10 Februari 2017

RNAA: KERETAPI TANAH MELAYU BAKAL JADI MEMORI MARI BERSAMA PERTAHANKAN KTMB

Keseluruhan landasan Kererapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Semenanjung Malaysia ialah 1699 km. Landasan berkembar yang siap sepenuhnya adalah antara Gemas ke Padang Besar yang boleh melarikan tren berkuasa letrik.


Setakat ini keseluruhan pengunaan landasan keretapi yang digunakan adalah lebih kurang 30% manakala 70% tidak digunakan kerana KTMB tidak mempunyai lokomotif, wagon, ets maupun komuter yang mencukupi.

KTMB yang diperkatakan oleh ramai pihak adalah perkhidmatan yang tidak pernah meraih keuntungan, ramai pihak luar maupun pihak tertentu menunding jari kepada KTMB kerana sejak pengswastaan KTMB kononnya gagal meraih keuntungan sedangkan KTMB adalah sebuah syarikat berorientasikan perniagaan.

Kenapa gagal? RUM pernah menulis kegagalan KTMB adalah kadar tambang samada Kargo maupun Pengangkutan Penumpang disebabkan sekatan pihak kerajaan sendiri yang tidak membenarkan kenaikan tambang mengikut kadar kos operasi, bila mana ini tidak dibenarkan sewajarnya kerajaan membayar ganti rugi berdasarkan perbezaan tambang kos operasi dengan kadar tambang yang dikenakan kepada penumpang, dukacitanya keadaan ini tidak berlaku, KTMB diibaratkan sebagai "pengemis" memohon suntikan kewangan malah pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyalahkan pengurusan KTMB kerana tidak tahu berniaga.

Maka terciptalah idea Railway Network Access Aggrement (RNAA) kononnya dengan mewujudkan RNAA maka KTMB boleh meraih keuntungan kerana semua perkara yang RUM utara melalui topik "APAKAH AKAN TERJADI KEPADA PEKERJA" akan dipindah milik kepada RAC, bermakna KTMB tidak lagi menanggung kos maintenance malah dapat menjimatkan pembayaran gaji pekerja, 

KTMB hanya memfokuskan bidang "operator" atau dengan maksud lain hanya melarikan tren.
Jajaran tren yang mengunakan landasan tidak lagi dimonopoly oleh KTMB ianya akan dikongsi bersama dengan syarikat-syarikat luar yang menjalankan perniagaan yang sama kononnya satu persaingan yang sihat dari aspek mereka yang mengkaji dari satu sudut tanpa melihat sudut yang lain.

KTMB tidak lagi mempunyai sebarang harta malah bangunan yang ada juga adalah milik RAC semua harta KTMB akan dipindah milik, kalau ada tidak lebih dari 10% maka setiap item yang pernah menjadi milik atau kegunaan KTMB hanya berbentuk sewaan, KTMB akan membayar setiap sen pengunaan harta milik RAC, jadilah KTMB sekadar sebuah syarikat biasa yang tidak mempunyai sebarang pengertian.


Dikatakan persaingan itu sihat, tapi ramai yang tidak sedar bahawa landasan yang ada hanya satu (1) pergi dan satu (1) balik yang dipanggil landasan berkembar. Yang menjadi nadi pengatur cara pengunaan landasan adalah Operator Management Centrelise (OMC) boleh disebut sebagai "jantung ktmb) akan menjadi milik RAC, maka berebutlah antara operator-operator ini untuk mengunakan "landasan terhad" walaupun dikatakan hanya 30% pengunaan KTMB dalam pengunaan landasan kerana pengangkutan penumpang tidak boleh dilengahkan berdasarkan waktu bertolak dan kedestinasi telah dijadualkan. Disinilah masalah KTMB bilamana akan berlaku nanti KTMB melalui pengangkutan KARGO ketinggalan iaitu dikemudiankan untuk memberi laluan kepada syarikat lain (wait n see) maka KTMB dengan kekangan harga tambang, kargo bermasalah, kemudian gagal membayar sewa, maka akan dituduh bahawa KTMB tidak pandai berniaga dengan mengunakan dalil syarikat luar yang mengunakan landasan yang sama mampu memperoleh keuntungan, KTMB tetap akan jadi mangsa.

KTMB akhirnya dalam satu tempoh akan tinggal nama kerana anasir-anasir ini akan membunuh KTMB melalui cara senyap.


Maka kalau jujur dan ikhlas pertahankan khazanah negara maka RNAA hendaklah dihentikan, RNAA bukannya jalan penyelesaian untuk menjadikan KTMB mampu memperoleh keuntungan tetapi banyak kaedah lain yang boleh dan mampu menjadikan KTMB memperoleh keuntungan.

Dari A - Z RNAA adalah satu agenda yang tidak sihat kerana akan melumpuhkan KTMB dan mangsanya adalah pekerja, Keretapi Tanah Melayu hanya sebuah nama yang telah ditadirkan sebagai "MEMORI".

Kepada pekerja perlu sedar sdr/ i ibarat "telur dihujung tanduk" mungkin sdr/i berfikir ini bukan masalah, tapi bila "dah terhantuk baru terngadah", maka "nasi sudah jadi bubur", fikirkan Perjanjian Bersama yang telah meningkat bermula dari yang pertama (1) kini telah masuk ke lapan (8) bayangkan semua faedah ini telah tiada atau kalau ada sekurang-kurangnya kembali kepada "basic" atau lebih baik "sedikit" dari Akta Kerja dan "kurang banyak" apa yang telah kita nikmati melalui CA.


Konklusinya PENGSWASTAAN KTMB pada tahun 1.8.1992 totally "GAGAL" pencetusan idea "RNAA" kesinambungan kepada agenda yang sama mengagalkan KTMB. RNAA adalah lebih teruk agendanya dari Pengswastaan KTMB.

Marilah kita sama-sama tidak kira ahli RUM, bukan ahli RUM, pencinta keretapi, NGO, mana-mana pertubuhan bersama RUM mempertahankan KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB). KTMB milik rakyat @ milik negara idea cetusan Kementerian Pengangkutan melalui RNAA hendaklah ditolak.

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja











Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB