27 Februari 2017

RNAA : ROAD SHOW RUM SATU KEJAYAAN

Pertemuan degan ahli RUM di JB
Konklusi lawatan ke cawangan-cawangan RUM dalam siri ROAD SHOW RNAA telah mengambarkan keseluruhan pertemuan diakhiri dengan satu keputusan MENOLAK RNAA. 

Kehadiran secara keseluruhan telah melangkaui 1000 ahli RUM, kehadiran ini sungguh memberangsangkan kerana situasi ahli yang perlu dikumpulkan bukan sesuatu yang mudah kerana kedudukan jadual kerja yang tidak menentu malah tempat perjumpaan untuk dihadiri kalangan ahli yang markasnya adalah jauh dari tempat berhimpun, kehadiran mereka berdasarkan tanggungjawab sebagai ahli dan secara sukarela.

Dengan kejayaan ROAD SHOW ini telah mengambarkan RUM dengan "TEGAS" menolak RNAA malah himpunan akan datang yang akan disebut "DEMONTRASI" akan lebih hebat sekiranya kami lakukan ke destinasi yang dituju.

Ledakan semangat berjuang kami sentiada meluap-luap dan bersedia berjuang abis-abisan untuk memastikan RNAA dihentikan, makanya tindakan akan diambil terhadap pihak yang mana berkenaan jangan dipandang remeh, kerana RUM akan bertindak setelah menilai semua usaha yang dilakukan adalah "GAGAL".

Malah tarikh perhimpunan yang bakal diadakan juga nanti adalah satu misteri yang dianggap "tarikh keramat" yang boleh menjadi satu tamparan hebat @ menghantui mana-mana pihak.

Kami harap perhimpunan @ demontrasi selanjutnya tidak menjadi, kerana kami masih berharap keluhan kami dapat didengari, masalah kami dapat diatasi dan RNAA hendaklah dihentikan, kami bukan sengaja hendak buat sebegini, tapi jangan memaksa kami untuk melakukan, jangan salahkan kami andai RNAA tidak dihentikan.

Prinsip kami mudah...

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".
"Alang-alang mandi, biar sampai basah"
"Kami tidak takut bermain dengam ombak"
"THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • RNAA : APAKAH NASIB PEKERJA FLEET & MAINTENANCE? Baru -baru ini kita semua sedia maklum bahawa Lokomotif 24 kelas telah diserahkan kepada Syarikat Majestic Sdn Bhd untuk "overhaul", difahamkan tanpa mengikut Prosedur Perolehan, alasan yang diberikan kononnya pekerja Fleet … Read More
  • RNAA: SEWA KUARTERS KTMB DINAIKKAN Kelebihan pekerja KTMB secara majoritinya ialah menikmati faedah perumahan (kuarters) dengan kadar sewa yang sangat murah malah lebih murah dari Pangsapuri Perumahan Rakyat (Bandaraya KL), faedah ini sekian lama terwujud dan… Read More
  • RNAA : APAKAH NASIB PEKERJA JABATAN HARTANAH? Sebelum kewujudan RAC pada tahun 1992, jabatan hartanah KTMBlah yang mengurus dan mentadbir semua aset hartanah KTMB, akibat pengswastaan pada 1.8.1992 maka skop jabatan hartanah dikecilkan kuasa yang ada diserahkan kepada P… Read More
  • RNAA : APA NASIB PEKERJA STESEN? Antara cadangan RNAA ialah semua stesen akan diserahkan kepada RAC, maka semua stesen bukan lagi milik KTMB, maka semua penyelenggaraan stesen berkemungkinan dilakukan oleh RAC malah kemungkinan urusan kerja-kerja stesen yan… Read More
  • RNAA : BANGUNAN KTMB / STESEN KLO Masih ingatkan sdr/i bagaimana RUM mempertahankan Bangunan KTMB dan Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur (KLO) dari diambilalih oleh YTL dan MMC. RUM berjaya mempertahankan Bangunan bersejarah ini dan ianya kekal sehingga h… Read More