Masih ingatkan sdr/i bagaimana RUM mempertahankan Bangunan KTMB dan Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur (KLO) dari diambilalih oleh YTL dan MMC.
RUM berjaya mempertahankan Bangunan bersejarah ini dan ianya kekal sehingga hari ini sebagai Ibu Pejabat KTMB.
Dengan kewujudan RNAA, Bangunan milik KTMB ini akan jatuh ketangan RAC, maka usaha-usaha pihak luar untuk mengambilalih Bangunan KTMB dan Stesen KLO akan kembali pasti RAC tanpa halangan dari RUM akan serah milik kepada Syarikat Luar untuk memiliki Bangunan Bersejarah ini.
Maka akan kehilanganlah bangunan bersejarah ini sebagai Ibu Pejabat KTMB kemudiannya Bangunan KTMB ini akan dijadikan milik syarikat luar seperti mana perancangan oleh YTL & MMC untuk menjadikan Hotel satu ketika dulu.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB