07 Februari 2017

RNAA : APAKAH NASIB PEKERJA FLEET & MAINTENANCE?

Baru -baru ini kita semua sedia maklum bahawa Lokomotif 24 kelas telah diserahkan kepada Syarikat Majestic Sdn Bhd untuk "overhaul", difahamkan tanpa mengikut Prosedur Perolehan, alasan yang diberikan kononnya pekerja Fleet & Maintenance tidak berkemampuan membuat "overhaul" lokomotif kelas 24.

Pihak RUM dengan tegas menyatakan pekerja KTMB mempunyai kepakaran untuk membuat "overhaul" kerana ianya adalah kerja-kerja rutin, kepakaran ini tidak boleh diragui dalilnya diantara gambar di bawah ini adalah kerja-kerja "overhaul" yang dilakukan oleh pekerja KTMB untuk kelas 24 dan kelas 25.

Pekerja-pekerja KTMB juga boleh membaikpulih koc, wagon dan sebagainya, pokoknya bekalkan alat ganti malah sekiranya berlaku kegeliciran tren pekerja Fleet & Maintenance mempunyai kumpulan "breakdown gang" yang boleh mengangkat jentera-jentera yang tergelincir.

Pekerja Fleet & Maintenance adalah dikatogerikan pekerja mahir, maka itu tiada keperluan untuk mewujudkan MRO kepada pihak swasta sedangkan kemampuan yang ada boleh dilakukan oleh pekerja sendiri.

Mewujudkan RNAA dengan tujuan menyerahkan kepada syarikat swasta adalah sangat mendukacitakan kerana ianya boleh dianggap "membunuh" kepakaran yang telah dimiliki oleh KTMB sendiri, kerana dasar MRO telah digunapakai oleh KTMB semenjak wujudnya KTMB, jadi apakah faedahnya mewujudkan RNAA?

RNAA adalah asas kepada kemusnahan periuk nasi pekerja malah dalam satu tempoh KTMB akan tergadai.















Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • RNAA ROAD SHOW LEMBAH KLANG Terima kasih atas kehadiran Presiden MTUC, Setiausaha Agung MTUC, Presiden Uni Global sokongan kalian membakar semangat kami untuk terus berjuang. Terus bangkit terus berjuang, tiada rasa gentar demi mempertahankan KTMB &… Read More
  • RNAA ROAD SHOW SENTUL/KUALA LUMPUR & P.KLANG ROAD SHOW esuk 16/2/2017 jam 3 petang di Dewan NUBE Brickfield sangat menarik kerana menghimpunkan 3 buah cawangan serentak. Pihak RUM akan menerangkan mengenai Transformasi KTMB, RNAA dan implikasi RNAA kepada ahli-ahli … Read More
  • RNAA LAWAK BINGAI DULU teringin sangat pergi kL SEKARANG bekerja di KL.. kelakarkan... DULU nak kahwinSEKARANG dan kahwin... kelakarkan... DULU nak ucap terima kasih...SEKARANG nak ucap pegilah... kelakarkan... DULU kita kawan...SEKA… Read More
  • 'Kau usik KTMB, RUM, langkah mayat aku dulu' Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) memberi amaran akan berkempen bagi menewaskan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api … Read More
  • Persatuan pekerja tuntut janji Tiong Lai bincang isu KTMB KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menunaikan janjinya bertemu Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM). Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata isu berkaitan perjanjia… Read More