
29 Oktober 2016
LAWATAN KE SPOT DERAILMENT
Sabtu, Oktober 29, 2016

RUM merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua pekerja yang bertungkus-lumus untuk menyegerakan
pembaikpulihan landasan bagi memastikan landasan bebas untuk
perkhidmatan tren. Sumbangan sdr/i tidak kira dari jabatan mana, amat
RUM hargai.
Terima kasih kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, YBhg Dato Ahmad Zainuddin Lembaga
Pengarah KTMB, Pengurus Besar2 KTMB, Pengurus Wilayah Utara, semua
pegawai KTMB yang...
28 Oktober 2016
MOHON KERJASAMA AHLI-AHLI RUM MAJOR DERAILMENT
Jumaat, Oktober 28, 2016
Saya mohon
pada semua pekerja khususnya ahli2 RUM agar tidak menolak untuk tidak
bekerja bagi memastikan kegelinciran yang berlaku pagi tadi dapat
dibaikpulihkan dengan kadar segera. Keutamaan kita adalah untuk
kepentingan
KTMB dan kepentingan pengguna khususnya rakyat Malaysia.
Saya amat memahami kesulitan khususnya ahli-ahli RUM yang rata-rata
tidak dibayar kadar lembur atau kerja lebih masa disebabkan kelemahan
pentadbiran pengurusan KTMB yang menyebabkan kos perbelanjaan bulan ini
agak menyukarkan pekerja.
RUM sangat berharap...
48 jam paling awal [METROTV]
Jumaat, Oktober 28, 2016
Batu Gajah: Sekurang-kurangnya
12,000 penumpang ETS dari Padang Besar hingga ke Gemas kedua-dua hala
terjejas berikutan gerabak simen kosong tergelincir di Kampung Bakap,
dekat sini, hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB), Ridhwan Arshad, pihaknya memerlukan 48 jam paling
cepat untuk dipulihkan.
"Memandangkan sekarang adalah waktu puncak kerana cuti Deepavali, esok,
semua tiket membabitkan 40 jadual perjalanan habis terjual dengan
anggaran 12,000 penumpang.
"Kita sedang berusaha sebaik mungkin bagi memulihkan...
27 Oktober 2016
"radio karat"
Khamis, Oktober 27, 2016
Macam macam visi cerita, kadang-kadang nak ketawa pun ada... banyak
betul "radio karat".... yang telefon pun ramai... mak oiii... jenuh
nak menjawab...
Cam nilah... tak yah bawa citer... tak de citer
menarik pun... kalau nak tau citer... cari dengan orang-orang yang
betul-betul tau citer.. atau siasat dahulu kebenaran... untuk
mendapatkan kesahihan...
Nak tanya dengan saya... saya pun tak tau nak jawab... nanti salah jawab... jadi isu pulak... lebih baik diam..
Presiden R...
MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENYERAHAN 10 UNIT LOKOMOTIF 24 KELAS KEPADA MAJESTIC
Khamis, Oktober 27, 2016
Majlis Eksekutif Kesatuan berpendirian "MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA"
penyerahan 10 buah Lokomotif kelas 24 kepada syarikat yang bernama
Majestic.
Majlis Eksekutif
mengambil pendirian perkara ini perlu disiasat sehingga akar umbi,
sekiranya ada "KETIRISAN" tindakan tatatertib hendaklah diambil tanpa
kira kedudukan atau jawatan.
Majlis Eksekutif mendesak
membatalkan penyerahan 10 buah lokomotif kepada Majestic, malah bersedia
untuk mengambil tindakan perusahaan.
Majlis Eksekutif juga
mengambil ketetapan membantah semua pengunaan faciliti...
26 Oktober 2016
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Rabu, Oktober 26, 2016
RUM menegaskan dari sudut tugas dan
tanggungjawab kepada ahli maka RUM akan bersuara samada melalui
perbincangan tidak rasmi, persuratan malah melalui media "SUARA RUM".
Jangan salahkan RUM, kerana menjadi peranan RUM untuk mempertahankan
mana-mana kepentingan pekerja, sekalipun kepimpinan RUM terpaksa
terbakar, prinsip tetap prinsip.
Ketegasan ini telah RUM perjelaskan malah ianya bukan perkara baru,
makanya sebelum lakukan sesuatu fikir dulu banyak kali, kerana RUM bukan
sahaja mengingatkan melalui perbincangan lisan, mesyuarat...
AL FATIHAH
Rabu, Oktober 26, 2016

RUM dapat maklum bahawa Sdr Raitul telah kembali ke Ramatullah..
Semoga Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.
...
25 Oktober 2016
ZAMAN BERUBAH/BUKAN MUDAH
Selasa, Oktober 25, 2016
Tiap sesuatu yang hendak dicapai
bukanlah sesuatu yang mudah, ibarat mudah menyebarkan maklumat yang
belum tentu kesahihannya tanpa menyelidiki samada benar ataupun salah.
Sikap inilah yang menjadi trend hari ini, apa saja berita yang diterima terus diterima tanpa selidiki kebenarannya.
Zaman jauh berbeza... dulu tiada facebook, tiada twitter, tiada
whatsapp dan tiada macam-macam... hari ini semua boleh menyampaikan
berita... hanya sekadar mendengar... tapi kesahihannya... adeiiii....
Cukup besar cabaran hari ini, apatah lagi yang pandai...
24 Oktober 2016
CA 8 (BOARD)
Isnin, Oktober 24, 2016
Pihak kesatuan telah dimaklumkan secara "tidak rasmi" bahawa CA 8 telah diluluskan dengan "bersyarat".
Justeru itu dinasihatkan pada mereka yang duk bawa mulut... citer
sana.. citer sini... belum apa-apa... dah macam tau A-Z hentikanlah...
Pada ahli-ahli RUM setiap kenyataan dari sumber yang *tidak sahih* tu
jangan cepat sangat nak percaya tunggu sampai Ibu Pejabat RUM
mengeluarkan kenyataan rasmi kerana yang duk berbincang ni adalah
pemimpin-pemimpin
RUM dan bukannya mereka yang bawa mulut.
Bagi pihak semua ahli-ahli RUM kami merakamkan...
CA 8
Isnin, Oktober 24, 2016
Bagi pihak RUM dan Semua Ahli-Ahli RUM kami amat berharap
CA 8 yang dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KTMB hari ini
dapat diluluskan.
Kami merayu pada YB Dato Ir Nawawi Ahmad
dan Semua Lembaga Pengarah KTMB dapat meluluskan, semua ahli-ahli RUM
menaruh harapan yang cukup tinggi dan berharap dapat mendengar khabar
berita yang mengembirakan.
Kelulusan ini amat penting bagi mengorak langkah untuk mendapatkan pula kelulusan dari MoF, mudah-mudahan ianya dipermudahkan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTM...
23 Oktober 2016
Bajet 2017 tunjukkan pekerja swasta dianaktiri
Ahad, Oktober 23, 2016
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melahirkan
kekecewaan berhubung pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.
Ini kerana menurut Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam, pembentangan
bajet kali ini tidak memberi faedah kepada pekerja sektor swasta di
negara ini.
"Kami berpendapat kerajaan tidak mengendahkan isu-isu berkaitan pekerja swasta.
"Antaranya isu kenaikan kadar gaji minima kepada RM1,200 bagi
Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan pemberian Elaun Sara Hidup...
JOINT VENTURE / SMART PARTNERSHIP
Ahad, Oktober 23, 2016
Dua nama yang menjadi agenda
popular untuk mewujudkan MRO yang kini sedang diusahakan. Joint Venture
/ Smart Partnership hanya sekada wayang untuk menyembunyikan agenda.
RUM tetap berpendirian apa pun sebutannya adalah untuk mengecilkan
KTMB, apapun teknik adalah untuk kepentingan pihak tertentu sama sekali
ianya tidak "berintergriti"
Tidak memberi faedah kepada KTMB malah tidak menguntungkan pekerja.
Majlis Exco yang bersidang pada 20.10.2016 telah mengambil ketetapan
menentang sebarang idea untuk mengecilkan KTMB, malah memutuskan...
22 Oktober 2016
Memori Majlis Bersama Pusat
Sabtu, Oktober 22, 2016
Ingatan yang tidak pernah lupa rupanya ada tersimpan rakaman untuk dipaparkan.
...
MESEJ INBOX
Sabtu, Oktober 22, 2016

Dipaparkan...
RUM tidak berniat nak komen,
anggaplah ianya luahan hati seorang pekerja yang juga ahli RUM,
melahirkan rasa kekilanan kerana pekerja tidak boleh membuat sebarang
kenyataan maupun komen secara terbuka.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...
Passion to be KTMB Champion Business
Sabtu, Oktober 22, 2016
RUM TAK FAHAM!
Kursus selama tiga (3) hari melibatkan kos sebanyak lebih RM 300 ribu.
Dimanakah relevannya dalam "CASH FLOW" tenat... klinik panel tidak
berbayar, gaji lambat, lembur (overtime) tidak berbayar, semua
dipotong-potong.
Lepas tu ada cadangan nak naik harga kuarters...
Tu belum duit parking kenderaan syarikat pekerja kena bayar sendiri
claim berbulan-bulan, spare part tidak dibekalkan, ada guna duit sendiri
untuk beli spare part... claim berbulan-bulan tak bayar....
adeiiiii.....
Ini baru satu kursus... belum lagi kursus...
21 Oktober 2016
PANEL KLINIK
Jumaat, Oktober 21, 2016

RUM tertarik satu tag yang dipaparkan dalam Suara
RUM, justeru itu RUM ingin menjelaskan sebagai satu topik, malah dalam
kenyataan akhbar semalam juga telah RUM highlightkan mengenai isu klinik
panel.
RUM juga telah banyak menerima rungutan mengenai Panel
Klinik yang tidak membenarkan pekerja mendapat rawatan disebabkan
kegagalan pihak KTMB menjelaskan bil tertunggak. Justeru itu RUM telah
menulis surat kepada pihak pengurusan...
20 Oktober 2016
Kerajaan disaran usah anak tirikan KTMB
Khamis, Oktober 20, 2016
20/10/2016 3:27pm
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
KUALA LUMPUR - Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KPPKTMB) mendesak kerajaan supaya memberi lebih banyak
perhatian terhadap kebajikan pekerja di syarikat pengangkutan awam itu
demi memastikan kelangsungannya pada masa depan.
Presidennya, Abdul Razak Md. Hassan berkata, KTMB kini seolah-olah
dianaktirikan oleh kerajaan yang lebih memberi perhatian terhadap
Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Mass Rapid Transit
Corporation (MRT) sedangkan...
MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF
Khamis, Oktober 20, 2016
Alhamdulillah dah selesai Mesyuarat Majlis Exco hari ini, satu perbincangan yang hangat melibatkan isu terkini.
Antara lain Majlis Eksekutif telah membuat ketetapan untuk mengambil
tindakan perusahaan kepada pihak-pihak yang terlibat, namun demikian
Majlis Eksekutif bersetuju untuk mengambil tindakan mengunakan platform
perundingan, mengharapkan penyelesaian dimeja perundingan, sekiranya
melalui satu tempoh, tiada perbincangan maupun penyelesaian maka tindakan perusahaan akan diambil di tempat yang bakal ditentukan kemudian kelak.
Jawatankuasa...
19 Oktober 2016
CERITA PETANG INI
Rabu, Oktober 19, 2016
"Jangan bagi tau RUM, 24 kelas dah bagi MAJESTIC, kalau RUM dapat tau dia kacau" dikatakan oleh seseorang... bukan RUM kata...
Apa lagi nak kata... buatlah.. taburlah pasir dalam periuk nasi pekerja... tak mengapa.. Allah Maha Besar...
"Bisik-bisik pun kedengaran juga ke telinga RUM..."
Kenapa boleh kedengaran... jawapannya mudah... yang menyampaikan itu
samada tidak bersetuju, tapi tak nak komen... atau ikut arahan... atau
tidak mahu bersekongkol@bersubahat... atau memang rasa tidak berpuas
hati dengan cara sedemikian dan beranggapan...
TAK FAHAM
Rabu, Oktober 19, 2016
RUM memang tak faham mengenai perancangan yang
dibuat oleh mereka, RUM sangat-sangat nak berdepan tidak kira siapa,
beri penjelasan pada RUM agar RUM benar-benar faham hasrat hala tuju
KTMB.
Bila RUM bertanya dengan rakan-rakan profesional luar
mengenai MRO, jawapan yang RUM terima cukup mudah dan pendek... "INI TAK
BAIK UNTUK KTMB"
Kalaulah
seseorang yang pakar bertaraf "senior engineer" malah ada yang bertaraf
"senior accountant" mengatakan sedemikian maka ianya selari dengan
pandangan RUM.
RUM cuba menggali... menggali.. dan...
18 Oktober 2016
PERKHIDMATAN AWAN DARAT
Selasa, Oktober 18, 2016
Saya bersetuju dengan kenyataan YAB
Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia
mengenai pengangkutan keretapi di perluaskan dalam bandar maupun
luarbandar, saya juga bersetuju bahawa kita jauh ketinggalan dan lewat
membangunkan perkhidmatan keretapi bandar seperti Monorail, Lrt, atau
Metro Tren.
Dalam lawatan saya ke Berlin Jerman, sungguh
menakjubkan perkhidmatan Metro Train bawah tanah telah wujud semenjak
1916, kewujudan Metro Tren telah berjaya
mengurangkan pengunaan kenderaan persendiriaan seperti kereta...
17 Oktober 2016
UCAPAN YAB DATO SERI PERDANA MENTERI. KTMB MAU DILIHAT UNTUNG
Isnin, Oktober 17, 2016
RUM tertarik dengan kenyataan ini berhasrat ingin mengulas dengan
menyatakan bahawa KTMB boleh meraih keuntungan dengan beberapa perkara
perlu diperbetulkan.
Hentikan "BANYAK KEPALA" yang wujud seperti MOT, MOF, SPAD, MIGHT, PEMANDU, NKRA dll.
Pulangkan kembali RAC kepada KTMB
Hentikan MRO yang mau diserahkan kepada syarikat-syarikat swasta
Kos perbezaan tambang bersubsidi hendaklah ditanggung oleh kerajaan,
sekiranya tidak apungkan tambang keretapi mengikut harga pasaran.
Pembeliaan set-set hendaklah dibuat secara "TENDER TERBUKA"...
KUTIP/KERJA/PETIK LAST WARNING!
Isnin, Oktober 17, 2016
Pemimpin RUM dilantik untuk bekerja.. Itu tanggungjawab dan amanah. Tiada rasa takut atau gentar.. Ianya untuk kepentingan pekerja.. Khususnya untuk ahli-ahli RUM.
Bila RUM bercakap @ menulis.. Itu "SUARA PEKERJA" Ianya soal kerja.. Ianya soal rungutan.. Ianya soal keluhan.. Ahli-ahli RUM.. Yang setiap hari.. Menyampaikan aduan..
Keluhan demi keluhan.. Kerap kali diutarakan... Soal gaji lambat.. Soal pertukaran.. Soal penutupan depoh kl central.. Soal klinik panel bayar sendiri.. Soal kerja lebih masa.. Soal pekerja diarah cuci tandas.. Soal...
15 Oktober 2016
TERPINGA-PINGA
Sabtu, Oktober 15, 2016
Aku lebih bagus dari Si A Aku lebih bagus dari Si B Aku lebih bagus dari Si C Aku lebih bagus dari Si D
Nak bagitau... Sebagus kita ada yang lagi bagus.. Zaman memang dah berubah.. Dari... "Masuk bakul angkat sendiri" Sekarang.. "Tekan lift naik sendiri" Kadang-kadang lift rosak.. Ingat... Kena pakai tangga gak..
Tapi itulah.. Kata ramai orang.. Bukan aku kata.. Aku tak kata apa-apa.. Katanya.. Lagi teruk..
Ish... mana satu ni...
Aku pun tak tau... Maklumlah.. Aku si kutip.. Duk dengar... Apa orang kata.. So dengar je lah...
Presiden RUM...
MUDAH LUPA
Sabtu, Oktober 15, 2016
Kadang-kadang kita sengaja lupa.. Atau mungkin buat-buat lupa.. Apatah lagi.. Bila ego menguasai diri.. Maka berlaku pula "mudah lupa"
Maka jangan kita lupa... Peluang yang kita dapat.. Dari masalah yang dihadapi.. Hakikatnya.. Peluang itu datang dari masalah...
Jangan juga lupa... Kayuh sana... kayuh sini... Jangan juga lupa... Pasukan yang berlumba.. Ingat... Allah Swt.. Maha Berkuasa..
Kembali ke pangkal jalan.. Semoga yang lupa.. Diingatkan... Hadirnya dari sikutip...
Yang kutip.. Tidak mudah lupa.. Yang kutip.. Sentiasa percaya.. Rezeki...
14 Oktober 2016
Leadership is not a Ladder.....
Jumaat, Oktober 14, 2016
Orang baling batu - bata...... aku "kutip" bina bangunan......
* Apa maksud dia???????
Biar dihina........ KU TETAP TERUSKAN PERJUANGAN....
Leadership is not a Ladder.....
It's a Circle.....
Kenyataan Rasmi KPPKTMB.
Setiausaha Agung RU...
13 Oktober 2016
KUTIP
Khamis, Oktober 13, 2016
Kutip macam-macam kutip.. Bila terdengar ayat kutip.. Aku terus tersenyum... Biarlah dikutip pun... Tiada sedikit terasa hati.. Aku tetap tersenyum..
Dalam kutip punya kutip.. Aku tak tau siapa yang kena kutip.. Aku kah.. Aku tau aku dikutip... Kutip aku dengan ayat "kemaafan" So aku tak kesah pun aku dikutip... Kerana aku dikutip.. Untuk sebuah kemenangan... Kemenangan kemuncak... Bagi aku dan Railwaymens Union Of Malaya.. Kemenangan kemuncak.. Bagi seluruh... "BARISAN TERAKHIR RUM"
Presiden R...
MESEJ INBOX CA 8
Khamis, Oktober 13, 2016
1. "Sy dngr cerita dari geng2 operasi.. bln 9
tu punca rum CA x sign.. kerana kita tolak.. board nk bg 13% tp kte
tolak.. mereka semua salah kn chip.. tp sy dh xplain.. yg tolak adalah
board bkn kita.."
2. "24 okt rasa kn next meeting.. dwrg ckp kalw
chip x dtg meeting mkna mmg rum tolak n sengaja buat2 lmbt.. geram plak
geng2 operasi ni.."
KOMEN RUM
RUM telah pun mengeluarkan kenyataan dalam Suara RUM mengenai CA 8 pada 30 September 2016, jadi rujuk jawapan kat situ.
Kepada yang membuat cerita... henti-hentikanlah... kepada yang...
12 Oktober 2016
I KNOW U VERY WELL!!!
Rabu, Oktober 12, 2016
ADEIIIIII...
Apa kau temberang dalam ucapan kau? Mesej tersirat kau aku faham..
I KNOW U VERY WELL!!!
I'm not stupid.. Never be stupid.. Dont try me!!
Presiden ...
WHATSAPP CALL
Rabu, Oktober 12, 2016
Suka saya jelaskan... bahawa saya tidak menerima
sebarang call dari Whatsapp... whatsapp hanya untuk mesej sahaja...
sila gunakan call telefon biasa... sekiranya saya tidak angkat...
mungkin saya kesebukan... sila tinggalkan pesanan... pada yang tiada
nama dalam simpanan telefon saya... sila maklumkan nama dan dari mana...
In Syaa Allah saya akan call kembali...
Terima kasih.
Presiden R...
KITA HADIR UNTUK BUAT KERJA
Rabu, Oktober 12, 2016
Jangan peduli apa orang kata.. Jangan peduli apa itu persepsi.. Jangan kesah.. Kita terus buat kerja...
Kita fikirkan pekerja... Kita fikir masa depan pekerja.. Kita mahu kehidupan pekerja terbela.. Bukan teraniaya...
Kalau kita kesah... Kalau kita peduli... Kita tak boleh buat kerja...
Pokoknya.. Hanya untuk kaum pekerja... Pastikan nasib mereka terbela.. Kita selaku pemimpin.. Kita selaku pekerja.. Kita selaku ahli kesatuan sekerja.. Terus berusaha.. Bukan dengan kata-kata.. Tapi... Penyelesaiannya...
Lambat... Itulah keluhan.. Bukan...
TIDUR WAKTU KERJA
Rabu, Oktober 12, 2016
Rupanya ada satu QI yang jadi batu api, yang jadi jarum pada PO.. PO ni pulak "bodoh piaq" dengar cakap..
Yang PW duk senyap... simpan rahsia... QI ni tidur... (bukan ahli RUM)
tak buat kerja... pengap rahsia... difahamkan.. gambar tidur QI ni pun
ada pada PW... tapi pengap... cerita macam bagus... tapi sebenarnya
bersubahat... tidak jujur kepada KTMB.. kalau jujur... QI ni dah diambil
tindakan tatatertib... tempat sembunyi... tidur waktu kerja pun... dah tau... adeiii... orang macam ni tak layak kerja KTMB... perabis beras...
Tolonglah...
11 Oktober 2016
RUM dapat complain...
Selasa, Oktober 11, 2016
RUM dapat complain...
Katanya..
Ayatnya begini?
"Union tidak berhak mencampuri urusan majikan"
Kenyataan ini dikeluarkan oleh pegawai berkenaan melibatkan satu isu... kepada ahli RUM...
RUM nak tanya individu pegawai ini?
Dia faham ke ayat "Union tidak berhak mencampuri urusan majikan" dari sudut mana?
Kalau tak tau... jangan cakap... nanti kita panggil anda "BODOH PIAQ! opsss memang layak digelar... "BODOH PIAQ!
Nak tunjuk hebat sangat ke?
RUM tuju khas mesej ini kepada PO DAUD! kepada pengurus wilayah kuala
lumpur.. tolong awasi...
DEPOH KL CENTRAL (BARANG LUSUH)
Selasa, Oktober 11, 2016

Maklumat diterima,
beberapa syarikat sedang meninjau Depoh KL Central untuk menilai
pembelian barang-barang lusuh selepas penutupan Depoh KL Central.
Punah!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTM...
10 Oktober 2016
TINJAUAN KEPADA PESARA KTMB (BERSARA SELEPAS KTMB DISWASTAKAN PADA 1.8.92)
Isnin, Oktober 10, 2016
Tinjauan ini bertujuan untuk memudahkan pihak kesatuan membuat kajian
untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan "PENCEN MINIMA" bagi
bekas penjawat awam yang terlibat dengan pengswastaan KTMB pada 1.8.92.
Pihak RUM memerlukan maklumat untuk mengemaskini butiran bagi mengukuhkan hujah tuntutan "PENCEN MINIMA"
Justeru itu pihak RUM memohon kerjasama pada semua pesara KTMB yang
bersara selepas KTMB di swastakan pada 1.8.1992 khususnya kumpulan
"bukan eksekutif" mesej inbox atau whatsapp di no 0123073731 atau
maklumkan secara bersurat...
PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.
Isnin, Oktober 10, 2016
Satu Mesyuarat pagi tadi telah diadakan Jabatan Perkhidmatan Awam setelah diarahkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) di bawah kepimpinan YBrs Tuan Haji Shafiee BP Mammal selaku Presiden UNI-MLC.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh DATUK YEOW CHIN KIONG, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Turut hadir pegawai kanan Bahagian Pasca JPA dan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat...
PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.
Isnin, Oktober 10, 2016

Satu Mesyuarat pagi tadi telah diadakan Jabatan Perkhidmatan Awam
setelah diarahkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar oleh
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) di
bawah kepimpinan YBrs Tuan Haji Shafiee BP Mammal selaku Presiden
UNI-MLC.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh DATUK YEOW CHIN KIONG, Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan...
06 Oktober 2016
yang bertanya...
Khamis, Oktober 06, 2016
Ada yang bertanya...
Apa itu RUM?
RUM itu adalah nama manja atau nama timang-timangan atau singkatan dari RAILWAYMAN UNION OF MALAYA atau Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Siapa Adminnya?
Adminnya adalah Abdul Razak Md Hassan yang juga Presiden RUM.
Apa dia SUARA RUM?
Suara RUM adalah media rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan.
Adakah kenyataan dalam Suara RUM mendapat kelulusan?
Setiap kenyataan...
TAKUT
Khamis, Oktober 06, 2016
Aku pernah bagi ceramah mengenai "TAKUT", takut itu mainan... takut itu perasaan... takut itu hanya gembar gembur pada mereka yang kononnya berani, tapi kecut didalam.
Dalam perjuangan tiada perasaan "takut", kalau takut... lari tengah malam.. tapi nak selamatkan sebuah negara... takut.. maka tergadai sebuah negara...
Nak selamatkan KTMB?
Takut...
Tergadailah...
Periuk nasi kita...
Aku dah penah kena buang kerja?
So aku takut?
Tak pernah takut...
Kalau takut...
Jangan berumah di tepi pantai...
Matlamat aku..
Selamatkan KTMB...
Selamatlah...
05 Oktober 2016
KETEGASAN RUM
Rabu, Oktober 05, 2016
INGATAN KEPADA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PIKET
Nak bagitau kat SEMUA AHLI-AHLI RUM.. tenguk Depoh KL Central... dah kena tutup... lepas ni Gemas... ugutan nak tutup Tumpat... dengar citer Depoh KL Central nak sewa kat satu syarikat... lepas ni agaknya Bengkel Batu Gajah pulak (mungkin) sebab lokomotif 24 kelas nak outsorce kepada satu syarikat... lepas tu RAC nak 50/50... Second Operator... Tren Intercity pun dah tiada... semua jabatan hancur... kita nak terantuk baru nak tergadah ke? Dah kene tumbuk dah kena belasah... kita hanya mampu menangis...
BELANDA DAPAT TANAH
Rabu, Oktober 05, 2016

Macam nilah... apa nak ckp... berlagak semacam.... pusing kiri... pusing kanan.. kira sana.. kira sini... ukur sana... ukur sini... pacak sana... pacak sini... "INI AKU YANG PUNYA"...
hahaha...
Bila-bila masa boleh debat dengan KETUA PENGARAH RAC... kalau yang tukang pacak... wsalam je lah...
KOMEN RUM
RUM 100% menentang waima 50/50 yang dipersetujui... RUM bukan macam mereka yang boleh jadi "BARUA" untuk bersetuju 50/50!
Ada bantahan wahai...
Menjana Pendapatan KTMB
Rabu, Oktober 05, 2016
Utk info sebenarnye da 11tahun keadaan stsen komuter btg benar ni aku peratikan..
Setakat yg aku kerja ni ade dua kali cubaan company luar utk amik amik business parking kat sini..
Td merupakan kali kedua..so mksdnye dgn kerjasama rac or syarikat luar (aku xpasti) berlaku la pemindahan kertas kerja yg mmbuatkan projek parking ni..itu xde masalah
Yg mnghairankan kenapa ktmb car park sendiri x ambil tanah ni utk mnjana pndapatan..kenapa perlu company lain(luar)..
Oklah..its fine kalo korang nak bisness..tp dgn pelbgai company secuirity stesen..company...
04 Oktober 2016
LAWATAN KE SEIBU JEPUN
Selasa, Oktober 04, 2016
Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB YB Dato Ir Nawawi Ahmad, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dan Semua Lembaga Pengarah KTMB kerana tidak dapat menyertai lawatan Ke Seibu Jepun bersama pihak Profess Consulting Group yang dijadualkan pada 24-27 Okt 2016.
Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Lembaga Pengarah KTMB yang bersetuju untuk menjemput saya menyertai lawatan ini, dukacita keadaan ketika ini tidak mengizinkan saya untuk menyertai atas kesebukkan menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan...
03 Oktober 2016
PENUTUPAN DEPOH KL CENTRAL
Isnin, Oktober 03, 2016
Ramai yang bertanya dengan RUM, bertubi-tubi soalan dikemukakan, ada yang menyalahkan RUM, pegawai RUM juga telah bertanyakan dengan pihak pengurusan dalam beberapa mesyuarat rasmi yang diadakan, komen pegawai RUM alasan yang diberikan adalah tidak munasabah, ada juga jawapan melalui perjumpaan tidak rasmi "kami ikut arahan".
Puas RUM berfikir sekiranya RUM adalah Majikan, mewujudkan alasan yang munasabah, bagi tujuan melaksanakan penutupan Depoh KL Central dari sudut kebaikan, sudut keburukan, implikasinya, sudut kewangan sudut keselamatan...
02 Oktober 2016
Salam Maal Hijrah..
Ahad, Oktober 02, 2016
Semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati, dipermudahkan serta sentiasa dalam bimbingan juga hidayah dari yg Esa, yang berkekalan..
Semoga kita menjadi insan yang lebih baik..
In shaa Alla...
Hangky Pangky
Ahad, Oktober 02, 2016
Kali ni RUM nak ingatkan Kementerian Pengangkutan (MoT)... banyak surat telah dihantar... surat terakhir adalah 2 minggu lepas... MoT jangan main hangky pangky!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
01 Oktober 2016
RUM menepati masa
Sabtu, Oktober 01, 2016
RUM sentiasa menepati masa... mengikut kehendak Perjanjian Bersama...track rekord yang ada tanpa gagal...
bunting gajah juga jawapannya...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja M...