28 Oktober 2016

48 jam paling awal [METROTV]

Batu Gajah: Sekurang-kurangnya 12,000 penumpang ETS dari Padang Besar hingga ke Gemas kedua-dua hala terjejas berikutan gerabak simen kosong tergelincir di Kampung Bakap, dekat sini, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ridhwan Arshad, pihaknya memerlukan 48 jam paling cepat untuk dipulihkan.

"Memandangkan sekarang adalah waktu puncak kerana cuti Deepavali, esok, semua tiket membabitkan 40 jadual perjalanan habis terjual dengan anggaran 12,000 penumpang.

"Kita sedang berusaha sebaik mungkin bagi memulihkan keadaan dan cuba membuka satu landasan terlebih dahulu.

“Namun ia dijangka mengambil masa kira-kira 48 jam untuk landasan itu boleh beroperasi," katanya dalam sidang media di Stesen KTMB Batu Gajah di sini.

Menurutnya, kejadian adalah membabitkan kereta api kargo dengan dua lokomotif yang membawa 40 gerabak yang kesemuanya tergelincir.

"Sehingga ini, kita masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian dan berdasarkan siasatan awal ia tidak membabitkan unsur khianat.

"Hanya pemandu lokomotif 46 tahun cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Batu Gajah, manakala pembantu tidak cedera,” katanya. [ Metro TV ]

Related Posts:

  • Pasal Taik Pun Mau Gadoh?Salam, Muzaffar shah izin kan saya menyiarkan sedikit coretan rasa dari sy insan biasa yang rendah pelajaranya, teringat saya dengan dialog filem p.ramlee "pasal taik pun mau gaduh ka sudah la aya nanti sampai esok x boleh ti… Read More
  • BLOCK SUARA RUM 2Jentera-jentera MoT ibarat bacul, tak berani berdepan dengan RUM, tidak berani membenar Suara RUM bersiaran dengan bertindak memblock FB Suara RUM. Mereka dah mula merasa gentar bila kenyataan-kenyataan Suara RUM berbentuk ag… Read More
  • Tak tahu jangan nak komenKita tenguk komen ini... dia hentam KTMB, sebab apa... nak menghalalkan cara kononnya RNAA patut proceed, pengurusan KTMB lemah... Sayang seribu kali sayang... mereka sepatutnya salahkan Kementerian Pengangkutan, kalau komut… Read More
  • CAKAP POLITIK 5 BERJASA SOKONGAN TERBUKA UNTUK DATO SERI RAJA NONG CHIKDato Seri Raja Nong Chik adalah individu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan RUM malah orang yang sangat berjasa dalam membantu RUM khususnya kemelut pembuangan 97 kepimpinan dan ahl-ahli RUM. Jasa beliau tidak boleh di… Read More
  • BLOCK SUARA RUM 1BLOCK SUARA RUM 1 RUM terbaca kenyataan RAZIZ RASHID kononnya beliau telah menjawab semua komentar dari Presiden RUM dalam wall beliau sedangkan kenyataan beliau jelas tidak mampu berhujah dengan RUM, malah beliau menyatakan … Read More