05 Oktober 2016

KETEGASAN RUM

INGATAN KEPADA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PIKET

Nak bagitau kat SEMUA AHLI-AHLI RUM.. tenguk Depoh KL Central... dah kena tutup... lepas ni Gemas... ugutan nak tutup Tumpat... dengar citer Depoh KL Central nak sewa kat satu syarikat... lepas ni agaknya Bengkel Batu Gajah pulak (mungkin) sebab lokomotif 24 kelas nak outsorce kepada satu syarikat... lepas tu RAC nak 50/50... Second Operator... Tren Intercity pun dah tiada... semua jabatan hancur... kita nak terantuk baru nak tergadah ke? Dah kene tumbuk dah kena belasah... kita hanya mampu menangis ke? Kata orang nasi dah jadi bubur... dan basi campak je ke longkang... mana semangat Panglima kita?

Ayuh semua bangkit... jangan sedikit pun gentar... kalau dah kena tumbuk dah kena belasah... kita nak menangis je ke.. adeiii...  jangan jadi anak jantanlah!

Kalau kita PANGLIMA & ANAK JANTAN nak SELAMATKAN KTMB, NAK SELAMATKAN PERIUK NASI KITA...  STANDBY!

PADA MEREKA...

HOIIIIIIIII!!!!!!!!!! Tak kenyang-kenyang lagi ke???????

Majlis Exco akan bincang buat satu keputusan untuk memberi ingatan kepada Kementerian Pengangkutan menghentikan semua agenda karut ini, satu surat rasmi akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan menghentikan semua idea-idea karut ini, dalam satu tempoh yang munasabah sekiranya Kementerian Pengangkutan gagal menjawab, pihak RUM akan memberi notis untuk mengambil tindakan PIKET di perkarangan Kementerian Pengangkutan.

RUM tetap berpendirian tegas menolak semua perkara yang menjejaskan KTMB dan PEKERJA.

LAWAN TETAP LAWAN

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc

YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB


Related Posts:

  • Bersatu menghancurkan penganiayaan Apakah ada lagi insan yang melahirkan perasaan simpati pada nasib sesama insan? Apakah ada lagi insan yang prihatin sesama insan? Apakah manfaat menganiaya sesama insan? Kuatkan semangat, tabahkan hati, kita redah mereka… Read More
  • Ex - Gratia RUM mohon maaf tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan secara terbuka mahupun dalam inbox, Whatsapp & sms mengenai "WANG BANTUAN AIDIL FITRI" atau "EX - GRATIA". Harap ahli-ahli semuanya bersabar, In Syaa Allah, YB… Read More
  • EK akan lawan RUM hingga ke mahkamah Mesej diterima dalam Whatsapp Ek bgtau polis bantuan yg dia akan lawan rum hingga ke mahkamah...hehehe _________________________________ Komen RUM RUM sungguh gembira kalau Presiden KTMB lawan ke Mahkamah, itu yg kita … Read More
  • ZOMBI Gambar Hiasan Kesian RUM tenguk penandatangani surat "notis tunjuk sebab", bukan sahaja bagai "lembu dicucuk hidung", tapi dah macam menghidap penyakit berjangkit "kecelaruan mental" dari Boss Besar dia orang yang sememang… Read More
  • BANTUAN AIDILFITRI SYUKUR ALHAMDULILLAH RUM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang meluluskan Bantuan Aidilfitri RM500.00 pada pekerja KTMB. Kami juga merakamkan … Read More