10 Oktober 2016

PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.

Satu Mesyuarat pagi tadi telah diadakan Jabatan Perkhidmatan Awam setelah diarahkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) di bawah kepimpinan YBrs Tuan Haji Shafiee BP Mammal selaku Presiden UNI-MLC.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh DATUK YEOW CHIN KIONG, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Turut hadir pegawai kanan Bahagian Pasca JPA dan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat dengan pengswastaan.


Perbincangan lebih menumpukan sessi perkenalan, hujah tuntutan pencen minima untuk bekas penjawat awam yang telah diswastakan, penjelasan teknikal oleh Datuk Yeow Chin Kiong, selaku Pengarah Bahagian Pasca.
Rumusan perbincangan adalah mewujudkan satu jawatankuasa teknikal untuk membincang kaedah yang munasabah sebelum satu keputusan boleh diambil samada hasrat kewujudan pencen minima boleh dicapai dan dipersetujui oleh Kerajaan.

Satu langkah permulaan yang sangat baik setelah enam (6) tahun bermula tahun 2010 usaha yang dicetuskan oleh Uni -Global, terima kasih kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia yang membuka langkah untuk sessi perbincangan dan terima kasih khusus kepada Tuan Haji Shafiee BP Mammal yang tidak pernah berhenti berusaha untuk mencapai tuntutan pencen minima bagi semua kakitangan awam yang dibersarakan atas sebab pengswastaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • TOLONG SIASAT Siapakah gerangan individu ini? dari info yang diterima, individu ini telah mencuri minyak diesel lokomotif, melalui maklumat yang diterima individu ini berulang kali mencuri dan menjual dengan pihak - pihak tertentu. … Read More
  • AKU SEORANG AYAH Aku seorang ayah.. Tanggungjawab aku sebagai ayah adalah pada sebuah keluarga terdiri isteri dan anak - anak. Pasti dalam kehidupan seorang ayah ingin melihat anaknya berjaya, berjaya dari segi kehidupan di dunia dan a… Read More
  • Zaman Sekarang Kebelakangan ni macam-macam berlaku... semuanya merangkumi Pegawai Kanan Kerajaan, dari Cameron Highland sekarang JPJ, tapi RUM tak terkejut.. kerana mereka sendiri menunjukkan kesilapan, orang awam nampak kesilapan yang t… Read More
  • Cotton urges Malaysian PM to act over rail unionist dismissals ITF general secretary Steve Cotton has strongly urged the Malaysian prime minister to ensure the immediate and unconditional reinstatement of 18 leaders and activists of the ITF-affiliated Railwaymen’s Union of Malaya (RU… Read More
  • YANG MEMBAWA PERUBAHAN PADA KERETAPI INDONESIA. (PAK JONAN)Tak perlu berjalan jauh... Kat seberang pun boleh belajar... RUM… Read More