Satu Mesyuarat pagi tadi telah diadakan Jabatan Perkhidmatan Awam setelah diarahkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) di bawah kepimpinan YBrs Tuan Haji Shafiee BP Mammal selaku Presiden UNI-MLC.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh DATUK YEOW CHIN KIONG, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Turut hadir pegawai kanan Bahagian Pasca JPA dan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat dengan pengswastaan.
Perbincangan lebih menumpukan sessi perkenalan, hujah tuntutan pencen minima untuk bekas penjawat awam yang telah diswastakan, penjelasan teknikal oleh Datuk Yeow Chin Kiong, selaku Pengarah Bahagian Pasca.
Rumusan perbincangan adalah mewujudkan satu jawatankuasa teknikal untuk membincang kaedah yang munasabah sebelum satu keputusan boleh diambil samada hasrat kewujudan pencen minima boleh dicapai dan dipersetujui oleh Kerajaan.
Satu langkah permulaan yang sangat baik setelah enam (6) tahun bermula tahun 2010 usaha yang dicetuskan oleh Uni -Global, terima kasih kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia yang membuka langkah untuk sessi perbincangan dan terima kasih khusus kepada Tuan Haji Shafiee BP Mammal yang tidak pernah berhenti berusaha untuk mencapai tuntutan pencen minima bagi semua kakitangan awam yang dibersarakan atas sebab pengswastaan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
10 Oktober 2016
Home »
» PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.
PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.
Isnin, Oktober 10, 2016
Related Posts:
KENAIKAN TAMBANG KOMUTER gambar: Google KOMEN Rum tertarik dengan satu komen dalam wall Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang mempersoalkan gaji CEO/Presiden KTMB dalam topik kenaikan tambang komuter. RUM ingin menjelaskan bahawa Gaji CEO/PR… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI PERLU DIBUBARKAN AKTA INI PERLU DIPINDA DAN KEMBALIKAN PERBADANAN ASET KERETAPI KEPADA KTMB. PERBADANAN ASET KERETAPI PERLU DIBUBARKAN Kenyataan Kesatuan Pekerja - Pekerja KTMB … Read More
Tahniah National Union Bank Employees (NUBE) RUM mengucapkan Tahniah atas kejayaan National Union Bank Employees (NUBE) rakan seperjuangan RUM kerana kejayaan menandatangani Perjanjian Bersama yang je 17. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB. … Read More
LOKOMOTIF IRCON RUM di fahamkan bahawa KTMB tidak lagi menyambung kontrak penyewaan Lokomotif Ircon, sekiranya benar RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB berani membuat keputusan … Read More
KENAIKAN TAMBANG KOMUTER KEPENTINGAN KTMB & PEKERJA Gambar Google Rum akan mempertahankan apa jua kebaikan untuk kepentingan KTMB dan Pekerja, prinsip itu telah RUM mainkan semenjak penubuhan RUM pada tahun 1961. Maka kenaikan tambang komuter ini, bukan "KEHENDAK KERAJA… Read More