19 Oktober 2016

TAK FAHAM

RUM memang tak faham mengenai perancangan yang dibuat oleh mereka, RUM sangat-sangat nak berdepan tidak kira siapa, beri penjelasan pada RUM agar RUM benar-benar faham hasrat hala tuju KTMB.

Bila RUM bertanya dengan rakan-rakan profesional luar mengenai MRO, jawapan yang RUM terima cukup mudah dan pendek... "INI TAK BAIK UNTUK KTMB"

Kalaulah seseorang yang pakar bertaraf "senior engineer" malah ada yang bertaraf "senior accountant" mengatakan sedemikian maka ianya selari dengan pandangan RUM.

RUM cuba menggali... menggali.. dan menggali dimanakah kelebihannya.. RUM masih tak nampak... yang RUM nampak adalah untuk kepentingan pihak tertentu bukan untuk kepentingan KTMB maupun pekerja apatah lagi rakyat sebagai pengguna.

Justeru itu perancangan sebegini rupa tidak lain tidak bukan hanya untuk kepentingan peribadi andai bukan... jemputlah RUM, terangkan kepada RUM, rungkaikan persoalan yang bermain dalam fikiran RUM, berhujahlah dengan RUM.

Andai kebaikan, pasti RUM akan menerima tapi kalau ianya memudaratkan KTMB dan Pekerja pasti juga mendapat tentangan RUM.

RUM akan menentang sesiapa sahaja yang cuba menjahanamkan KTMB dan pekerja, apatah lagi yang menjadi mangsanya adalah pengguna.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • PANDANGAN DAN HARAPAN (GST) Setiap pekerja yang bekerja sentiasa menaruh harapan untuk meningkatkan kerjaya dan mencari pendapatan yang lebih baik, maka harapan ini juga bergantung kepada prestasi syarikat melalui sumber pendapatan yang boleh menghas… Read More
  • FOKUS Fokus RUM kini lebih tertumpu kepada "action plan" akan datang, beberapa perkara melibatkan penyelesaian kemelut antara RUM dan KTMB yang bakal diselesaikan sedikit masa lagi, tumpuan juga melibatkan masalah ahli-ahli di p… Read More
  • RUM VS PRESIDEN KTMB Kenyataan RUM selepas ini mengenai kemelut RUM dengan Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB akan berhenti setakat ini, pihak RUM tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB. Kenyataan… Read More
  • SURATBaru-baru ini RUM terima surat... Persetujuan si A dan tandatangan si B Yang menarik tarikh yang terkandung dalam surat itu dan tarikh keluar Notis Tunjuk Sebab pada Majlis Exco. Kemudian RUM hantar surat, keperluan surat … Read More
  • Kebenaran menyerlah Kenyataan RUM selama ini adalah benar belaka... So RUM tak perlu komen apa-apa... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB ------------------------ Rugi RM 2.5 Billion, Presiden #KTMB Wajar Dipecat! Datuk Elias Kadi… Read More