RUM tertarik satu tag yang dipaparkan dalam Suara
RUM, justeru itu RUM ingin menjelaskan sebagai satu topik, malah dalam
kenyataan akhbar semalam juga telah RUM highlightkan mengenai isu klinik
panel.
RUM juga telah banyak menerima rungutan mengenai Panel
Klinik yang tidak membenarkan pekerja mendapat rawatan disebabkan
kegagalan pihak KTMB menjelaskan bil tertunggak. Justeru itu RUM telah
menulis surat kepada pihak pengurusan melahirkan rasa terkilan atas kegagalan membayar bil klinik panel tertunggak.
Perlu disedari bukan semua pekerja berduit untuk membayar bil yang dikenakan oleh panel klinik, apatah lagi bila pesakit (pekerja) yang perlu mendapat rawatan pada pertengahan bulan maupun hujung bulan yang pendapatan melalui upah yang diterima telah pun abis, ini sangat menyukarkan pekerja.
Di bawah ini sesalinan surat dari GM TMOD kepada pihak kesatuan yang menyalurkan mengenai kekilanan kesatuan kepada GM Finance dan Presiden KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB