18 Oktober 2016

PERKHIDMATAN AWAN DARAT

Saya bersetuju dengan kenyataan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia mengenai pengangkutan keretapi di perluaskan dalam bandar maupun luarbandar, saya juga bersetuju bahawa kita jauh ketinggalan dan lewat membangunkan perkhidmatan keretapi bandar seperti Monorail, Lrt, atau Metro Tren.

Dalam lawatan saya ke Berlin Jerman, sungguh menakjubkan perkhidmatan Metro Train bawah tanah telah wujud semenjak 1916, kewujudan Metro Tren telah berjaya mengurangkan pengunaan kenderaan persendiriaan seperti kereta malah jalan-jalan boleh dianggap lengang kecuali tempat-tempat tertentu.
Begitu juga di London, Greece yang saya telah lawati sungguh luar biasa berbanding di kuala Lumpur penuh kesesakan jalan raya kerana di Malaysia pengangkutan Metro Tren agak perlahan cuma baru-baru ini agak rancak setelah wujudnya MRT 1, kemudiannya dalam pembinaan MRT 2 n MRT 3, ini satu kejayaan yang tidak boleh dinafikan, saya mengucapkan tahniah pada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang mencetuskan idea MRT.

Malah saya menyokong SPAD merancang mewujudkan "TREM", lawatan saya ke Istanbul melihat TREM telah menarik minat saya, saya beranggapan ini adalah langkah yang sangat bijak bagi mengurangkan kesesakan jalan raya, satu langkah yang sewajarnya disokong, dalam pada itu harga tambang tidak boleh dibebankan kepada pengguna sebaliknya harga tambang perlu kekal murah maka menjadi tanggungjawab kerajaan menanggung kos bersubsidi, ini akan membantu dan mengalakkan pengangkutan awam menjadi pilihan utama berbanding kenderaan persendirian

Namun begitu saya tidak bersetuju dengan keretapi laju, berdasarkan jarak pendek antara kuala lumpur dan singapura maupun singapura ke perlis dengan kos yang sangat tinggi pastinya rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu menaiki sebaliknya pengangkutan KTMB yang boleh mencapai kelajuan sehingga 160 km sejam sudah memadai dengan jarak antara Kuala Lumpur ke Singapura.

Saya tetap beranggapan kewujudan Keretapi Laju satu pembaziran, kos yang digunakan untuk keretapi laju boleh merancakkan pembangunan KTMB maupun mewujudkan Metro Tren malah Trem disetiap bandar, kerana matlamat yang sepatutnya kerajaan pedulikan ialah rakyat berpendapatan rendah dan sederhana malah mampu mengurangkan pengunaan kenderaan persendirian seperti negara-negara Eropah.

Makanya kerajaan perlu memandang serius dari sudut pengangkutan keretapi (KTMB) dan kewujudan lebih banyak Metro Tren maupun Trem dalam bandar bagi setiap negeri berbanding keretapi laju kerana ianya pengangkutan untuk rakyat berpendapatan rendah maupun sederhana tambahan KTMB maupun kewujudan Metro Tren atau Trem adalah perkhidmatan sosial untuk rakyat Malaysia yang wajar tanggungjawabnya diletakkan kepada Kerajaan Malaysia.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB