30 April 2017
MTUC garis 13 perkara bela pekerja, tuntut dividen KWSP lebih baik
Ahad, April 30, 2017
Dalam memastikan keadilan ekonomi lebih baik, MTUC juga mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 manakala bayaran khas Cola RM300 diperkenalkan bagi pekerja-pekerja dalam kategori pendapatan B40 dan M40.
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggariskan 13 perkara bagi memperbaiki nasib pekerja negara ini sempena sambutan Hari Pekerja 2017 termasuk gesaan supaya Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipinda.
Badan induk pekerja itu menegaskan Akta KWSP harus dipinda bagi memastikan caruman pekerja dalam badan...
28 April 2017
BERAPA ANDAIAN SEWA SEBULAN BANGUNAN KTMB YANG PERLU DI BAYAR KEPADA RAC AKIBAT RNAA?
Jumaat, April 28, 2017
RNAA
Teori RUM bila berlakunya RNAA sewa sebulan untuk bangunan KTMB ialah RM 2juta, setahun sebanyak RM 24juta, bayangkan itu untuk bangunan KTMB, kalau masuk sewa Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur dijangka RM 2juta sebulan, kos sewa yang dijangka untuk Ibu Pejabat KTMB dan KLO adalah RM 4juta sebulan, kalau setahun dah RM 48juta.
Itu baru 2 bangunan, kalau keseluruhan bangunan dan stesen keretapi seluruh rangkaian keretapi berapa pula? Tak larat nak kira.
Berapa pendapatan dari operasi KTMB dengan pengangkutan Kargo dan Penumpang? Lebih kurang...
27 April 2017
RUM dah nyampah
Khamis, April 27, 2017
RUM amat setuju dengan kenyataan ini, kenyataan terbaik dari penulis, penulis adalah seorang peguam, satu kenyataan tepat dan jelas, yang boleh mentafsirkan tafsiran apa jua berkaitan peruntukan Akta adalah bidang kuasa Yang Arif Hakim.
Sekarang ramai yang syok sendiri cuba main bulldozed, dalam KTMB sendiri kot suka dia je, terutamanya GM TMOD, nak cakap bangang jawatan Pengurus Besar, gaji ribuan ringgit, tapi haram jadah satu pun tak tau,...
PEKERJA KREATIF PENCETUS INOVASI "TEMA HARI PEKERJA 1 MEI 2017 RNAA
Khamis, April 27, 2017
RNAA
RUM tertarik dengan motto ini, malah motto ini memberi inspirasi kepada pekerja dalam membuat kerja-kerja yang lebih kreatif dan berinovasi, atau kerja-kerja yang lebih mencabar dalam situasi alaf baru yang berteknologi tinggi, motto ini memberi pengertian bahawa kerajaan berkehendakan kaum pekerja kreatif dan berinovasi, satu pengiktirafan dari kerajaan kepada kaum pekerja di Negara ini.
2. Sebenarnya KTMB dalam serba serbi kekurangan, kekangan kewangan, kekurangan alat ganti, kelengkapan peralatan kerja malah boleh disebut segala serba serbi...
26 April 2017
PERJANJIAN BERSAMA KE 8 TOLAK RNAA PERMUDAHKAN PERTEMUAN DENGAN YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA
Rabu, April 26, 2017
Kita dapat faedah utama dalam tuntutan melalui Perjanjian Bersama yang ke 8 iaitu kenaikan Pelarasan Gaji sebanyak 13% yang akan di bayar bulan Apri 2017 manakala Gaji Minima RM 1200.00 berkuatkuasa Mei 2017. Syukur Alhamdulillah.
Namun adakah Perjanjian Bersama ke 8 ini yang "TERAKHIR?" Wallahualam.
RNAA adalah satu cabaran besar untuk semua warga KTMB, cabaran ini bukan sahaja menentukan KTMB itu Selamat atau Pekerja itu Selamat tapi "PERJANJIAN BERSAMA yang terbentuk selama ini hendaklah selamat, kalau "PERJANJIAN BERSAMA" gagal dapat diselamatkan...
25 April 2017
GAJI MINIMA RM 1200.00 UNTUK PEKERJA KTMB
Selasa, April 25, 2017
Syukur Alhamdulillah perjuangan RUM sejak 6 tahun dulu memperjuangkan gaji minima setara penjawat awam, akhirnya berjaya, tiada ungkapan lain yang lebih sesuai selain SYUKUR, ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH.
RUM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, YB DATO IR Nawawi Ahmad, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB, SEMUA LEMBAGA PENGARAH KTMB atas penganugerahan ini selaras tuntutan RUM dalam Perjanjian Bersama yang ke 8, sesungguhnya kami amat menghargai atas keperihatinan...
24 April 2017
TERIMA KASIH UNI-GLOBAL/MTUC & SAHABAT RUM
Isnin, April 24, 2017
RNAA
Terima kasih kepada Uni - Global yang mengirim surat kepada YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Malaysia memohon satu temujanji untuk RUM.
Terima kasih kepada Malaysian Trade Union Congress (MTUC) yang juga telah menulis surat kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Pihak RUM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tertentu Sahabat RUM yang berusaha mengaturkan pertemuan dengan...
22 April 2017
RUM-PERPINDAHAN JABATAN PENGURUSAN ASET KTMB/POHON PERPINDAHAN KTMB KE SEKTOR AWAM
Sabtu, April 22, 2017
Untuk tatapan umum kenyataan rasmi kesatuan (RUM)
Dengan segala hormat dan penuh takzim, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja Kesatuan yang bersidang pada 2hb. November 2010, memberi tekanan kepada pergolakan urus tadbir mutakhir syarikat KTMB atas perkara pemisahan urus tadbir “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” dari ‘KTMB’ ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK)”.
Sesungguhnya gerakan pemisahan urus tadbir sedemikian dirasai “sangat ketara”. Selari dengan “gerakan pemisahan” tersebut, majlis juga mengambil pendirian menyokong keputusan yang...
Pengangkutan terbaik dunia: PM dinasihat jangan 'syok sendiri'
Sabtu, April 22, 2017
Walaupun kajian yang dijalankan World Economic Forum (WEF) meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dalam infrastruktur pengangkutan awam dan swasta, namun tinjauan dibuat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati 48% pengguna tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan.
Malah kerajaan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menyedari bahawa kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam juga telah merudum sebanyak 13.95% berbanding tahun sebelumnya.
"Ini kerana majoriti rakyat merasakan...
20 April 2017
PELANCARAN KVDT OLEH YB MENTERI PENGANGKUTAN.
Khamis, April 20, 2017
Cuma terkejut.. kebetulan kot... hehe...
DS LIOW MoT.. tgk tu.. tarak perasan ka? Presiden RUM punya nama.. kihkihkih... wa mau turun Bentong lo.. wakakaka
Tkasih Dato Seri Raja Nong Chik yang mesej gambar ini pada saya... 3 tambahan gambar lagi dari ahli2 RUM.
Eh... jangan perasan lah... itu nama Allahyarham Tun Abdul Razak.. Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA (Pt 3) PRESIDEN KTMB BARU "JOB" SPECIFIKASI
Khamis, April 20, 2017
RUM menyedari satu kelemahan pengurusan KTMB ialah kegagalan menyusun "job" spesifikasi dari jawatan tertinggi sehingga jawatan bukan eksekutif, dalilnya pihak pengurusan tidak mampu menunjukan kepada RUM mengenai "job" spesifikasi keseluruhan pekerja yang tepat malah juga gagal menunjukan kepada RUM carta organisasi sepenuhnya.
Penyusunan "job" spesifikasi yang bercelaru telah mewujudkan pertindihan kerja serta gagal menyelaraskan kerja-kerja secara betul malah mewujudkan kecelaruan tugas.
"Job" spesifikasi adalah sangat penting bagi memastikan...
19 April 2017
BELASAH/ TEMPOH/PEMAHAMAN KEPADA BOARD MEMBERS
Rabu, April 19, 2017
RUM bukan saja-saja nak belasah tanpa sebab, RUM juga tidak sengaja untuk beri sokongan, semua itu ada sebab dan alasan yang munasabah.
Dari segi sokongan prinsip RUM adalah menitikberatkan "keharmonian perusahaan" sentiasa akan memberi sokongan waima sokongan 100% demi kebaikan bersama berlandaskan saling hormat menghormati antara kedua-dua pihak mematuhi peruntukan yang sedia ada seperti Perjanjian Bersama, Akta 177 dan Akta 262.
Sekiranya bertentangan dengan mana-mana peruntukan yang ada atau dengan sengaja melanggar peruntukan yang ada atau...
CERITA PETANG RABU
Rabu, April 19, 2017
Minggu lepas jumpa dengan mantan presiden ktmb.. saja borak-borak kosong, tukar-tukar fikiran sambil menghirup kopi machiato, ish... nikmatnya rasa kopi machiato... ialah orang belanja... memanglah sedap... lebih sedap dari kopi o kaw.... hahaha..
Dalam borak-borak tu terceritalah mengenai board members.. katanya kalau KTMB nak ok.. semua board members kena tukar.... ish lagi dasyat... adalah alasan yang diberikan... bolehlah diterima alasan tu... apa alasan dia... tak yah lah citer kat sini... hehe...
So aku ni kira baik jugaklah.. tak delah...
GERAM
Rabu, April 19, 2017
Sebenar 1 atau 2 board ni je yang bodohnya... yang bermasalahnya... dah bodoh tak boleh diajar, dah bodoh tak nak bertanya, dah lama sangat jadi board members pun... patut tambah pandai, tapi tambah bebal...
Maaflah pada board yang lain.. tapi implikasinya kepada semua board, sebab RUM benar-benar marah, dah jolok sarang tebuan... nak menyengat je lah...
Tunggulah kalau tak selesai dalam tempoh 7 hari bekerja bermula 14.4.2017, maka RUM akan bogelkan board pula...
Ugut ke ni? Iya ini Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB yang nama timang-timangannya...
NAMPAK GAYA RUM DALAM SATU TEMPOH AKAN SUNGKIT LEMBAGA PENGARAH KTMB
Rabu, April 19, 2017
NAMPAK GAYA RUM DALAM SATU TEMPOH AKAN SUNGKIT LEMBAGA PENGARAH KTMB
KEMUNGKINAN PERANG AKAN DIISTIHARKAN!
3 HARI DAH BERLALU!
DINASIHATKAN LEMBAGA PENGARAH KTMB JANGAN MAIN API DENGAN RUM!!!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, TOLAK RNAA - PRESIDEN KTMB BARU: KAJI JUMLAH KEPERLUAN EKSEKUTIF
Rabu, April 19, 2017
RNAA
Semalam RUM menyarankan buat kajian tentang kedudukan Pengurus Besar, hari ini RUM menyarankan keperluan kumpulan Eksekutif dari Pengurus Kanan sehingga Eksekutif biasa mengikut keperluan dan kehendak KTMB itu sendiri.
RUM menyedari dalam tempoh 5 tahun kebelakang kenaikan pangkat dari kumpulan Eksekutif sehingga Pengurus Kanan termasuk jawatan "MEMANGKU" begitu rancak diadakan, adakah keperluan ini mengikut justifikasi keperluan kerja serta memenuhi kehendak carta organisasi.
RUM merasa kuatir bila pertambahan berlaku tanpa mengikut justifikasi...
18 April 2017
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, TOLAK RNAA. PRESIDEN KTMB BARU. NAIB PRESIDEN KTMB.
Selasa, April 18, 2017
RNAA
Dari kacamata RUM, sekadar pandangan dan pengalaman selama 20 tahun menjawat Presiden RUM, maka RUM dapat sedikit sebanyak pengetahuan, pembelajaran serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang wujud.
Antara kelemahan besar adalah dari Pengurusan itu sendiri, RUM tidak berhasrat menjelaskan secara detail diruang terbuka ini, cuma tidak menafikan bahawa antara punca kewujudan RNAA adalah berpunca dari kelemahan pengurusan manakala Kementerian Pengangkutan "mengambil kesempatan" mewujudkan RNAA kononnya satu alternatif di bawah Plan Transformasi...
17 April 2017
PRESIDEN KTMB BARU
Isnin, April 17, 2017
Ramai yang mesej RUM mengenai kehadiran Presiden Baru KTMB malah pegawai-pegawai RUM juga bertanya, betulkah ada Presiden KTMB baru, malah ada pihak kementerian pun bertanya siapakah gerangannya?
Suka RUM jelaskan, adalah benar RUM juga turut mendengar khabar akan ada kehadiran Presiden KTMB yang baru, namun RUM tidak ada kepastian siapakah gerangannya, cuma RUM dapat rasakan bahawa kehadiran Presiden KTMB yang baru ini bukannya datang dari KTMB.
Tidak kesahlah siapa pun Presiden KTMB, bagi pihak RUM kita mengalu-alukan kehadiran Presiden KTMB...
16 April 2017
SALAM BALIK TIANG
Ahad, April 16, 2017
Sorrylah nak pinjam perkataan ni.. sebab menarik sangat, tengah-tengah duk makan roti canai n minum tea tarik tercetus guna tajuk ni selepas terbaca wall Dato' Zahrin.
Just nak bgtau... kalau nak salam balik tiang tu... dah lama salam dah, iya ke? Ish... tanyalah abg aziz tu? tak boleh nak salam... nanti naiya pekerja... cuma pekerja ni je.. tak nak faham-faham.. sedangkan untung besar salam balik tiang tau... hehehe...
Napa tak nak salam?
Ish.. mana boleh...
Nak jual periuk nasi pekerja ke?
Prinsip is prinsip...
Ini prinsip Kesatuan Sekerja!
Kena...
15 April 2017
ADAKAH LEMBAGA PENGARAH KTMB KEKAL BILA RNAA DIIMPLEMENTASIKAN?
Sabtu, April 15, 2017
RNAA
RUM melihat dari sudut implikasi RNAA bukan sahaja dari Pengurus Besar KTMB, kumpulan Eksekutif KTMB dan kumpulan bukan Eksekutif KTMB tapi kedudukan semua Lembaga Pengarah KTMB termasuk sub committee Lembaga Pengarah KTMB.
Keperluan jawatan dalam Lembaga Pengarah KTMB dan Sub Committee Board KTMB akan dikecilkan malah Sub Committee Board sendiri tidak perlu banyak malah ada yang perlu dibubarkan berdasarkan skop awal pelaksanaan jangka pendek RNAA tidak memerlukan jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang ramai malah Sub Committee Board yang ada kini...
14 April 2017
AYUH BANGKIT & SEDARLAH
Jumaat, April 14, 2017
RNAA
Assalamualaikum n Salam Sejahtera
"AYUH BANGKIT & SEDARLAH"
Bila ada admin remove (group whatsapp) ada yg marah.. ada yg merayu.. setakat membaca tapi tanpa sebarang komitmen... katanya memberi sokongan dan saya seorang ahli.
Sedarkah tanggungjawab seorang ahli?
Tanggungjawab seorang ahli kesatuan sekerja bukan sekadar menjadi ahli, bukan sekadar menzahirkan sokongan tetapi bersama kepimpinan kesatuan melaksanakan aktiviti kesatuan selaras dengan perlembagaan kesatuan dan akta kesatuan sekerja.
Ramai yang beranggapan bahawa menjadi ahli...
13 April 2017
KENYATAAN FITNAH
Khamis, April 13, 2017
RNAA
RUM dapat mesej ini dalam group Whatsapp RUM, ada kenyataan sebegini rupa, (RUM paparkan untuk tatapan umum di bawah kenyataan ini) bahawa kenyataan yang tersebar dalam banyak group whatsapp adalah satu kenyataan yang berbentuk "fitnah jahat", RUM melihat kenyataan ini dari pihak tertentu yang berkepentingan khususnya ingin memburukan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB, Presiden RUM dan memecahbelah perpaduan dan kekuatan ahli-ahli RUM.
RUM sedar dalam berhadapan dengan tentangan terhadap RNAA banyak pihak yang berkepentingan...
12 April 2017
JIKA RNAA DILAKSANAKAN NANTI
Rabu, April 12, 2017
RNAA
Bila RNAA di laksanakan.. inilah kemahuan Kementrian Pengangkutan.. btol x? Kenyang company Abu, Atan & Ali..kroni? Ada 20 company tgh tggu ni.. MOT ape citer ...
WAHYU ANTARA PUNCA MASALAH KTMB PENYELESAIANNYA
Rabu, April 12, 2017
RNAA
Masalah yang berlaku adalah wahyu, kebiasaannya wahyu dalam KTMB datangnya dari Kementerian Pengangkutan, banyak cara yang digunakan, ada melalui proposal syarikat disokong oleh wahyu diikuti oleh surat penolong wahyu sebagai surat makluman sokongan.
Yang menariknya penjawat awam akan menghubungi pegawai KTMB mendesak supaya diterima, manakala pegawai KTMB pula terpaksa akur, katanya "terpaksa tak boleh melawan arus".
Disinilah punca masalah bila pegawai KTMB sebagai "user" tidak bertegas mengikut kehendak KTMB, sebaliknya akur setiap arahan yang...
11 April 2017
RNAA BENTONG DESTINASI KAMI!
Selasa, April 11, 2017
RNAA
YB Menteri Pengangkutan wajar dipersalahkan! Tindakan merancang RNAA adalah menganiaya KTMB dan Pekerja!
BENTONG 100% KAMI TARGET! KITA PASTIKAN MENTERI PENGANGKUTAN KECUNDANG PADA PRU 14!
300 majoriti.. kacang je... hahaha...
Ingat RUM main-main ke? We are really serius.. we will proof it...
THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA (RUM)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
RAC BESAR KEPALA
Selasa, April 11, 2017
RNAA
Ikut maklumat RAC sekarang dah naik tocang... kalau bahasa pasarnya "BESAR KEPALA" ialah.. kononnya AKTA KERETAPI PINDAAN 1991 tu menunjukkan semua aset keretapi milik dia..
Macam RUM cakap tahun lepas... RAC "kulimutek"... haha... ramai tak tau apa itu "kulimutek" tak pelah... kalau ada kawan india... suruh dia translate... hehe...
Bila dah "kulimutek" apa lagi... jadi "puppet" ada "dalang" kat belakang"... haha...
Kau ambil satu (1)
Aku ambil satu (1)
Hahaha.....
Owh no!!!!
YB TIM MENTERI kata... kita nak buat anak Syarikat... hahaha....
Parlimen...
10 April 2017
BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALA
Isnin, April 10, 2017
Beginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh samasekali dicampuradukkan.
Satu yang boleh di puji... Pak Abas mantan Presiden RUM walau pun beliau telah meninggalkan RUM semenjak tahun 1992, beliau masih sayangkan RUM, tidak sesekali akan membenarkan sesiapa pun menjahanamkan RUM malah itulah pesanan Pak Abas kepada saya jagalah RUM ibarat nyawa sendiri.
Begitulah malangnya bila...
KITA HADIR UNTUK BUAT KERJA
Isnin, April 10, 2017
Jangan peduli apa orang kata..
Jangan peduli apa itu persepsi..
Jangan kesah..
Kita terus buat kerja...
Kita fikirkan pekerja...
Kita fikir masa depan pekerja..
Kita mahu kehidupan pekerja terbela..
Bukan teraniaya...
Kalau kita kesah...
Kalau kita peduli...
Kita tak boleh buat kerja...
Pokoknya..
Hanya untuk kaum pekerja...
Pastikan nasib mereka terbela..
Kita selaku pemimpin..
Kita selaku pekerja..
Kita selaku ahli kesatuan sekerja..
Terus berusaha..
Bukan dengan kata-kata..
Tapi...
Penyelesaiannya...
Lambat...
Itulah keluhan..
Bukan semua..
Tak...
Klinik atas koc keretapi tidak relevan
Isnin, April 10, 2017
Malaysia tidak memerlukan seperti ini, hospital dan klinik yang disediakan oleh kerajaan disemua kawasan yang berhampiran dengan perkhidmatan Keretapi.
Kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik dari aspek penjagaan kesihatan untuk Rakyat Malays...
09 April 2017
1 MEI 2016 RNAA/ BERANI KERANA BENAR
Ahad, April 09, 2017
RNAA
Kenangan dianugerahkan antara pemimpin kesatuan yang terbaik yang disampaikan oleh YB Dato Seri Menteri Pengangkutan, tapi itu tidak penting, itu hanya sebagai satu pengiktirafan namun tanggungjawab mana-mana pemimpin tidak akan terhenti selagi ianya diberi tanggungjawab dan amanah.
Pertemuan dan kesempatan bertemu dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia ketika Majlis Hari Pekerja anjuran Uni-Global di Federal Hotel Kuala...
HUJAH / FAKTA / HUBUNGAN BAIK & KEKUATAN
Ahad, April 09, 2017
RNAA
Dalam perjuangan Kesatuan Sekerja kita berpendirian berdasarkan hujah dan fakta, tanpa hujah dan fakta kita akan diperlekehkan, namun begitu hujah dan fakta tidak mencukupi kerana ianya berdasarkan faktor tertentu misalnya dari sudut Perjanjian Bersama, faktor utama ialah kedudukan kewangan Syarikat, kalau kedudukan kewangan syarikat lemah amatlah sukar untuk pihak pengurusan, maupun Lembaga Pengarah malah Kementerian Kewangan mempertimbangkan sesuatu yang terbaik malah jalan terakhir yang ada ialah merujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Hak kesatuan...
08 April 2017
KTMB Ucap Terima Kasih PM, Gaji Kakitangan Naik
Sabtu, April 08, 2017
ca
KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk semua kakitangan bukan eksekutif dan tujuh peratus kepada eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Pengerusi KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, kelulusan itu berdasarkan Perjanjian Bersama antara Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) dan Persatuan Pegawai-pegawai KTMB (SOA)
“Ini merupakan Perjanjian Bersama yang ke-8 antara KTMB dan RUM dan ke-6 antara...
Kami Bukan Bacul
Sabtu, April 08, 2017
RNAA

Jangan diusik & disentuh Railwaymens Union Of Malaya (RUM) makanya RUM akan bertindak balas, kami bukan bacul, kami Kesatuan Sekerja tidak boleh diletakan di bawah mana-mana pengaruh, kami akan bertindak balas dengan apa cara pun andai mengusik Pekerja/KTMB & RUM.
Kita akan lawan abis-abisan.
This is Railwaymens Union of Malaya
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
KERANA KOPI RUM MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN (AKHIR)
Sabtu, April 08, 2017
RNAA
RUM telah pun menjelaskan dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini bahawa pendirian RUM menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Malah dari sudut organisasi RUM, RUM banyak terhutang budi dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, penganugerahan Bantuan Khas Hari Raya, Bantuan Khas Persekolahan kepada Penjawat Awam dipanjangkan kepada Pekerja KTMB, ianya bukan perkara baru tapi semenjak YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak menjawat jawatan Perdana Menteri, malah masalah yang berlaku...
07 April 2017
KERANA KOPI RUM MAHU MENUMBANGKAN KERAJAAN
Jumaat, April 07, 2017

Tergelak besar bila baca kenyataan blogger ini jelas dan nyata "PAKAR FITNAH" yang boleh menjejaskan imej dan intergriti Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
RUM akui bahawa bila kita mula mengusik arena politik maka inilah natijahnya, permainan fitnah akan menjadi satu permainan samada untuk menjatuhkan atau memburukkan atau memporakperandakan mana-mana individu mahupun organisasi, tapi sebagai kesatuan sekerja kita tidak akan bermain seperti itu kita...
06 April 2017
PERJANJIAN BERSAMA KE 8 TERIMA KASIH YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Khamis, April 06, 2017
ca
Syukur Alhamdulillah Perjanjian Bersama yang ke 8 telah pun diluluskan dengan "Pelarasan Gaji Sebanyak 13%".
Pihak Kesatuan merakamkan ucapan "JUTAAN TERIMA KASIH" kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Kelulusan ini mencerminkan YAB DATO SERI PERDANA MENTERI amat prihatin kepada kami gologan pekerja yang berpendapatan rendan serta melaksanakan tugas-tugas di bawah Perkhidmatan Sosial.
Terima kasih juga kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Semua Lembaga Pengarah KTMB yang merestui...
SENYUM
Khamis, April 06, 2017
RNAA
RUM tersenyum mereka cuba attack RUM dalam satu kenyataan yang di tag, RUM accept tag tersebut... banyak kenyataan provokasi dicetuskan malah persepsi yang sengaja diwujudkan untuk menjerat RUM, sayangnya mereka ini tidak buat kaji selidik, terus mengajukan soalan yang sama tanpa memahami maksud sebenar.
Mereka tidak fokus isu RNAA untuk diperdebatkan sebaliknya mereka menjuruskan kenyataan berbentuk politik, tak mengapa sebagai Presiden RUM saya cuba menjawab sebaik mungkin, tidak pernah lari dari tanggungjawab yang telah diamanahkan,...
KOPI O KAW (CERITA SANTAI PAGI INI)
Khamis, April 06, 2017
Pagi-pagi ni pekena kopi secawan memang best, macam kata pak cik deputy... kalau tak de kopi kaw memang rasa lain macam, masa pergi outstation baru-baru ni, pak cik deputy kalau singgah mana-mana pun tetap dengan ordernya... "kopi o kaw 1".
Sampai admin pun terpengaruh nak "kopi o kaw"... tapi tak mainlah kopi 3 in 1... tak de taste langsung...
Bila pergi minum satu restoran.. yang kita order... adeiiii... punya lambat sampai.... rasa macam nak naik angin... tapi tak naik angin pun... sebab marah-marah pun tak guna... so kita borak-borak... lambat ...
Pasal Taik Pun Mau Gadoh?
Khamis, April 06, 2017
RNAA

Salam,
Muzaffar shah izin kan saya menyiarkan sedikit coretan rasa dari sy insan biasa yang rendah pelajaranya, teringat saya dengan dialog filem p.ramlee "pasal taik pun mau gaduh ka sudah la aya nanti sampai esok x boleh tido."
Acc fb memang hak kamu dan kamu bebas mengutarakan apa sahaja yang terlintas di fikiran kamu,soal kamu mengunakan saluran media maya mengkritik itu pun hak kamu,soal pada saluran mana kamu nak menyampaikan kritikan itu pun...
05 April 2017
Tak tahu jangan nak komen
Rabu, April 05, 2017
RNAA

Kita tenguk komen ini... dia hentam KTMB, sebab apa... nak menghalalkan cara kononnya RNAA patut proceed, pengurusan KTMB lemah...
Sayang seribu kali sayang... mereka sepatutnya salahkan Kementerian Pengangkutan, kalau komuter masalah kenapa beli komuter yang bermasalah, siapa yang buat maintenance? Kalau sistem tiket bermasalah, siapa yang beli mesin tiket, KTMB ke yang beli?
Please bro, sebelum buat komen, buat sedikit homework, kelebek-kelebek...
CAKAP POLITIK 5 BERJASA SOKONGAN TERBUKA UNTUK DATO SERI RAJA NONG CHIK
Rabu, April 05, 2017
Dato Seri Raja Nong Chik adalah individu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan RUM malah orang yang sangat berjasa dalam membantu RUM khususnya kemelut pembuangan 97 kepimpinan dan ahl-ahli RUM. Jasa beliau tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.
Seorang yang lembut dan sangat berdedikasi, sangat ramah dan baik hati, sangat senang dengan beliau.
"Orang Berbudi Kita Berbahasa"
Maka RUM sangat berharap beliau tetap sebagai calon Ahli Parlimen...
04 April 2017
BLOCK SUARA RUM 2
Selasa, April 04, 2017
RNAA
Jentera-jentera MoT ibarat bacul, tak berani berdepan dengan RUM, tidak berani membenar Suara RUM bersiaran dengan bertindak memblock FB Suara RUM.
Mereka dah mula merasa gentar bila kenyataan-kenyataan Suara RUM berbentuk agresif malah telah menonjolkan beberapa kenyataan dari aspek bicara politik.
Kekecutan berlaku kerana isu RNAA telah menjadi hangat malah dalam 10 isu utama negara.
RUM sebagai Kesatuan Sekerja tetap menyuarakan HAK selaras dengan perlembagaan RUM yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja.
Tindakan mereka yang menyekat aktiviti...
BLOCK SUARA RUM 1
Selasa, April 04, 2017
RNAA

BLOCK SUARA RUM 1
RUM terbaca kenyataan RAZIZ RASHID kononnya beliau telah menjawab semua komentar dari Presiden RUM dalam wall beliau sedangkan kenyataan beliau jelas tidak mampu berhujah dengan RUM, malah beliau menyatakan Suara RUM telah diactivate, sedangkan Suara RUM telah di block untuk bersiaran.
Jawapan beliau lebih kepada menegakkan benang yang basah malah kenyataan beliau jelas tidak mempunyai hujah dan fakta secara tidak langsung telah...