RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

30 November 2015

KERTAS KERJA PELARASAN GAJI

Di bawah ini dipaparkan petikan kertas kerja pelarasan gaji dipara 9 untuk Perjanjian Bersama ke 8, Kos Sara Hidup bagi pekerja KTMB. Kadar yang dimasukan dalam ini adalah minima atau anggaran kasar sahaja. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTM...

27 November 2015

MEMO

Info diterima bahawa Gamis dan PSM telah menyerahkan memo kepada SPAD sebentar tadi membantah kenaikan tambang yang dituntut oleh KTMB. KTMB menuntut kadar tambang berdasarkan survival KTMB, sekiranya tidak KTMB tidak boleh atau mampu menjalankan perkhidmatan yang baik, harus disedari risiko KTMB yang akan diambilalih oleh pihak-pihak luar. Risiko paling besar adalah kepada pekerja, tidak mustahil akan berlaku seperti MAS, apa yang dituntut...

TAK FAHAM

Aku sendiri dah tak faham, sikap manusia yang lebih mementingkan diri tanpa melihat kepentingan organisasi, lebih bersikap tamak, mengutamakan kepentingan kumpulan tanpa melihat kepentingan masa depan atau mungkin merasa selesa atau lebih percaya pada mereka yang sengaja mewujudkan provokasi sehingga menimbulkan kepelbagaian persepsi. Ada juga yang lebih suka merungut, mengeluh atau bercakap di belakang tanpa membuat kaji selidik atau menyiasat...

26 November 2015

KEDUDUKAN KEWANGAN KTMB

RUM menggesa Kementerian Kewangan menyegerakan Suntikan Kewangan dengan kadar segera demi memastikan kesinambungan perkhidmatan KTMB yang kini bertambah kritikal. RUM akan buat Sidang Akhbar minggu depan untuk menggesa Kementerian Kewangan menyuntik kewangan kepada KTMB, kelewatan menyegerakan suntikan kewangan boleh menjejaskan perkhidmatan KTMB dan pengguna KTMB. RUM akan membantu Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dengan apa cara...

REPORT PEJABAT BUROH

Inilah masalahnya bila tak jadi Ahli RUM, maka bila jadi masalah maka nak report ke pejabat buroh, apa kemampuan pejabat buroh? Tak ada apa pun... akhirnya pejabat buroh akan bertanya:- 1. KTMB ada Kesatuan Sekerja, kenapa tak rujuk Kesatuan? 2. Kenapa dah tau ada Kesatuan Sekerja tak mahu jadi ahli kesatuan? Percaya pada orang salah, terpengaruh dengan orang yang salah, percaya pada orang yang salah, sedangkan orang yang salah ini membawa...

25 November 2015

MESYUARAT JKKPP INDUK KTMB

Alhamdulillah, JKKP INDUK KTMB berjalan mengikut peruntukan Perjanjian Bersama, setelah sekian lama saya selaku Presiden RUM tidak hadir kerana tidak bersetuju dengan Mantan Presiden KTMB yang membelakangkan Perjanjian Bersama mewujudkan wakil pekerja yang tidak diiktiraf malah tidak berpengetahuan dan tunduk pada pengurusan, perlu disedari bahawa "keselamatan" tidak sesekali boleh "dicompromise". Kehadiran terdiri dari pihak pekerja yang di...

KERTAS KERJA PIHAK KAKITANGAN BIL. 1/2015

DI PAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM KERTAS KERJA PIHAK KAKITANGAN BIL. 1/2015 Tarikh : 23hb. November 2015 SEKALUNG BUNGA UNTUK TUAN HAJI SARBINI A. SABAR MEMPERTAHANKAN KEBENARAN 1. Persoalan ’ketirisan urus tadbir SYARIKAT KTMB’ kini dilindungi semula ‘KEKEBALANNYA’ oleh daya usaha dan kebijaksanaan ‘KERAJAAN SEMASA’ di bawah pimpinan ‘YAB. DATO’ SERI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK, Perdana Menteri Malaysia’ dengan memilih...

23 November 2015

BAIK PULIH LANDASAN PANTAI TIMUR TAK GUNA, KENA BANJIR AKAN HANYUT LAGI

"BAIK PULIH LANDASAN PANTAI TIMUR TAK GUNA, KENA BANJIR AKAN HANYUT LAGI" Kata-kata kononnya seorang "Pemimpin". Adoiiii.. mentaliti  seorang yang dikatakan pemimpin.... Apa busuk hati sangat!!! Tahukah anda? 1. Kos pembaikpulihan lebih kurang RM 18 juta yang boleh dianggap murah dan ditanggung oleh Kementerian Pengangkutan dan di bina dalam waktu singkat. 2. Tahukah anda semua pertukaran pekerja telah dibatalkan dan semua yang telah ditukarkan dikembalikan ke Depoh asal, betapa gembira mereka kembali kepangkuan keluarga masing2. 3. Tahukah...

KERTAS KERJA MAJLIS BERSAMA PUSAT

Gambar yang dipaparkan adalah muka depan Kertas Kerja Majlis Bersama Pusat yang akan dibentangkan pada 24 November 2015. Kertas Kerja ini akan disampaikan kepada YAB Dato' Seri Perdana Menteri Malaysia dan Semua YB Menteri yang berkaitan. In Syaa Allah selesai Majlis Bersama Pusat, RUM akan paparkan untuk perkongsian umum. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB. ...

22 November 2015

DESAS DESUS @ KHABAR ANGIN

Saya telah menerima call dari Exco RUM mengatakan hebuh desas desus bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB tidak akan lama dalam KTMB, desas desus ini tersebar dengan cukup luas. Saya ingin menjelaskan bahawa DESAS DESUS atau KHABAR ANGIN ini adalah "TIDAK BENAR"  malah di luar pengetahuan saya. Desas desus ini berkemungkinan di bawa oleh gerombolan dari pihak-pihak atau saki baki Mantan Presiden KTMB yang sengaja mewujudkan provokasi yang tidak sihat malah RUM mengenali pihak-pihak yang berkenaan, kepada pihak yang berkenaan RUM...

21 November 2015

JAWATANKUASA KESELAMATAN, KESIHATAN, PEKERJAAN DAN PERSEKITARAN INDUK KTMB. (JKKPPI)

Setelah sekian lama JKKPPI bercelaru dengan sistem kelam kabut di bawah pentadbiran Mantan Presiden KTMB malah bertentangan dengan Perjanjian Bersama (CA) maka pembetulan telah dibuat oleh Presiden KTMB, Tuan Haji Sarbini Bin Tijan dengan mengembalikan semua sistem mengikut perundangan, maka yang tidak ada kena mengena dalam perundangan iaitu dengan kehadiran Persatuan dalam mewakili pekerja atau satu badan yang tidak diiktiraf telah terkeluar dari JKKPP. Harus disedari bahawa JKKPI adalah badan INDUK yang di Pengerusikan sendiri Presiden KTMB...

Anugerah dari SPAD

KTMB received award from SPAD on best innovation (rail).. Ladies coach. (Hj Hilmi Senior Vice President technical) -Admin ...

20 November 2015

MAJLIS BERSAMA PUSAT (MBP)

Kali terakhir Majlis Bersama Pusat ialah pada 13 Disember 2013 yang telah mencetuskan pertikaian. Sehingga tarikh tersebut tiada lagi Majlis Bersama Pusat. Alhamdulillah, Majlis Bersama Pusat akan diadakan pada 24.11.2015 yang akan dihadiri 23 pemimpin RUM serta semua pengurusan tertinggi KTMB. Majlis Bersama Pusat (MBP) ini adalah platform perundingan tertinggi diantara RUM, SOA dan KTMB, yang mana di Pengerusikan oleh Presiden KTMB dan...

The WFTU in solidarity with the working class of Italy ahead of the Public Sector Strike on November 20th, 2015

18 Nov 2015 ITALY, SOLIDARITY, USB The World Federation of Trade Unions representing currently 92 million workers in 126 countries conveys its fraternal salutation and extends its solidarity to the working class of Italy which organizes a Strike in the Public Sector on 20 November 2015. The WFTU supports its affiliate, the Unione Sindacale di Base (USB) joins its voice with the workers in Italy demanding their fair rights against the...

19 November 2015

SIMPAN MUKA DALAM POKET

Begitulah mana-mana Kesatuan pun, lumrah melalui pengalaman yang dilalui. Satu kenyataan yang terbaik, setiap pemimpin kesatuan samada di dalam negara mahupun di luar negara mengalami situasi yang sama. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB ________________________________________________ SIMPAN MUKA DALAM POKET Bermula kelmarin 17/11/2015 saya baru edarkan pekeliling NUBE memaklumkan kepada ahli untuk turun mengundi kenaikan...

18 November 2015

KESAH HUTANG

Paling takut ialah hutang dengan ahli-ahli RUM, jenuh nak jumpa setiap orang nak minta halalkan, maklumlah duit RUM adalah duit ahli-ahli RUM melalui potongan yuran, tambah-tambah ajal maut bukan tangan kitakan... (Ingatan ini untuk diri sendiri juga) Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB ...

17 November 2015

GERAM

Amboi YB ikut sedap mulut je, lepas tengkuk salahkan KTMB kemudian kaitkan dengan harga tambang komuter... YB jangan macam tu tak baik, RUM nasihatkan buatlah "homework" dulu sebelum buat kenyataan, malu tau... nama pun YB... mesti lebih bijak dari kami... Letih ler.... Lepas tengkuk... jadikan KTMB kambing hitam, senang kerja macam ni YB.... Adoiiiiiii....... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB ...

PEKERJA VS PENGURUSAN (Generasi "Y")

Kedua-dua pihak adalah sangat penting, saling berganding bahu untuk kepentingan Syarikat, hubungan dan kekeraban seperti saudara perlu dalam menjalinkan hubungan, jalinan hubungan yang baik akan memberi impak yang sihat untuk meningkatkan produktiviti. Sesekali jangan beranggapan bila duduk ditempat pengurusan maka diri menganggap "I am the boss", kerana ini akan meminggirkan hubungan persaudaraan, khususnya pada generasi muda atau generasi "Y". Sifat "dendam" adalah tidak sihat, sifat beranggapan "pekerja junior" adalah "budak-budak" atau mudah...

UNDIAN BAJET 2016 (GAJI MINIMA)

RUM merakamkan terima kasih kerana meluluskan BAJET 2015. Dari kacamata RUM mengenai aspek pekerja ada 2 perkara yang RUM lihat memberi kebaikan. 1. Gaji Minima RM 1000.00 untuk Negara Maka dengan kelulusan ini semua Pekerja Swasta akan menikmati gaji minima RM 1000.00. 2. Gaji Minima RM 1200.00 untuk Penjawat  Awam. Satu kenaikan yang baik, RUM mengucapkan tahniah kepada Penjawat Awam Maka pada pandangan RUM kelulusan ini sangat penting untuk meningkatkan Gaji Minima, walaupun pada dasarnya Gaji Minima untuk Negara masih rendah di bawah paras...

16 November 2015

MESEJ YANG DITERIMA MELALUI WHATSAPP

Assalamualaikum Tuan.. Apa kabar....Sekadar bertanya.. Adakah KTMB akan di pecah pecahkn menjadi anak syarikat.. Apa yg saya dgr sekarang ni pun telah berjln membuat kertas kerja.. Bagaimana dgn RUM.. Menakutkn keadaan sekarang...😪😪KOMEN RUMAda kenyataan telah pun dipaparkan dalam Suara RUM boleh rujuk dalam kenyataan sebelum ini, dalam taklimat di utara pada ahli-ahli RUM penjelasan telah diberikan, maka itu setiap penulisan RUM sebaiknya di baca dah difahami, ada kala tulisan RUM lebih bersifat "bayangan" atau "clue" tidak secara tepat, namun...

JADUAL (ROASTER) "PENYELIA VS PEKERJA"

Gambar Hiasan Setiap pekerja hendaklah dijadualkan kerjanya mengikut peruntukan yang terdapat di dalam Perjanjian Bersama. Penjadualan kerja adalah selaras dengan Akta Kerja dan ianya menjadi sebahagian daripada peruntukan undang-undang. Maka tiada mana pihak boleh mengubahnya secara sesuka hati bilamana penjadualan waktu kerja yang telah ditetapkan. BUDIBICARA Sekiranya samada pengurusan khususnya Penyelia bersama-sama Pekerja bersetuju...

14 November 2015

BERGADUH DAN HARMONI

Dulu masa pertikaian, ramai yang mengatakan RUM ni kerja dia asyik bergaduh, bila RUM menjalinkan hubungan harmoni, lain pula kenyataan yang timbul dengan mengatakan RUM ini yellow union. "BERGADUH" bahasa pasar atau bahasa Kesatuan Sekerja ialah "PERTIKAIAN" mesti berlandaskan sebab yang munasabah, melalui "TEMPOH" yang munasabah, sekiranya tiada sebab yang munasabah tanpa tempoh yang munasabah maka ianya adalah salah malah boleh bertentangan...

13 November 2015

CADANGAN DARI PEKERJA (Mesej dalam inbox, menarik untuk dipaparkan)

"AsSalam .. "Sudah sampainya masa hari dan seterusnya perubahan sikap pegawai terutama peringkat wilayah mesti main peranan utama dalam kongsep menjayakan "coustemers is All Right".  "MAKA dasar mengatasi dan memudahkan perlu dijadi budaya dan amalan kerja atau kerja amal yang terbaik dalam memberi khidmat dan kepercayaan kepad pelanggan. "Idea yang benar walaupun pahit ini perlu disedari oleh peringkat pegawai-pegawai kita khususnya...

SALAH LAKU (CUSTOMER ALWAYS RIGHT)

RUM ingin nasihatkan kepada ahli-ahli RUM dalam menjalankan tugas ketika berhadapan dengan pelanggan kita harus banyak bersabar, kita perlu melayan pelanggan dengan baik dan sopan. Kita sedar adakala pelanggan mewujudkan provokasi kepada pekerja yang khususnya bekerja secara terus dengan pelanggan, namun kita selaku pekerja tidak boleh terikut-ikut rentak pelanggan yang sengaja atau tidak sengaja mewujudkan provokasi. Tahap kesabaran yang...

11 November 2015

ISTILAH "KULI", "BUROH" & "PEKERJA"

Sebagai pemimpin kesatuan sekerja, saya lebih gemar guna perkataan  "KULI", walaupun gabungan Kesatuan Sekerja induk mengiktiraf perkataan "BUROH", bagi kerajaan pula mengistiharkan perkataan "PEKERJA" kepada mereka yang bekerja "MAKAN GAJI".  Sebelum di istilahkan dengan nama "PEKERJA" ianya lebih di kenali dengan nama "BUROH", istilah "PEKERJA" yang diiktraf namanya oleh kerajaan maksudnya lebih "MANIS", "SOPAN" dan seolah-olah ianya "SANGAT DIHARGAI". Istilah memainkan peranan, cuma adakah istilah benar-benar di gunapakai? Kalau...

09 November 2015

HAPPY DIWALI

Bagi pihak Majlis Exco RUM, kami mengucapkan Happy Diwali pada semua Ahli RUM dan Rakan RUM yang berugama HINDU. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...

USAHA BERTERUSAN

Usaha berterusan oleh Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dan Sokongan Lembaga Pengarah KTMB di ketuai YB Dato Ir Nawawi Ahmad berganding bahu untuk menjadikan KTMB sebagai sebuah Pengangkutan yang hebat melalui peningkatan ilmu dengan kerjasama UUM. Hasrat Terbaik ini mendapat sokongan padu dari Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB. Makanya suara "PASAR" sekadar suara pasar yang tiada membawa sebarang pengertian. Kenyataan Rasmi Kesatuan...

Kenyataan Kelab Peminat Keretapi & Komen Presiden KTMB

Rum terbaca kenyataan tersebut dalam komen group Intercity dan Group Sahabat KTMB. Penjelasan RUM 1. PRINSIP RUM RUM sentiasa akan mempertahankan mana-mana Tren samada Intercity, Kargo, ETS, Komuter atau apa nama tren sekalipun atas nama pengekalan Keretapi Tanah Melayu Berhad itu. 2. Terima kasih kepada kelab peminat Keretapi yang membangkitkan perkara ini. 3. Sepengetahuan RUM bahawa tiada penamatan perkhidmatan Tren Intercity...

08 November 2015

KTMB Terus Berjaya

TAHNIAH Satu lagi kejayaan KTMB Daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja KTM...

Terima kasih kepada JK Cawangan Alor Setar

Bagi pihak Majlis Exco kami merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa Cawangan dan Ahli-Ahli Cawangan Alor Setar. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...

Komuter: KTMB masih rugi RM60 juta

MUKADIMAH: PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad (gambar) mengikuti komen-komen dari Facebook dan WhatsApp sebaik sahaja pengumuman kadar tambang baharu perkhidmatan komuter KTMB kelmarin. Kenaikan baharu itu adalah daripada 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan bermula 2 Disember depan. Ini bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan...

07 November 2015

FLASHMOB (HERO KONON)

Perjuangan RUM adalah untuk Pekerja KTMB dan memastikan KTMB terus kekal bukan sahaja kerana sejarahnya tapi kerana KTMB adalah untuk kepentingan rakyat. Ramai orang tak sedar, ramai orang tidak tahu, mereka hanya melihat dari satu aspek, tapi sedar ke mereka? KTMB adalah sebuah Syarikat berentitikan "SWASTA", dalilnya KTMB di daftarkan di bawah Akta Syarikat. Maksudnya KTMB bukan lagi di bawah "PENTADBIRAN KERAJAAN". Namun kedudukan KTMB...

06 November 2015

FLASHMOB

Awat masa 6000 Pekerja Mas di tamatkan perkhidmatan kumpulan ni tak buat flashmob? Tau ke pekerja MAS ada anak juga belajar ke Universiti? Kalau terjadi apa2 kepada pekerja KTMB macam pekerja MAS, kumpulan ni nak bagi makan ke kat pekerja keretapi? Masa 97 orang pekerja KTMB di buang kerja demi Selamatkan KTMB mana pi kumpulan ni? Pekerja KTMB juga ada anak, belajar kat Universiti, nak tanggung anak dengan gaji bawah pasaran,...