13 November 2015

SALAH LAKU (CUSTOMER ALWAYS RIGHT)

RUM ingin nasihatkan kepada ahli-ahli RUM dalam menjalankan tugas ketika berhadapan dengan pelanggan kita harus banyak bersabar, kita perlu melayan pelanggan dengan baik dan sopan.

Kita sedar adakala pelanggan mewujudkan provokasi kepada pekerja yang khususnya bekerja secara terus dengan pelanggan, namun kita selaku pekerja tidak boleh terikut-ikut rentak pelanggan yang sengaja atau tidak sengaja mewujudkan provokasi.

Tahap kesabaran yang tinggi, ketahanan mental yang sangat kuat diperlukan, sekiranya kita gagal maka kita bukan sahaja menjejaskan imej KTMB tetapi kita selaku pekerja boleh diambil tindakan tatatertib.

Justeru itu RUM memohon kepada semua pekerja khususnya ahli-ahli RUM tolong kawal perasaan dan utamakan pelanggan, perkhidmatan yang baik akan menaikan imej KTMB seterusnya mampu melonjakkan nama KTMB, kita dalam proses pembaikpulihan, maka semua pihak perlu beri kerjasama yang baik.

RUM juga berharap pihak pengurusan pertengahan bijak memainkan peranan dalam pengaturan kerja serta bijak dalam "problem solving" bagi mengatasi masalah yang wujud khususnya yang terlibat dalam "sistem tiket" dan "khidmat pelanggan", perlu sedar bahawa pekerja yang terlibat sentiasa berdepan dengan provokasi sehingga boleh menghilangkan kesabaran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • KENYATAAN PERBADANAN ASET KERETAPI - JAWAPAN BALAS RUM Kenyataan akhbar RAC lebih berunsur kebudak-budakan, berdasarkan jawapan balas kenyataan yang dikeluarkan. Kenyataan RAC lebih kepada mengakui kenyataan RUM mengenai hasrat untuk mengambilalih semua aset-aset seperti yang dih… Read More
  • LAWATAN KERJA BELIA RUM LAGI BERITA BERGAMBAR.Biarpun hanya di Stesen kecil jauh di pendalaman, Belia RUM terus bertemu ahli-ahli untuk bersama dengan mereka melihat kepayahan pekerjaan yang dilakukan, menerangkan hala tuju KTMB & RUM, menerapkan semangat bekerja den… Read More
  • HASIL PENGSWASTAAN PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 Di bawah ini adalah gambar lokasi di Sentul Pasar,  sebelum pengswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) Projek yang kata membantu KTMB dianggarkan hanya sekitar 35% dari sel… Read More
  • RUM TETAP RUMRUM TETAP RUM DULU RUM berdepan dengan MARAK UNGGUL DULU RUM berdepan dengan YTL DULU RUM berdepan dengan Dr Aminuddin Adnan Mantan Presiden KTMB DULU RUM berdepan dengan MMC DULU RUM berdepan dengan Datuk Elias Kadir Mantan… Read More
  • Sidang Akhbar: Membantah pengambilan aset2 keretapi oleh RAC RUM & SOA dalam Sidang Akhbar baru sebentar tadi Membantah Pengambilan Aset-Aset Keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan memohon Kerajaan semua Aset yang dikendalikan oleh Perbadanan Aset Keretapi dikembalikan … Read More