07 November 2015

FLASHMOB (HERO KONON)

Perjuangan RUM adalah untuk Pekerja KTMB dan memastikan KTMB terus kekal bukan sahaja kerana sejarahnya tapi kerana KTMB adalah untuk kepentingan rakyat.


Ramai orang tak sedar, ramai orang tidak tahu, mereka hanya melihat dari satu aspek, tapi sedar ke mereka? KTMB adalah sebuah Syarikat berentitikan "SWASTA", dalilnya KTMB di daftarkan di bawah Akta Syarikat. Maksudnya KTMB bukan lagi di bawah "PENTADBIRAN KERAJAAN".

Namun kedudukan KTMB di bawah sektor "SWASTA" masih di kawal oleh kerajaan khususnya dari segi "Kenaikan Harga Tambang", bila di kawal maka KTMB tidak mampu berdikari.

Andai mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan "kenaikan harga tambang"? maka RUM cadangkan mereka dari kumpulan mana, persatuan mana, politik mana, desaklah Kerajaan, kembalikan KTMB kepada "Sektor Awam".

RUM cadangkan pada kumpulan ini supaya "flashmob" atau "berdemontrasi"lah hari-hari, RUM akan bersedia bersama mereka ini, demi memastikan nasib pekerja KTMB terbela, KTMB terus kekal sebagai entiti pengangkutan awam serta di bawah pentadbiran awam. Kalau ini di laksanakan baru di katakan "HERO", kalau tidak pi main jauh-jauh.

Jangan hanya bercakap pasal "tambang"!, nak jadi "HERO!" kononnya memperjuangkan hak rakyat, tapi tidak memperdulikan kesengsaraan pekerja KTMB yang juga rakyat Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • Ikat Perut Read More
  • HARI INI Apakah sesuatu yang baik dapat diterjemahkan... Harapan setiap yang menghadapi dilema... Setiap yang berlaku pasti ada hikmah... Semoga hari ini akan memberi cahaya... Bukan kemenangan... Tapi "keadilan"... In Syaa … Read More
  • Ahmad Maslan akui piket KTM kerana bantah Elias Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa siri piket oleh Kesatuan Pekerja Keretapi Malaysia (RUM) berlaku kerana "personaliti" dalam pengurusan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad. Menurut beliau yan… Read More
  • Dasyatnya kapitalis Dua (2) kali perbincangan di peringkat tertinggi telah dijalankan serta akan terus berjalan bagi menyelesaikan kemelut yang telah berlaku di antara Presiden KTMB dan Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM). Difahamkan oleh Ibu Pejab… Read More
  • Jangan perbudak-budakan "Railwaymen Union of Malaya" (RUM) RUM mendapat makluman, bila kenyataan melalui gambar di bawah ini di hebahkan pada semua warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM malah difahamkan pekerja perlu menandatangani dokumen ini.  Sebelum ini satu Buletin KTMB ju… Read More