22 November 2015

DESAS DESUS @ KHABAR ANGIN

Saya telah menerima call dari Exco RUM mengatakan hebuh desas desus bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB tidak akan lama dalam KTMB, desas desus ini tersebar dengan cukup luas.

Saya ingin menjelaskan bahawa DESAS DESUS atau KHABAR ANGIN ini adalah "TIDAK BENAR"  malah di luar pengetahuan saya.

Desas desus ini berkemungkinan di bawa oleh gerombolan dari pihak-pihak atau saki baki Mantan Presiden KTMB yang sengaja mewujudkan provokasi yang tidak sihat malah RUM mengenali pihak-pihak yang berkenaan, kepada pihak yang berkenaan RUM nasihatkan hentikan dengan segera sebelum RUM menelanjangkan secara terbuka atau sekiranya tidak bersetuju dengan kepimpinan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB, maka RUM mengalu-alukan pihak yang berkenaan "LETAK JAWATAN" seperti mana "Mantan GM TMOD" lakukan.

RUM tetap berpendirian selagi Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan mana-mana Hak Akta, RUM akan mempertahankan beliau.

Malah "Kertas Kerja 1" di bawah topik "SEKALUNG BUDI" akan dibentangkan dalam Majlis Bersama Pusat, adalah menyokong kepimpinan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB, "Kertas Kerja 1" akan dipanjangkan juga kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia dan semua YB Menteri yang berkaitan.

Justeru desas desus atau khabar angin ini hendaklah dihentikan dan di nasihatkan jangan percaya mana-mana khabar angin yang di bawa oleh mana-mana pihak.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • GROUP WHATSAPP AHLI RUM Atas permintaan, saya akan mewujudkan Group Whatsapp untuk ahli-ahli RUM sahaja. Oleh kerana whatsapp group hanya menghadkan seramai 100 orang sahaja, maka siapa dahulu yang inbox.....  - nama,  - no per… Read More
  • TAMBAH PENDAPATAN Setiap Bapa @ Pekerja akan berusaha menambah pendapatan, samada sedar atau tidak ini telah pun dilaksanakan, kerana ianya menjadi tanggungjawab Bapa untuk memastikan kehidupan akan bertambah baik atau setidak-tidaknya mamp… Read More
  • PERUNDINGAN CA 8 (10 - 14 JAN 2016) Untuk makluman ahli-ahli RUM perundingan Perjanjian Bersama ke 8 akan diadakan di Hotel Adya, Pulau Langkawi bermula pada 10 - 14hb Januari 2016. Mudah-mudahan perbincangan ini akan dijalankan dengan harmoni serta membe… Read More
  • KENYATAAN MEF Baca ini.... RUM telah pun mengeluarkan kenyataan yang sama, di bawah topik "TERBACA KOMEN". Sedap bagi cadangan, tapi tak baca implikasi kepada pekerja, kesan kepada undang-undang, arahan maupun pekeliling yang dikeluark… Read More
  • PENDAPAT/KHIDMAT NASIHAT Pada ahli-ahli RUM suka diberi pesanan, sebarang keraguan atau pertanyaan atau masalah atau inginkan pendapat atau nasihat dari segi aspek pekerjaan maupun undang-undang atau apa jua pertanyaan, sila berhubung terus dengan… Read More