03 November 2015

LOKOMOTIF IRCON

RUM di fahamkan bahawa KTMB tidak lagi menyambung kontrak penyewaan Lokomotif Ircon, sekiranya benar RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB berani membuat keputusan ini demi kepentingan KTMB, Pekerja dan Penumpang.

Isu Lokomotif Ircon telah RUM bangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran Induk sekitar tahun 2012 dan 2013 ketika zaman mantan Presiden KTMB bahawa pengunaan lokomotif ini tidak sesuai lagi digunakan berdasarkan aspek keselamatan bukan sahaja kepada Pekerja KTMB malah penumpang.

Pengunaan Lokomotif ini juga menghakibatkan kerugian kepada KTMB melalui pengunaan minyak yang lebih berikutan usia lokomotif ini lebih dari 40 tahun, malah kuasa tarikan yang ada sangat lemah, sehingga perlu mengunakan 2 set lokomotif untuk menarik satu jajaran.

Set Lokomotif Ircon ini juga telah ditolak pengunaannya oleh Singapura dan Thailand.

Terima kasih Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang memahami keperluan Keselamatan dan Kepentingan KTMB dan Pekerja.

RUM juga telah mengeluarkan kenyataan dalam Suara RUM pada ketika zaman mantan Presiden KTMB rujuk:-


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB