09 November 2015

Kenyataan Kelab Peminat Keretapi & Komen Presiden KTMB

Rum terbaca kenyataan tersebut dalam komen group Intercity dan Group Sahabat KTMB.
Penjelasan RUM



1. PRINSIP RUM
RUM sentiasa akan mempertahankan mana-mana Tren samada Intercity, Kargo, ETS, Komuter atau apa nama tren sekalipun atas nama pengekalan Keretapi Tanah Melayu Berhad itu.

2. Terima kasih kepada kelab peminat Keretapi yang membangkitkan perkara ini.

3. Sepengetahuan RUM bahawa tiada penamatan perkhidmatan Tren Intercity dalilnya Kerajaan melalui MOF telah mengawardkan "pembaikpulihan koc", ini membuktikan koc yang digunakan oleh Tren Intercity masih terus beroperas.

4. Walaupun ada kenyataan dari Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB untuk menamatkan perkhidmatan Intercity, tapi kenyataan itu berupakan penjadualan tren yang lebih efektif yang mampu mendatangkan hasil.

5. RUM melihat kenyataan ini berupa satu kenyataan untuk memastikan Kerajaan menyuntik Sumber Kewangan bagi memastikan Tren Intercity terus beroperasi, kerana harga tambang bagi Tren Intercity telah tidak dinaikan sejak 20tahun yang lalu atau lain perkataan kenaikan tambang tren Intercity perlu dinaikan bagi menampung kos operasi Tren Intercity.

6. Seperti para 1, RUM akan mempertahankan KTMB demi kepentingan Pekerja, Rakyat dan Negara, maka RUM akan mendesak Kerajaan untuk menyuntik perbezaan kos tambang dan operasi Tren Intercity di tanggung oleh Kerajaan atau memberi kenaikan harga tambang yang munasabah atau kos sebenar kepada harga tambang KTMB.

7. Maka itu tidak ada isu timbul mengenai Penamatan Tren Intercity, sekiranya ada RUM akan mempertahankan Tren Intercity demi mengekalkan operasi Tren Intercity kerana implikasi besar akan berlaku kepada ramai pekerja KTMB sehingga pengurangan pekerja kerana tiada perkhidmatan Tren Intercity.

Konklusinya

RUM tidak sesekali membenarkan pemberhentian Tren Intercity waima apa terjadi sekalipun, namun yakin perkara ini tidak akan terjadi kerana Kerajaan tidak akan membenarkan perkara yang boleh menjejaskan kepentingan pekerja dan rakyat Malaysia.

RUM sentiasa berjuang untuk:-

"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.