27 November 2015

MEMO

Info diterima bahawa Gamis dan PSM telah menyerahkan memo kepada SPAD sebentar tadi membantah kenaikan tambang yang dituntut oleh KTMB.

KTMB menuntut kadar tambang berdasarkan survival KTMB, sekiranya tidak KTMB tidak boleh atau mampu menjalankan perkhidmatan yang baik, harus disedari risiko KTMB yang akan diambilalih oleh pihak-pihak luar.

Risiko paling besar adalah kepada pekerja, tidak mustahil akan berlaku seperti MAS, apa yang dituntut oleh KTMB adalah harga tambang berdasarkan kos yang ditanggung oleh KTMB.

Benar kerajaan ada memperuntukkan suntikan kewangan tapi tidak memadai dengan tanggungan kos perbelanjaan, malah suntikan kewangan adalah sangat lambat dan sangat sedikit malah KTMB terpaksa mengemis untuk mendapatkan suntikan kewangan.

Sedarkah, KTMB berhutang dengan kontraktor yang berkhidmat dengan KTMB lebih dari RM 200 juta,  kelewatan pembayaran (payment) kepada kontraktor ada yang menjangkau 8 -10 bulan tidak di bayar, sehingga ada kontraktor tidak mahu supply spare part, minyak diesel semalam hanya tinggal 9500 liter berbanding puluhan ribu liter, lokomotif susut secara mendadak yang boleh menjejaskan operasi tren kargo dan intercity, syarikat cleaner tak mampu bayar gaji pekerja, maklumat diterima ada pekerja yang lari sebab tidak dibayar gaji, ada pekerja dari syarikat kontraktor pembersihan tidak hadir untuk membersihkan kebersihan stesen.

Semua kelemahan yang berlaku adalah berpunca dari kelemahan pentadbiran Mantan Presiden KTMB.

Namun dalam peringkat pemulihan maka kenaikan harga tambang diperlukan untuk menampung kos keseluruhan, itu belum lagi kedudukan gaji pekerja di bawah pasaran, maka pihak tertentu perlu memahami keadaan KTMB, kesilapan percaturan bukan sahaja KTMB jadi mangsa tetapi pekerja, RUM tidak sesekali membenarkan KTMB menjadi seperti MAS.

Kenaikan tambang yang dipersetujui oleh kerajaan masih di bawah paras kos sebenar maka kerajaan perlu menanggung baki kos sebenar, seperti mana maklumat yang diterima bahawa ada perancangan dibuat oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sekiranya perkhidmatan tren ini disewakan pada pihak luar untuk beroperasi, maka kebebasan harga tambang boleh diberikan tapi kenapa tidak kepada KTMB hanya perlu untuk menampung kos operasi.

Kerajaan juga perlu menyegerakan Suntikan Kewangan dari sudut perbezaan kos tambang yang terdiskaun bagi menampung kos operasi KTMB, kelewatan akan menjejaskan perkhidmatan KTMB.
Maka itu kenaikan tambang ini sangat diperlukan demi survival KTMB, RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja akan mempertahankan KTMB dari semua sudut demi Selamatkan KTMB, 

Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc Dato Ir Nawawi Ahmad