03 November 2015

KENAIKAN TAMBANG KOMUTER

gambar: Google
KOMEN

Rum tertarik dengan satu komen dalam wall Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang mempersoalkan gaji CEO/Presiden KTMB dalam topik kenaikan tambang komuter.

RUM ingin menjelaskan bahawa Gaji CEO/PRESIDEN KTMB adalah paling murah dari kalangan Syarikat GLC, malah kurang 50% dari gaji Datuk Elias Kadir, Mantan Presiden KTMB.

Sehingga RUM beranggapan ada unsur diskriminasi antara orang luar dengan Warga KTMB. (Maaf Tuan Haji Sarbini Tijan, terpaksa jelaskan, walaupun Tuan Haji Sarbini Bin Tijan pernah menyatakan pada saya "tak pe zak, yang penting kita pulihkan KTMB").

RUM juga ingin menjelaskan bahawa gaji Pengurus Besar, Pengurus Kanan, Pengurus, Eksekutif malah Bukan Eksekutif adalah di bawah harga pasaran.

Tak timbul soal gaji sekiranya melibatkan kenaikan tambang komuter, malah kami pekerja bukan eksekutif dah banyak berkorban demi kepentingan KTMB.

KTMB hidup dalam keadaan terumbang-ambing, mereka tak tau, mereka boleh bercakap apa sahaja, yang mengetahui apa yang berlaku, adalah kami yang bergelumang dalam KTMB.

Kami sedang membawa kapal yang hampir tenggelam ke satu destinasi yang selamat, maka kapal ini sedang menongkah arus dalam serba kekurangan.

In Syaa Allah, "CAPTAIN" kapal ini bersama "KELASI"nya sedang melawan ombak yang tinggi untuk mencapai destinasi, pada yang nak menenggelamkan kapal ini... fikir-fikir banyak kali, tepuk dada tanya selera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • Nasihat sebelum ahli komen di FB SUARA RUM Asalamualaikum dan Salam Sejahtera. Suka dijelaskan setiap kenyataan dalam wall Suara RUM mempunyai kaitan diantara satu sama lain, pembaca khususnya ahli RUM sebelum buat komen, dipohon untuk membaca semua tulisan RUM, k… Read More
  • The Star: KTMB on collision course with union PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) and its workers’ union are on a collision course after the rail company threatened to sack anyone found to be responsible for breakdowns in its intercity train service. Th… Read More
  • Sessi bertemu ahliPegawai-pegawai utama Kesatuan akan ke cawangan-cawangan RUM untuk sessi bertemu ahli-ahli Kesatuan bagi menerangkan perkembangan terkini. Harap ahli-ahli dapat menghadirkan diri ditempat yang telah ditentukan. … Read More
  • DILEMA PEKERJA KTMB RUM suka menghightlihgtkan masalah pekerja, apakah masalah pekerja sebenarnya? Apakah kehendak pekerja sebenarnya? Pekerja mahukan gaji mengikut pasaran, kerana semua menyedari bahawa pekerja KTMB samada Eksekutif dan Buk… Read More
  • KTMB TIADA WANG Gambar Hiasan Benar! KTMB tiada wang, cukup bulan nak bayar gaji pun payah, apatah lagi untuk membayar pada kontraktor, yang difahamkan KTMB berhutang berjuta-juga ringgit dengan kontraktor, bertambah masalah bila nak mem… Read More