17 November 2015

PEKERJA VS PENGURUSAN (Generasi "Y")

Kedua-dua pihak adalah sangat penting, saling berganding bahu untuk kepentingan Syarikat, hubungan dan kekeraban seperti saudara perlu dalam menjalinkan hubungan, jalinan hubungan yang baik akan memberi impak yang sihat untuk meningkatkan produktiviti.

Sesekali jangan beranggapan bila duduk ditempat pengurusan maka diri menganggap "I am the boss", kerana ini akan meminggirkan hubungan persaudaraan, khususnya pada generasi muda atau generasi "Y".

Sifat "dendam" adalah tidak sihat, sifat beranggapan "pekerja junior" adalah "budak-budak" atau mudah diperlekehkan hendaklah dijauhkan, setiap individu pekerja samada baru masuk kerja atau yang sudah lama bekerja statusnya tetap seorang pekerja dan juga seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan.

Kenali mereka, fahami mereka, rapatkan diri dengan mereka, maka hubungan akan menjadi mesra kerana mereka ini adalah juga seorang insan yang kita sebagai generasi lama boleh menganggap adik atau mungkin anak.

Tidak salah memberi teguran, tidak salah juga memberi nasihat, sekiranya mereka ini melakukan kesilapan, cuma teguran serta nasihat yang membina, teknik teguran yang boleh diterima, kerana mereka juga sudah dewasa dan perlu dihormati.

Justeru itu hubungan dengan pekerja muda atau generasi "Y" pewaris KTMB perlu dititikberatkan, mereka pemangkin untuk kemajuan KTMB masa depan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB