20 November 2015

MAJLIS BERSAMA PUSAT (MBP)

Kali terakhir Majlis Bersama Pusat ialah pada 13 Disember 2013 yang telah mencetuskan pertikaian. Sehingga tarikh tersebut tiada lagi Majlis Bersama Pusat.

Alhamdulillah, Majlis Bersama Pusat akan diadakan pada 24.11.2015 yang akan dihadiri 23 pemimpin RUM serta semua pengurusan tertinggi KTMB.

Majlis Bersama Pusat (MBP) ini adalah platform perundingan tertinggi diantara RUM, SOA dan KTMB, yang mana di Pengerusikan oleh Presiden KTMB dan Timbalan Pengerusinya adalah Presiden RUM, Majlis ini adalah mewakili semua warga KTMB dengan agenda perbincangan adalah perkara yang melibatkan isu dasar.

Majlis ini juga adalah satu peringkat perundingan tertinggi bagi menjalinkan keharmonian perusahaan serta usaha meningkatkan kerjasama bagi memajukan KTMB, majlis ini juga boleh mewujudkan pertikaian sehingga tindakan perusahaan diambil sekiranya kata putus dalam sesuatu isu tidak dapat diselesaikan.

RUM akan mengemukakan 2 kertas kerja untuk dibentangkan serta menyemak semua item dalam perkara-perkara berbangkit, perkara-perkara berbangkit adalah subjek biasa dalam mana-mana proses permesyuaratan.

In Syaa Allah, Majlis Bersama Pusat akan berjalan dengan lancar demi mengeratkan hubungan Keharmonian Perusahaan disamping matlamat RUM tidak pernah terkeluar dari visi RUM, Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • PERFECT Bila kita menjadi pegawai Kesatuan, selalu perlu diingatkan ialah "PERFECT", maksudnya bila jadi pegawai Kesatuan kerja hakiki mesti "PERFECT", kerana bila kita "PERFECT" baru kita mampu bersuara, kalau kita tidak "PERFECT… Read More
  • SAJA NAK PESAN RUM bukan mahu bangkitkan semua isu secara terbuka, cuma nak ingatkan banyak isu yang boleh dibangkitkan secara terbuka.  Kebanyakan isu RUM mengunakan saluran rasmi samada melalui bersurat maupun melalui mesyurat … Read More
  • SIJIL KELAYAKAN PEMANDU LOKOMOTIF (LANJUTAN KENYATAAN TIM PRES) Siapa sebenarnya bertanggungjawab? 1. SENIOR LOKOMOTIF INPECTOR? 2. PENGURUS WILAYAH? 3. PENGURUS BESAR OPERASI? 4. PENGURUS BESAR INTERCITY? 5. PENGURUS BESAR? KESELAMATAN, KESELAMATAN DAN PEKERJAAN? 6. PRESIDEN KTMB? Si… Read More
  • PERFECT 1 Bila menjadi pegawai kesatuan, satu yang perlu ditetapkan pendirian ialah jangan mengejar pangkat. Pangkat akan datang dari aspek kerja hakiki yang "PERFECT", tidak perlu mengunakan platform Kesatuan, kerana mengunakan … Read More
  • KECEWA Setiap hari memikirkan... Kenapa kau berubah... Dulu aku percaya... 100% kepercayaan ku berikan... Kerana apa? Kerana dia? Mana pendirian mu... Aku tau... Pertama ku kenal... Kau yang terbaik... Tapi kini... Kau mengancurk… Read More