26 November 2015

REPORT PEJABAT BUROH

Inilah masalahnya bila tak jadi Ahli RUM, maka bila jadi masalah maka nak report ke pejabat buroh, apa kemampuan pejabat buroh? Tak ada apa pun... akhirnya pejabat buroh akan bertanya:-

1. KTMB ada Kesatuan Sekerja, kenapa tak rujuk Kesatuan?
2. Kenapa dah tau ada Kesatuan Sekerja tak mahu jadi ahli kesatuan?

Percaya pada orang salah, terpengaruh dengan orang yang salah, percaya pada orang yang salah, sedangkan orang yang salah ini membawa unsur-unsur fitnah, sebab orang yang salah lebih kepada kepentingan diri, maka akhirnya siapa yang bermasalah? Jawapannya sendiri cari sakit...

Sedangkan RUM bukan sahaja tempat membuat aduan tapi adalah tempat rujukan untuk menerima khidmat nasihat, RUM adalah consultant bagi pihak pekerja akan memberi pandangan dari sudut undang-undang, memberi khidmat nasihat dari sudut syarat-syarat perkhidmatan, kerana RUM lebih memahami mengenai bidang pekerjaan khususnya dalam KTMB.

Justeru itu, tempat mengadu atau menerima khidmat nasihat adalah RUM malah bagi meningkatkan faedah seperti kenaikan gaji (pelarasan gaji) melalui Perjanjian Bersama adalah RUM.

Tiada kumpulan lain, tiada persatuan lain, tiada kesatuan lain kecuali Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM).

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • ANCAMAN KTMB hari ini, berada dalam keadaan getir, seperti mana kenyataan Presiden KTMB termasuk kekangan kewangan, termasuk ancaman dari dalaman maupun luaran. Sungguh sukar digambarkan. Kelembapan suntikan kewangan dari MoF juga … Read More
  • Selamat Ulang Tahun KelahiranAllah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abd Razak Md Hassan .. Allah selamatkan kamu... Semoga dengan bertambahnya usia menjadikan kamu insan yang mulia, semakin disayang Allah dan menyayangi Allah… Read More
  • Mesyuarat Jawatankuasa KerjaMesyuarat Jawatankuasa Kerja akan bersidang hari ini, jam 3 petang membincangkan cadangan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) di bawah Plan Transformasi PAK untuk mengambalih semua aset-aset keretapi. Kenyataan Rasmi Kesatuan Peke… Read More
  • KEWUJUDAN PANEL KLINIK (FAEDAH TANPA LIMIT KLINIK SWASTA)Ramai yang tidak tahu khususnya generasi baru bagaimana Panel Klinik KTMB terwujud dalam KTMB. KTM pada dasarnya sebelum pengswastaan mempunyai dua (2) klinik yang dimiliki oleh KTMB yang mana Doktor yang berkhidmat digajikan… Read More
  • MESEJ YBHG DATO HAJI SARBINI BIN TIJAN PRESIDEN KTMB DIKONGSIKAN UNTUK TATAPANAss'kum wbt n salam sejahtra, YB Dato', Dato'2, Tuan2, Puan2 n saudara/i sekelian. Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini utk merakamkan setinggi tahniah dan penghargan saya diatas pengorbanan, bantuan n tunju… Read More