14 November 2015

BERGADUH DAN HARMONI

Dulu masa pertikaian, ramai yang mengatakan RUM ni kerja dia asyik bergaduh, bila RUM menjalinkan hubungan harmoni, lain pula kenyataan yang timbul dengan mengatakan RUM ini yellow union.

"BERGADUH" bahasa pasar atau bahasa Kesatuan Sekerja ialah "PERTIKAIAN" mesti berlandaskan sebab yang munasabah, melalui "TEMPOH" yang munasabah, sekiranya tiada sebab yang munasabah tanpa tempoh yang munasabah maka ianya adalah salah malah boleh bertentangan dengan undang-undang kerana tidak boleh disabitkan sebagai "PERTIKAIAN".

Pendirian RUM lebih jelas kepada "KEHARMONIAN PERUSAHAAN" seperti mana pernah terjalin di bawah Pengerusi Exco KTMB, Dato' Mohd Nor Idrus, Pengarah Urusan KTMB, Dato Mohd Salleh Abdullah dan Pengarah Urusan KTMB Dato' Abdul Radzak Abdul Malek.

RUM sentiasa menitikberatkan kepada Keharmonian Perusahaan, kerana jalinan kerjasama antara Pengurusan dan RUM mestilah di dahulukan, prinsip ini kekal sampai bila-bila kecuali "PERTIKAIAN" terwujud.

Justeru itu Keharmonian Perusahaan yang terjalin antara Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dan RUM sehingga setakat ini berjalan dengan sangat baik, pihak RUM sentiasa berusaha mengekalkan ikatan Keharmonian Perusahaan malah akan membantu usaha-usaha Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB.

RUM ingin melihat KTMB dipulihkan demi kepentingan semua Pekerja KTMB khususnya Warga KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • PENAFIAN REKEMENDASI PRESIDEN KTMB RUM dengan ini menafikan sekeras - kerasnya kononnya RUM ada merekemendasi mana-mana individu sebagai Presiden KTMB, yang kini tersebar luas dan telah diperkatakan oleh pihak - pihak tertentu. Sukacita dinyatakan bahawa… Read More
  • KOS PEGUAM KTMB Berdasarkan Kemelut RUM Pihak kesatuan baru mendapat maklumat bahawa kos perkhidmatan lawyer luar (outsource) untuk mendapat khidmat nasihat dan menulis bagi menjawab surat kesatuan dalam tempoh kemelut RUM ialah RM100.000.00 ++++ Mana dia law… Read More
  • SEMINAR MEMPERKASAKAN RUM RUM akan anjurkan seminar MEMPERKASAKAN RUM pada 23 - 26 Februari 2015 di Pusat Latihan NUBE, Port Dickson. Semua Majlis Exco, Pengerusi / Setiausaha Cawangan / Belia n Wanita selama 4 hari 3 malam akan terlibat dalam semina… Read More
  • Lari dari perjuangan Pada Mantan Exco RUM yang lari dari perjuangan kononnya memperjuangkan UPGRADE PEMANDU lari sekerat jalan meninggalkan ahli-ahli sebelum abis perjuangan dengan mengejar pangkat "CAPTAIN" (EKSEKUTIF) Kemudian mempengaruh… Read More
  • PROJEK Bila sebut projek, KTMB boleh dianggap "LOMBONG EMAS", samada projek dalaman mahupun luaran... Projek inilah yang menjadi rebutan... yang tiada... diadakan... yang tak tahu hal keretapi, berminat sangat dengan keretapi, a… Read More