11 November 2015

ISTILAH "KULI", "BUROH" & "PEKERJA"

Sebagai pemimpin kesatuan sekerja, saya lebih gemar guna perkataan  "KULI", walaupun gabungan Kesatuan Sekerja induk mengiktiraf perkataan "BUROH", bagi kerajaan pula mengistiharkan perkataan "PEKERJA" kepada mereka yang bekerja "MAKAN GAJI". 

Sebelum di istilahkan dengan nama "PEKERJA" ianya lebih di kenali dengan nama "BUROH", istilah "PEKERJA" yang diiktraf namanya oleh kerajaan maksudnya lebih "MANIS", "SOPAN" dan seolah-olah ianya "SANGAT DIHARGAI".

Istilah memainkan peranan, cuma adakah istilah benar-benar di gunapakai?

Kalau ianya digunapakai maka hari ini "PEKERJA" dengan ayat "MANIS @ SOPAN" pasti dihargai. Adakah kita benar-benar dihargai?

"BUROH" boleh digunapakai tapi ianya masih di anggap definasi "STABIL" mempunyai dua (2) maksud iaitu samada di hargai atau tidak dihargai. Boleh juga dianggap ada "KEBANGKITAN" tapi tidak cukup untuk "PERJUANGAN".

Tetapi "KULI" lebih luas maksudnya untuk mewujudkan "KESEDARAN" dikalangan "BEKERJA MAKAN GAJI", bila-bila masa boleh teraniaya, tidak dihargai dan keringatnya diperah untuk kepentingan Majikan.

"KULI" lebih tepat kerana kita "SEDAR" siapa "KITA", tiada apa yang perlu dibangga kerana kita boleh bila-bila masa "TANPA SEDAR" telah dianiaya, "KULI" akan membuat kita tidak leka dan sentiasa "SEDAR & PEKA" tidak sesekali "RASA SELESA" dalam keadaan yang ada, sebaliknya sentiasa "BANGKIT" untuk mempertahankan "HAK" seorang "KULI" malah bersedia bila-bila masa untuk "BERJUANG".

Maka itu saya lebih gemar dan tanpa malu untuk mengunakan perkataan "KULI" untuk terus berjuang untuk kepentingan "PEKERJA", andai semua sedar bahawa "BEKERJA MAKAN GAJI" itu "KULI" maka tidak mustahil tak kira apa "IDEOLOGI" sekalipun, mereka akan bergabung tenaga untuk berjuang demi kepentingan "KAUM PEKERJA" di negara ini.

Pokoknya tak kira apa sebutan kita perlu ada "KESEDARAN" untuk "BANGKIT"! "BERJUANG" demi kita "GOLONGAN MAKAN GAJI"!. Tanpa "KESEDARAN", "KEBANGKITAN" dan "BERJUANG" kita tidak akan kemana, kita hanya golongan yang "MERUNGUT" atau lain perkataan kita "REDHA" dengan apa yang kita ada, kerana "KULI" yang sebenar tiada rasa "GENTAR dan TAKUT" demi berjuang untuk kepentingan Pekerja dan ianya terletak kepada semua golongan yang mengenali dirinya seorang "KULI".

Pandangan
Presiden
Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB