31 Ogos 2016
MERDEKA (KTMB)
Rabu, Ogos 31, 2016
Dengan penuh semangat maka dilaungkan ungkapan "MERDEKA" 3X, maka semua bangga dan menyatakan SAYA ANAK MALAYSIA! Cerita rakyat Malaysia.
Namun... ini cerita KTMB...
Merdekakah KTMB? iya KTMB sebelum ini dan kini kekal MERDEKA, merdeka dari mereka (MARAK UNGGUL, YTL, MMC) yang berhasrat menjajah KTMB berjaya disingkirkan. MERDEKA 3X
Apakah KTMB akan kekal MERDEKA?
Iya... KTMB akan terus kekal MERDEKA biarpun diluar sana penjajah-penjajah sedang memerhatikan, sedang menyusun langkah dan strategi yang cukup teratur untuk cuba menjajah KTMB!...
30 Ogos 2016
BUKTI DOKUMEN KERANI KAUNTER OUTSOURCE
Selasa, Ogos 30, 2016

Wahai kerani kaunter semua, ini bukti dokumen RUM nak paparkan.... tenguk ni... tenguk ni.... jangan asyik nak tidur lena.... enak di buai mimpi... duk rasa selesa....
Semalam kenyataan "seconded"... untuk pekerja maintenance EMU... lepas ni apa pulak...?
Terus tidur.... biar kita terantuk baru nak terngadah.... dah benjol dahi.. baru nak sedar....
Duk diam.... kita semua kena jual...
Nak lawan.... kita lawan..
Tk sekelumit pun rasa takut....
So..
Tunggu...
BANGGA
Selasa, Ogos 30, 2016
Kita bukan pencuri...
Kita bukan perompak..
Kita tidak melanggar Aturan Peraturan...
Kita tidak langgar Perjanjian Bersama...
Kita tidak langgar undang-undang negara...
Kita hanya mempertahankan KTMB..
Kita hanya pertahanankan masa depan pekerja...
Kita hanya mahukan Keselamatan Pekerja terjamin...
Kita hanya nak Selamatkan KTMB..
Kita hanya nak Selamatkan Pekerja..
Kerana kita RUM...
Kerana kita Unionist..
Maka...
Kita telah dihukum dengan pembuangan kerja tanpa notis...
Kita telah dianiaya...
Kita telah dizalimi....
Oleh Diktator yang...
29 Ogos 2016
PEMINJAMAN PEKERJA KE CRRC
Isnin, Ogos 29, 2016

Kalau RUM melenting... kau orang marah...
Kalau RUM maki.. kau orang marah..
Kalau RUM cakap kau bodoh.. kau orang marah...
Kalau RUM cakap kau sampah... kau orang marah...
CA ni kau orang main langgar je... suka-suka hati kau orang je... kau orang ingat ni apa... kerja main-main ke? tak payah bincang.. tak payah apa pun... kau orang suka2 je buat tawaran kat pekerja... macam bagus tawaran kau tu.... adeiii...
Puas cakap... puas kata... puas hodohkan......
27 Ogos 2016
MAINTENANCE, REPAIR & OVERHAUL(MRO)
Sabtu, Ogos 27, 2016
Menarik sekali kenyataan YBhg Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.
"MOT nak buat MRO supaya KTMB untung, KTMB sebagai Operator"
"Pengurusan KTMB tidak mampu menjana pendapatan KTMB, peluang telah diberi"
RUM telah pun jelaskan bahawa dalam soal ini, RUM sentiasa memantau pengurusan, menyedarkan betapa pentingnya meningkatkan pendapatan dengan mencari peluang-peluang perniagaan, malah sanggup berperang dengan dua (2) mantan Presiden KTMB sehingga 97 pemimpin dan ahli kesatuan sekerja dibuang kerja kerana dalam hal ini pekerja tidak...
24 Ogos 2016
SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) AKHIR SINGKIRKAN KETUA UNIT TRANSFORMASI DARI KTMB
Rabu, Ogos 24, 2016

RUM mengambil pendirian akan mengunakan semua pendekatan yang ada untuk menggesa Presiden KTMB mengambil tindakan tatatertib kepada Encik Afzar Zakaria Ketua Unit Transformasi KTMB atas salah laku yang bertentangan dengan CA sehingga dibuang kerja.
Berdasarkan fakta yang ada tertuduh telah melakukan kesalahan sehingga menjejaskan imej Presiden KTMB dan KTMB. KTMB tidak perlu mereka yang tidak bertanggungjawab berada dalam KTMB.
RUM akan menulis...
23 Ogos 2016
SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT6 - TEORI RUM
Selasa, Ogos 23, 2016
Teori RUM atau andaian bahawa penyandang jawatan pegawai kanan KTMB ini "kepincangan otak" apa tafsiran kepincangan otak? tafsirannya ialah "biul, bangang, tuli, tiga suku, tak cukup akal, belum baligh dan banyak lagi..
Maka bila berlaku pembentangan kertas kerja, penyandang jawatan ini dah gelabah maka berlakulah kepincangan otak, jumpa orang yang salah untuk mendapat khidmat nasihat, siapa orang yang salah itu? Kemungkinan orang-orang yang terlibat dengan kes pembuangan kerja seramai 97 orang, mungkin juga "lawyer" yang memberi "defamation letter"...
22 Ogos 2016
SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT4 KELEMAHAN KETARA/OUTSORCE KERANI KAUNTER/KEPINCANGAN OTAK
Isnin, Ogos 22, 2016
Jelas dan nyata satu contoh terbaik yang telah digambarkan oleh Pegawai Kanan KTMB yang menunjukkan "KELEMAHAN KETARA, yang tidak memahami peruntukan undang-undang dengan "niat jahat" menjejas dan memalukan KTMB dengan menyebarkan maklumat kepada pihak luar dari KTMB. (Rujuk prosedur tindakan tatatertib)
Kalau ini diamalkan maka KTMB akan jadi caca merba, lintang pukang semua boleh "tunjuk kuasa", sehingga mengkucar-kacirkan KTMB.
Malah pekerja boleh diperkotakkatikan dengan sewenang-wenangnya, pekerja boleh ditindas dengan sesuka hati.
Sikap sebegini...
SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT3 "BOLEH atau TIDAK" DIBUAT LAPURAN POLIS
Isnin, Ogos 22, 2016
Sebenarnya dalam ertikata lain lapuran polis sepatut dibuat pada semua yang terlibat dalam Majlis Bersama Pusat, iaitu Pengerusi Majlis Bersama Pusat (Presiden KTMB) Naib Pengerusi Bersama Pusat (Presiden RUM) Setiusaha bagi pihak pengurusan, Setiausaha bagi pihak kakitangan, Semua Ajk MBP (wakil pengurusan dan wakil pekerja).
Persoalannya bolehkah Pegawai Kanan KTMB membuat laporan polis terhadap semua yang terlibat, jawapannya "tidak boleh" kerana ianya bertentangan dengan CA samada CA (RUM) atau CA (SOA), sekiranya dibuat maka tindakan tatatertib...
21 Ogos 2016
SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT2 MAJLIS BERSAMA PUSAT
Ahad, Ogos 21, 2016
Kesahnya mungkin bermula melalui Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Majlis Bersama Pusat pada 24 Nov 2015
Majlis Bersama Pusat adalah Badan Perundingan Peringkat Tertinggi antara Pekerja dan Pengurusan Tertinggi KTMB, Pekerja diwakili oleh RUM dan SOA.
Pengerusi Majlis Bersama Pusat adalah Presiden KTMB manakala Naib Pengerusi Bersama Pusat adalah Presiden RUM manakala Setiausaha Bersama adalah seorang dari pengurusan dan seorang lagi Setiausaha Agung RUM.
Kertas Kerja yang dibentangkan oleh pegawai RUM pada Mesyuarat Majlis Bersama Pusat telah...
SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) IPD DANG WANGI (Cerita Petang Semalam)
Ahad, Ogos 21, 2016
Admin dapat satu pelajaran mengenai Seksyen 500 KK ni... maknanya sesiapa yang buat fitnah, pihak polis boleh mendakwa, bagus untuk admin... hehe... admin sentiasa belajar... lepas ni... senang Admin nak buat lapuran polis pulak... hehe
Admin dah kene tuduh kerana membuat fitnah melalui lapuran polis yang dibuat oleh individu pegawai kanan KTMB berdasarkan melalui Kertas Kerja Bersama Pusat dan Surat-surat Kesatuan yang ditandatangani oleh Admin selaku Presiden RUM. Semalam admin dipanggil oleh IPD Dang Wangi untuk buat keterangan, ditemani...
20 Ogos 2016
BADMINTON
Sabtu, Ogos 20, 2016

Semalam tenguk badminton, admin ni bukanlah minat sangat nak tenguk sukan, tapi bila yang lawan tu CHINA (Lin Dan) dan MALAYSIA (LCW) admin terus rasa minat nak tenguk...
Bangganya Malaysia dapat kalahkan CHINA... Tahniah LCW yang mengharumkan nama Malaysia.
Malaysia boleh mengatasi CHINA, Malaysia mampu lebih hebat dari CHINA, tapi kita lak bangga dengan CHINA, asyik beli barangan CHINA... haha.. lawak..
Dallian... SCS... ETS... CHINA mari...
Terbaik...
PERSEPSI @ TAFSIRAN YANG BERBEZA
Sabtu, Ogos 20, 2016
Bukan mudah nak menulis sesuatu, setiap penulisan secara terbuka perlu berhati-hati, kadang-kadang tersilap juga, walaupun draf dibaca berulangkali bagi mengelakkan kesilapan.
Niat dihati maksudnya lain, pembaca yang membaca membuat kesimpulan lain, ini yang boleh mewujudkan masalah.
Malah RUM jarang sekali nak menjawab komen-komen secara terbuka, sebaliknya akan menjawab secara tertutup (inbox) kerana ada perkara yang boleh dijawab secara terbuka, ada perkara tidak boleh, tambahan kenyataan RUM ada yang berunsur tersirat atau kenyataan hanya bersifat...
18 Ogos 2016
PERBADANAN ASET KERETAPI LAGI.. RUMAH KUARTERS SENTUL PASAR
Khamis, Ogos 18, 2016
Cuba lihat apa yang berlaku di Sentul Pasar, pembangunan tanah keretapi, mana dia RAILWAY VILLAGE? sampai sekarang tak naik-naik.. semua pekerja yang mendiami kuarters diarah keluar..
Rumah kuarters yang tinggal di Sentul (tak banyak lah) datang penghuni baru terus mendiami kuarters tersebut... dah jadi setinggan, dia orang tak keluar-keluar, macam-macam usaha dilakukan.. tetap tak keluar, hanya baru-baru ini sahaja dia orang bersetuju nak keluar (tak pasti) selepas 20 tahun.. pekerja KTMB pula senang-senang diarah keluar dari rumah kuarters......
17 Ogos 2016
PEBADANAN ASET KERETAPI (RAC) PERTUKARAN PENGURUS KANAN KTMB
Rabu, Ogos 17, 2016

RUM rasa lega bila pertukaran Pengurus Kanan yang mengendalikan hal ehwal aset keretapi bagi pihak KTMB.
Pertukaran ini diharapkan berakhir episod "PAK ANGGUK" atau bersetuju sahaja mengenai kehendak RAC tanpa memikirkan keperluan dan kehendak KTMB.
Dalam membuat keputusan mengenai aset keretapi yang digunakan oleh KTMB hendaklah mengikut acuan dan kehendak KTMB, bukan main ikut atau akur apa sahaja kehendak RAC.
Keperluan @ kehendak perlu dilihat...
NOTIS MAKLUMAN
Rabu, Ogos 17, 2016
Pelik betul RAC ni... siapa dia nak mengeluarkan arahan kepada pekerja KTMB untuk keluar kuarters.
Belajar kat mana... nak buat kerja tu plan dulu... jangan dah nak terberak... baru nak gali lobang...
Failed!!!!!!
Buat RUM hilang sabar!!!!
Kepada Ketua Pengarah RAC... RUM harap boleh hadir dalam Mesy akan datang, RUM nak Ketua Pengarah RAC hadir dalam mesy tersebut... berdepan dengan RUM... jangan mengelak...
Saya Presiden RUM akan hadir dan sangat-sangat...
16 Ogos 2016
KENYATAAN@KOMEN DALAM MEDIA SOSIAL (FACEBOOK)
Selasa, Ogos 16, 2016

RUM ingin menasihatkan sekali lagi pada semua ahli-ahli RUM jangan sesekali mengeluarkan kenyataan atau komen yang menyentuh Pengurusan KTMB atau KTMB. RUM telah berulangkali menasihatkan ahli-ahli RUM, dukacitanya masih ada yang membuat sedemikian.
Tindakan sedemikian boleh diambil tindakan tatatertib sehingga DIBUANG KERJA.
Setiap rungutan atau rasa tidak kepuasan hati atau ingin mendapatkan penjelasan boleh menghubungi pegawai-pegawai RUM atau...
KERANI KAUNTER OUTSORCE (AKHIR) KELEMAHAN/TENTANGAN DARI RUM
Selasa, Ogos 16, 2016
Seperti kenyataan yang lepas (PT 2), proposal masuk dengan mencadangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh diambil oleh Syarikat luar, pihak pengurusan KTMB terus menerima, apatah lagi ada "remark" dari "wahyu" maka lagi laju terima.
Sepatutnya pengurusan KTMB "menolak" semua proposal berkenaan, berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang telah dilakukan oleh pekerja, pihak pengurusan sendiri sewajarnya boleh menilai tahap kemampuan dan kebolehan pekerja dalan sesuatu tugas yang diberikan samada dari sudut operasi maupun teknikal.
Berdasarkan kemampuan...
15 Ogos 2016
KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 5) PUNCH KAD JAM 10.00 KAKITANGAN IBU PEJABAT
Isnin, Ogos 15, 2016
RUM dapat banyak rungutan, bahawa semua kakitangan pejabat diarahkan berada diplatform KL CENTRAL, malah tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan diarahkan punch kad jam 10.00 pagi.
RUM memberi sokongan kepada idea ni, kerana ianya adalah sangat positif khususnya pengurusan KTMB yang sewajarnya sedar dan jangan terlalu merasa selesa sehingga lupa kerani kaunter nak dioutsorcekan.
(tak kena batang hidung... ada aku kesah... aku tak terlibat pun... lantak kau lah... sekarang hang kena... 2 jam je pun... hahaha)
Ini baru arah jangan masuk pejabat, belum...
KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 4) TRANSFORMATION MANAGEMENT OFFICE (TMO)
Isnin, Ogos 15, 2016
TMO adalah sebuah jabatan yang merangka Plan Transformasi KTMB, sudah tentu skop peranan dalam merangka Plan Transformasi khususnya Kerani Kaunter dalam mencari penambahbaikan dengan idea-idea "inovatif" yang mampu membawa kecemerlangan dari sudut peranan Kerani Kaunter.
Bila Jabatan Transformasi mencetuskan kajian untuk menilai dan mengkaji kos perbelanjaan pekerja khususnya Pengurusan/Pekerja Kerani Kaunter, RUM melihat bahawa cetusan ini sebagai "MISKIN IDEA" telah menyimpang jauh dari tafsiran TRANSFORMASI, mungkin setengah pihak beranggapan...
13 Ogos 2016
WHATSAPP GROUP
Sabtu, Ogos 13, 2016

Terkejut juga bila komen dalam group whatsapp ni, kenyataan oleh PO yang menyatakan bila "left" group Whatsapp boleh keluar surat tunjuk sebab... hebat... kat mana dia belajar ni????? Sampai boleh jadi implikasi kepada PMS?
Opssss... dia ni belajar kat harvard kot.... haha
PO - shortform for PORAAAAAAHHHHHHH.....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
12 Ogos 2016
KONONNYA BIJAK
Jumaat, Ogos 12, 2016
Bila RUM ditunjukkan surat tadi, RUM terus katakan GM TMOD bijak... "kononnya bijak..." RUM tersenyum... rakan-rakan mula bising... tapi dari sudut "human resource"... dasar dan amalan yang dipraktiskan selama ini tidak boleh ditolak... ianya diterima pakai sejak dulu lagi.. maka jangan ngelakkan diri dengan mengepilkan "remaks" berkenaan... sebagai "dalil" mempertahankan diri... ini jelas mengambarkan "tidak sihat" atau "melepas tengkuk"... kerana tanggungjawab sebenar sebagai orang yang mengepalai "human resource" yang sebenarnya...
ELAK + SABAR = KEHARMONIAN PERUSAHAAN
Jumaat, Ogos 12, 2016
RUM seboleh-bolehnya akan mengelak sebarang pertikaian, pertikaian sungguh memenatkan dan boleh menimbulkan kepelbagaian persepsi, RUM kini lebih suka berunding dan menyelesaikan masalah sekiranya wujud, bukan sesuatu yang mudah untuk membuat keputusan bagi mewujudkan pertikaian, kerana pertikaian sungguh memenat dan memeningkan.
Desakan demi desakan bertali arus, rayuan demi rayuan dari yang membuat rungutan, tekanan yang banyak menjadikan kita perlu berfikir bukan sekali... 2 kali... malah ribuan kali untuk mewujudkan sebarang pertikaian,...
11 Ogos 2016
MEMORI - DEFAMATION LETTER (SAMAN) ZAMAN MANTAN PRESIDEN KTMB
Khamis, Ogos 11, 2016
Teringat... bila Mantan Presiden KTMB mengunakan khidmat peguam untuk menyaman kepimpinan RUM atas alasan kenyataan dalam Suara RUM.
Peguam mengarahkan RUM memohon maaf selama 3 bulan berturut-turut dalam Suara RUM melalui "DEFAMATION LETTER" dan hendaklah menjawab surat tersebut dalam tempoh 7 hari.
Pihak RUM menjawab dengan menyatakan bahawa buat masa ini tidak dapat menjawab surat kerana bukan bidang kuasa kepimpinan RUM malah ketika Mesyuarat Exco telah pun berakhir atau tiada lagi Mesyuarat Exco kerana Persidangan Perwakilan telah dijadualkan,...
KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 3) NAIB PRESIDEN KTMB (VICE PRESIDENT)
Khamis, Ogos 11, 2016
Dah sampai masanya KTMB mengorak langkah mewujudkan jawatan NAIB PRESIDEN KTMB, malah idea ini telah dicetuskan oleh Kementerian Kewangan kepada KTMB, cuma ianya tidak dilaksanakan, yang hanya dilaksanakan hanya jawatan Presiden KTMB dan NAIB PRESIDEN KANAN.
Pelaksanaan ini sangat baik dengan mengikat jawatan secara "KONTRAK", tujuan secara kontrak ialah bagi memastikan Naib Presiden ini benar-benar memenuhi KPI agar ianya boleh disambung kontrak lagi, sekiranya tidak memenuhi KPI, maka penyandang jawatan tersebut boleh ditamatkan kontraknya.
Bila...
TAHNIAH NUBE
Khamis, Ogos 11, 2016
Syukur serta Alhamdulilah...Allahuakhbar..!!!
Maybank kehilangan saman fitnah terhadap NUBE
Maybank hari ini kalah semua lima saman fitnah terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank, di Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 22 (1) Akta Kesatuan Sekerja 1959, diberikan ia pengecualian mutlak liabiliti tort fitnah.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Lim Yee Lan, dengan Hakim Varghese George Varughese dan Keadilan Harmindar Singh Dhaliwal.
Seksyen 22 (1) di bawah tajuk liabiliti negeri tort: A saman...
KOMEN TERPILIH
Khamis, Ogos 11, 2016

Di bawah ini komen terpilih yang menarik untuk dipaparkan.
Semua kenyataan ini sebagai kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
10 Ogos 2016
KERANI KAUNTER OUTSOURCE PT 2 SALAH SIAPA?
Rabu, Ogos 10, 2016
Adakah RUM bersetuju dengan cadangan "mengoutsourcekan" kerani kaunter, pasti TIDAK! Kalau RUM bersetuju, RUM tidak akan mengeluarkan kenyataan secara terbuka dengan tujuan untuk memaklumkan kepada ahli-ahli RUM.
Bila RUM mengeluarkan kenyataan SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, sampai kepimpinan RUM kena buang kerja untuk apa? Untuk selamatkan KTMB, dasar RUM untuk selamatkan KTMB adalah bertujuan Pekerja mempunyai kerja, sekiranya RUM tidak lakukan maka akan menjadi lambakan pekerja "suplus", bila ini berlaku maka berkemungkinan pekerja boleh...
KERANI KAUNTER OUTSOURCE SALAH SIAPA?
Rabu, Ogos 10, 2016
Adakah RUM bersetuju dengan cadangan "mengoutsourcekan" kerani kaunter, pasti TIDAK! Kalau RUM bersetuju, RUM tidak akan mengeluarkan kenyataan secara terbuka dengan tujuan untuk memaklumkan kepada ahli-ahli RUM.
Bila RUM mengeluarkan kenyataan SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, sampai kepimpinan RUM kena buang kerja untuk apa? Untuk selamatkan KTMB, dasar RUM untuk selamatkan KTMB adalah bertujuan Pekerja mempunyai kerja, sekiranya RUM tidak lakukan maka akan menjadi lambakan pekerja "suplus", bila ini berlaku maka berkemungkinan pekerja boleh...
09 Ogos 2016
KERANI KAUNTER DISWASTAKAN (OUTSOURCE)
Selasa, Ogos 09, 2016
Pihak RUM telah mendapat maklumat bahawa KERANI KAUNTER akan dioutsource, maklumat ini adalah BENAR!
Antara lain pihak pengurusan kini sedang membuat kajian perbandingan kos "main power" dengan syarikat yang menawarkan untuk mengambilalih peranan outsource, untuk menilai mana yang lebih menguntungkan. Malah pihak pengurusan sedang mengira kos pembayaran VSS sekiranya penamatan perkhidmatan (bahasa pasar ialah buang kerja) dilakukan.
Makanya hasrat terpendam pengurusan KTMB adalah Kerani Kaunter akan dioutsorce manakala penyandang jawatan Kerani...
08 Ogos 2016
SELESA
Isnin, Ogos 08, 2016
Kita dah rasa selesa..
Semua terhidang didepan mata...
Cukup bulan gaji terima..
Kita pun syok berbelanja..
Kita dah rasa selesa..
Apa yang berlaku, kita tak tau..
Bila terkena..
Kita mengelupur, bagai ular dipalu..
RUM kata bangkit..
Tak nak lah...
RUM suruh sedar...
Ada aku kesah...
RUM tak tau nak kata apa...
Tunggu dah terantuk..
Tunggu dah terseradung..
Adoiii...
Sakitnya..
Akibat aku yang selesa..
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
07 Ogos 2016
06 Ogos 2016
PERANCANGAN KARGO (AKHIR)
Sabtu, Ogos 06, 2016
kargo
Cukup sampai disini penulisan RUM mengenai KARGO, tulisan RUM diharapkan pihak Pengurusan KTMB dan semua yang berkaitan faham mesej RUM, ianya tidak secara detail, tapi secara tersiratnya mungkin membawa maksud mendalam.
RUM juga ingin menyentuh PEMANDU, sewajarnya PEMANDU membuat kajian secara menyeluruh Industri KARGO dinegara ini, agar pengangkutan KARGO lebih tersusun memberi impak yang baik bukan sahaja kepada negara tapi kepada rakyat keseluruhan, RUM tidak berhasrat nak menghighlightkan tentang Pengangkutan Kargo dinegara ini, ramai lagi...
05 Ogos 2016
MEMORI - Kenyataan Akhbar RUM TAHUN 2008
Jumaat, Ogos 05, 2016
Bila semak2 file tadi, maklumlah opis RUM dalam proses mengemas... terjumpa kenyataan akhbar ini.
Lokomotif 29 kelas, RUM dah bangkitkan isu ini sejak lama dulu... buatan syarikat dari CHINA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
PELIK 1
Jumaat, Ogos 05, 2016
Sambungan..
RUM mengambil pendirian serius mengenai kenaikan Yuran Persatuan Penduduk Lengkuk Abdullah berdasarkan kepada :-
1. Kenaikan terlalu tinggi membebankan pekerja
2. CA belum selesai... Gaji tak naik
3. Kos sara hidup meningkat
4. GST
5. Keperluan penambaikan kuarters perlu dilakukan oleh Majikan (KTMB).
6. Membebankan Pekerja.
Justeru itu surat akan menyusul menghalang KTMB membuat pemotongan melalui gaji, surat akan disalinkan kepada:-
1. Ketua Pengarah Buruh Malaysia
2. Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia.
3. Pendaftar Pertubuhan...
PELIK
Jumaat, Ogos 05, 2016
Cam mana ni... ramai penduduk Lengkuk Abdullah tak tau, tetiba yuran dari RM 1.00 naik ke RM 20.00, ada ahli RUM buat aduan, malah saya sendiri penduduk Lengkuk Abdullah juga tak tau... untuk mendapat kepastian saya merujuk dengan rakan-rakan yang menduduki perumahan lengkuk abdullah juga tak tau...
"Aktiviti-aktivi persatuan penduduk bidangkuasa adalah bidangkuasa persatuan penduduk manakala penyediaan infratruktur penambahbaikan perumahan bidangkuasa...
PERANCANGAN KARGO (PT 11) KEYAKINAN
Jumaat, Ogos 05, 2016
kargo
RUM memberi keyakinan sepenuhnya kepada YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dalam mengorak langkah memajukan perniagaan Kargo.
RUM yakin bahawa YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB akan mempertahankan Kargo dari terwujudnya "second operator" maupun "multiple operator", kerana kemampuan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan dalam arus perniagaan bidang perkeretapian cukup banyak, beliau satu-satunya generasi "experties" yang ada dikalangan sezamannya dengannya, yang lain samada dah bersara atau pun telah melepaskan jawatan dalam KTMB.
Kata...
04 Ogos 2016
Arahan Yang Bertentangan Dengan Peraturan.
Khamis, Ogos 04, 2016
Salam Sejahtera.
Arahan Yang Bertentangan Dengan Peraturan.
Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB Difahamkan ada segelintir pegawai pegawai operasi yg cuba untuk meng "kucar kacir"kan Aturan Peraturan yang sedia ada, tindakan pegawai pegawai yang melanggari mana -mana Peruntukkan Peraturan yg sedia digunapakai diSyarikat KTMB jelas satu Petanda yang Tidak Sihat, yang boleh menjerumuskan pegawai operasi berkenaan di Heret ke dalam Tindakan Tatatertib.
KPPKTMB tidak akan berkompromi dgn mana Pegawai Wilayah yg cuba menjadi
" Hero" dalam mengeluarkan...
PERANCANGAN KARGO (PT 10) IDEA
Khamis, Ogos 04, 2016
kargo
Kalau YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek boleh mencetuskan idea "LAND BRIDGE", maka pasti ada seseorang yang boleh juga mencetuskan idea.
Mungkin kenyataan RUM ada yang tersinggung dari sudut negatifnya, tapi dari sudut positif maka sambut cabaran RUM, buktikan kita mampu merubah keadaan, masih belum terlambat walaupun kita kehilangan 7 tahun di bawah dua (2) mantan Presiden KTMB.
Idea yang terbaik ialah sambut cabaran RUM, buat perancangan dan strategi yang baik, bagaimana mampu memperolehi lokomotif, bagaimana meningkatkan peluang perniagaan,...
PERANCANGAN KARGO (PT 9) KELEMAHAN LUARAN
Khamis, Ogos 04, 2016
kargo
RUM tidak berniat menyatakan kelemahan luaran secara terbuka dan terperinci, biarlah ianya secara rambang, terserah pada mereka memikirkan persepsi, samada persepsi itu positif maupun negatif.
Kelemahan luaran ini cukup luas merangkumi Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pengangkutan (MoT), SPAD, PEMANDU dan lain-lain.
Mereka tidak melihat kepentingan Kargo kepada KTMB, Negara maupun kepada rakyat amnya, kalau ada yang melihat dan berminat kini adalah (MoT), kenapa melihat dan berminat, biasalah KTMB lombong emas.
Sikap biokrasi dikalangan...
PERANCANGAN KARGO (PT 8) (KELEMAHAN DALAMAN)
Khamis, Ogos 04, 2016
kargo
RUM tidak berniat untuk "menghighlightkan" Kelemahan Dalaman secara terbuka walaupun semenjak RUM menulis mengenai topik KARGO, ramai yang inbox RUM memaklumkan kelemahan yang berlaku, RUM sendiri mengakui dan tidak menolak Kelemahan Dalaman yang berlaku sebelum ini dan ketika ini.
Satu yang RUM nak highlightkan ialah sebelum membentangkan cadangan Multiple Operator kepada Lembaga Pengarah KTMB, ada seorang pegawai kanan dalam berbual mesra dengan saya telah mengeluarkan ungkapan:-
"jak.. apalah.. cadangan ni membanyakkan kerja aku" (ungkapan dalam...
03 Ogos 2016
PERANCANGAN KARGO (PT 7) TRANSFOMASI KTMB
Rabu, Ogos 03, 2016
kargo
RUM sangat tertarik Transformasi KTMB antara lain pihak KTMB akan berusaha gigih untuk mempertingkatkan pendapatan Kargo, antara perancangannya ialah meminta kerajaan membeli 30 buah lokomotif baru.
Hasrat ini masih belum dipenuhi oleh kerajaan (Part 2 telah dinyatakan).
Kerajaan perlu membantu KTMB dengan kadar segera kerana buat masa ini KTMB amat memerlukan lokomotif baru untuk mengerakkan Plan Transformasi KTMB.
Perlu disedari langkah awal pembeliaan ini akan mengorak langkah kepada memperluaskan skop perniagaan Kargo malah sebagai bukti...
PERANCANGAN KARGO (PT 6) MODAL BESAR
Rabu, Ogos 03, 2016
kargo
Syarikat luar yang cuba mewujudkan (SECOND OPERATOR) betul ke ada wang sebanyak 1.5B - 2B Ringgit Malaysia? kalau ada dalam tangan itu luar biasa, kalau tiada maka ianya melalui PINJAMAN BANK.
Maka yang boleh diandaikan ialah melalui Pinjaman Bank, maka syarikat ini sangat berani mengeluarkan proposal untuk membuat "second operator" malah dengan yakin @ percaya pihak BANK mampu memberi pinjaman sebanyak itu. Makanya ahli perniagaan ini sangat bijak mencari peluang perniagaan dan mampu memperoleh keyakinan BANK untuk mendapatkan pinjaman.
Adakah...
02 Ogos 2016
PERANCANGAN KARGO (PT 5) PELUANG PERNIAGAAN (BUSINESS OPPORTUNITY)
Selasa, Ogos 02, 2016
kargo
Syarikat luar yang berminat untuk "Multiple Operator" atau "second operator", sanggup mengeluarkan modal sebanyak 1.5B - 2 B Ringgit Malaysia. Bukan sikit-sikit duit...
Kenapa mereka mampu keluar duit sebanyak itu? Kerana mereka nampak peluang perniagaan (business opportunity), mereka sedar bahawa perniagaan kargo boleh meraih keuntungan.
Kenapa KTMB tidak nampak? atau KTMB tidak sedar? kat sinilah perlu diteliti dan dikaji, kalau orang luar nampak, RUM sendiri mengeluarkan proposal cadangan pada tahun 2012 cadangan mewujudkan multiple operator,...
01 Ogos 2016
PERANCANGAN KARGO (PT 4) SEBUK
Isnin, Ogos 01, 2016
kargo
Mungkin ada orang kata, apa lah RUM sebuk-sebuk, biarkanlah.. syarikat luar ni buat multiple operator, peluang kerja pun ada, boleh jadi saingan yang sihat...
Mungkin kenyataan di atas ada kebenarannya, tapi siapa yang untung? KTMB n PEKERJA untung ke? Pendapatan dari mengunakan facilities KTMB dikaut oleh RAC, KTMB kehilangan pendapatan, tuntutan CA semakin sukar, bantuan dari kerajaan tiada.. last-last.. pekerja kena buang kerja.. sebab KTMB dah tak boleh "survive"... terlalu tinggi implikasinya...
Macam kenyataan RUM sebelum ini, apa jadi...