RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

31 Disember 2015

"BERAKHIRNYA 2015"SATU MEMORI

Tahun 2015 sungguh menarik meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis, kenangan yang mungkin sukar dilupakan bukan sahaja untuk saya selaku Presiden RUM tapi juga kepada pemimpin dan ahli-ahli RUM khususnya yang setia dengan perjuangan Kesatuan Sekerja. Dari sebuah kemelut pembuangan kerja sehinggalah kepada pemulihan kerja, dari sebuah kezaliman terwujud sebuah perdamaian yang membentuk keharmonian perusahaan. Getir bila permainan "high...

30 Disember 2015

KENYATAAN MEF

Baca ini.... RUM telah pun mengeluarkan kenyataan yang sama, di bawah topik "TERBACA KOMEN". Sedap bagi cadangan, tapi tak baca implikasi kepada pekerja, kesan kepada undang-undang, arahan maupun pekeliling yang dikeluarkan oleh Majikan. Tak kena tangkap tak pe... tak salah.... kena tangkap boleh buang kerja... bukan tak ada orang buat... dah ada... malah ramai yang meniaga... meniaga online pun dah ramai.... buat 2 kerja pun dah berlambak........

SEORANG KETUA RUMAH(KELANSUNGAN SEBUAH KEHIDUPAN)

Menjadi tanggungjawab seorang Suami untuk memenuhi semua keperluan rumahtangga, dari belanja dapur, belanja isteri sampailah belanja anak, melalui pendapatan yang rendah di bawah RM 1000.00, RM 2000.00, RM 3,000 sudah tentu tidak memadai, apatah lagi nak shopping, ini hakikat untuk pekerja yang berpendapatan rendah. Maka menjadi tanggungjawab suami untuk mencari lain-lain sumber menanggung kos sara hidup, secara bernasib baik pula Suami mempunyai...

29 Disember 2015

SEORANG KETUA RUMAH (KELANSUNGAN SEBUAH KEHIDUPAN)

Menjadi tanggungjawab seorang Suami untuk memenuhi semua keperluan rumahtangga, dari belanja dapur, belanja isteri sampailah belanja anak, melalui pendapatan yang rendah di bawah RM 1000.00, RM 2000.00, RM 3,000 sudah tentu tidak memadai, apatah lagi nak shopping, ini hakikat untuk pekerja yang berpendapatan rendah. Maka menjadi tanggungjawab suami untuk mencari lain-lain sumber menanggung kos sara hidup, secara bernasib baik pula Suami mempunyai...

TERBACA KOMEN Sambungan Dua (2) Kerja

Tertenguk satu komen kononnya kita menghentam sebab kenyataan itu dari YB Dato Ahmad Maslan, tapi tahu ke implikasi kepada pekerja waima meniaga online, kdg2 kita ckp bila online lepas waktu kerja atau hari sabtu dan minggu, tapi bila meniaga online, customer pulak nak cepat sebab payment dah bayar, berkemungkinan terpaksa jawab mesej mengunakan telefon pada waktu kerja, maka pekerja tertangkap oleh penyelia, maka hukumannya sehingga buang kerja,...

28 Disember 2015

MARKETING

Dalam ertikata lain saya suka Qu Putih Qu Putih, DS Vida yang membuat iklan dalam "Gegar Vaganza", "marketing" beliau sungguh menjadi sehingga DS Vida sangat popular malah menjadi sebutan pada anak-anak, saya beranggapan "marketing" sebegini sangat menjadi, berjuta RM di belanjakan oleh DS Vida. Yang menariknya "Pak Tim Menteri" pun buat "marketing" dengan membuat kenyataan pekerja buat dua (2) kerja dan hari ini beliau mengatakan beliau sendiri membuat tiga (3) kerja, "marketing" ini sangat  berjaya tanpa mengeluarkan wang jutaan ringgit...

'Tarik segera cadangan #2kerja' - MTUC

SETIAUSAHA AGUNG MTUC BERSUARA INI MACAM KITA MAU... RUM ------------------------ MTUC menggesa Kerajaan untuk menggugurkan saranan supaya mengalakkan golongan berpendapatan rendah memiliki dua kerja dalam satu masa. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kerajaan untuk menggugurkan saranan supaya mengalakkan golongan berpendapatan rendah memiliki dua kerja dalam satu masa. Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam berkata, cadangan asal oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan itu dilihat berpotensi...

KOMEN YB DATO AHMAD MASLAN BUAT 3 KERJA

Satu kenyataan "dangkal" oleh seorang  YB Tim Menteri! Lebih baik diam dari berkata, nampak sangat kurang bijaknya. Saya selaku pemimpin kesatuan sekerja sedia berhujah dengan YB Tim Menteri mengenai soal kerja, kos sara hidup, peruntukan Akta Kerja, kehidupan seorang pekerja dan perniagaan online yang diperkatakan oleh YB Tim Menteri. RUM nak bagitahu jumlah pekerja lebih kurang 12 juta pekerja! Cuba faham maksud lebih 12 juta orang pekerja! Bisa diolah maksud 12 juta pekerja dengan kenyataan YB Tim Menteri, cukup kenyataan tersirat ini. Tolong...

ISU DUA (2) KERJA (AHMAD MASLAN) PENGALAMAN SAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Coretan pagi ini... Bermula akhir tahun 1987, saya pernah melakukan dua (2) kerja, kerja yang saya lakukan, ketika itu saya telah berkhidmat dengan KTMB sebagai Tukang K2 dengan gaji bulanan sebanyak RM 425.00 sebulan, saya dah mendapat cahaya mata yang pertama. Kedudukan kewangan tidak stabil, maklum bila nak berkahwin, duit tak cukup... pinjam koperasi, sebelum berkahwin saya mempunyai sebuah motosikal, tapi...

25 Disember 2015

KAMBING HITAM

RUM sanggup jadi "KAMBING HITAM" demi mempertahankan KTMB, RUM tak kan peduli apa orang kata, orang kata tak semestinya betul, kerana apa "persepsi", sebab apa? adakah mereka boleh membaca "nawaitu"? Jawapannya "TIDAK"! RUM hanya berpendirian untuk kepentingan ahli-ahlinya... RUM faham kesusahan ahli-ahlinya... sebab RUM sebuah organisasi yang mewakili kumpulan yang dinamakan "KULI". RUM hanya memikirkan nasib seorang "KULI"! Andai "CUEPACS" sebuah...

24 Disember 2015

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

RUM ingin mengucapkan pada seseorang yang membantu RUM, yang sentiasa update dalam blog suararum.blogspot.com dan play store. Tanpa upah, tanpa gaji, dengan sukarela sentiasa update setiap kenyataan dalam facebook ke blog suara rum dan aplikasi dalam play store. Semoga Allah Swt merahmati beliau, jasa dan sumbangan beliau tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, seorang ahli RUM yang setia, tiada jawatan tapi luar biasa, cukup bijak malah sangat...

HUBUNGAN BAIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Selamat Menyambut Maulidul  Rasul Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Kita MUHAMMAD S.A.W HUBUNGAN BAIK Alhamdulillah syukur hubungan yang baik terus terjalin dengan kedua-dua peneraju utama KTMB iaitu YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB, hubungan antara pengurusan KTMB dan RUM atas jalinan keharmonian perusahaan demi masa depan KTMB dan Pekerja. RUM...

Alhamdulillah

Saya telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan Bantuan Khas sebanyak RM 500.00 wang KTMB seperti mana yang dinikmati oleh penjawat awam yang diumumkan oleh YAB Dato Seri Perdana Menteri dalam Bajet 2016. Terima kasih kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan Malaysia Y.B Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah Menteri Kewangan II YBhg Dato Seri Mohd Isa Kementerian...

BUKAN AHLI RUM

Normal bagi bukan ahli, sebab apa... terlalu pandai, RUM ni jahat dan semua buat tak betul, orang macam ini suka memakan buah dari kebun orang, yang ada... suruh RUM bergasak dengan Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB, kemudian bila perang berlaku... dia lah orang pertama akan mengatakan:- "RUM ni dengan semua orang nak bergaduh,  bila pemimpin RUM dibuang kerja... dia ketawa dulu, bila gaji lambat dia orang pertama menghasut, bila gaji naik,...

23 Disember 2015

ANAK RAMAI

Dalam Perjanjian Bersama kedudukan gred jawatan adalah sebanyak 36 gred jawatan, dalam Perlembagaan Kesatuan ada 16 bahagian yang merangkumi kurang lebih 3500 ahli RUM. 16 gred jawatan telah mewujudkan 16 orang Majlis Exco atau 16 Exco mewakili 16 gred jawatan seperti termaktub dalam Perlembagaan Kesatuan. 16 kumpulan pasti ada macam-macam ragam, bukan sesuatu yang mudah untuk menyatukan 16 kumpulan menjadikan 1 kumpulan, walaupun 16 individu dari 16 gred yang dipanggil "Majlis Eksekutif" pada dasarnya 1 pasukan atau "we are one team", kerana Majlis...

KOMEN PEKERJA

RUM paparkan komen pekerja dalam Suara RUM di bawah topik CUEPACS VS MTUC. RUM banyak dapat mesej melalui inbox whatsapp personal n group mengenai gaji. RUM tak larat nak komen, cuma tanggungjawab RUM adalah berdasarkan Hak Akta iaitu boleh mencampuri selepas 7hb pada setiap hb, namun penjelasan sebelum ini telah pun diberikan RUM sendiri membantu KTMB dalam usaha mendapatkan suntikan kewangan. Dari aspek lain RUM juga telah merayu pada...

CUEPACS VS MTUC

CUEPACS Cuepacs adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Sektor Awam MTUC MTUC adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja mewakili 3 sektor iaitu:- 1. Swasta 2. Sektor Awam 3. Badan Berkanun Maka secara umumnya MTUC adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Malaysia yang mewakili seluruh pekerja di Negara ini. Tapi nampaknya... Cuepacs lebih terserlah berani melahirkan kenyataan kos sara hidup manakala MTUC sehingga hari ini, seingat saya (mungkin terlepas pandang, kalau ada mungkin rakan-rakan MTUC boleh memperbetulkan) tiada sebarang kenyataan. Bila...

22 Disember 2015

SEDIH.....

Kalaulah Penjawat Awam melalui kenyataan Presiden Cuepasc tertekan dengan kos sara hidup sehingga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kira dah sangat teruk tu... RUM yang selalu mengatakan Pekerja KTMB dengan ibarat yang sama dan membandingkan "take home pay" penjawat awam lebih tinggi berbanding dengan pekerja KTMB nak ibaratkan apa pula? Maknanya pekerja KTMB lagi teruk tau... nak umpamakan apa pula... RUM dah jenuh... menulis, bercakap dan entah apa-apa lagi.... malah minta kembalikan KTMB sebagai Sektor Awam. Sedih........ Hasil...

BUDIBICARA MUTLAK (BERKONGSI INFO)

Antara sebutan yang disebut dalam artikel Perjanjian Bersama ialah "BUDIBICARA MUTLAK" yang mana diberi sedikit kelonggaran,  di bawah Seksyen 13 Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) dengan lain perkataan samada tersurat atau tersirat sebenarnya ialah "HAK MAJIKAN". Suka dihuraikan seperti di bawah ini:- "BUDIBICARA" "Budibicara" lebih kepada maksud "ehsan, simpati, kesian atas dasar kemanusiaan @ insan". Bila disebut soal kemanusiaan atau insan maka kita akan memikirkan keperluan seorang manusia@insan, maka naluri seorang manusia sewajarnya...

BUDIBICARA MUTLAK (AKHIR)

PERANAN KESATUAN SEKERJA Kesatuan Sekerja memainkan peranan yang besar untuk  berunding atau menasihat atau menegur  ianya selaras dengan Seksyen 13 (3) (Akta 177) yang tidak menghalang Kesatuan Sekerja untuk menimbulkan persoalan-persoalan bersifat umum berkaitan prosedur-prosedur kenaikan pangkat atau lain-lain perkara. Sifat "UMUM" ini seolah-olah  satu kelemahan kepada kesatuan sekerja namun "LEBIH BAIK" daripada mereka yang "BUKAN AHLI KESATUAN" atau "TIADA KESATUAN SEKERJA"  yang semestinya "AKUR" dengan segala arahan...

21 Disember 2015

BUDIBICARA MUTLAK (5)

KONKLUSI Undang-undang yang wujud boleh dianggap "berat sebelah" kerana meletakkan jurang antara Majikan dan Pekerja, malah undang-undang sedia ada menjerumuskan pilih kasih atau memberi ruang yang besar kepada pekerja yang berkepentingan diri, meletakkan Majikan "I'm THE BOSS" dan sistem "kapitalis" berleluasa. Maka itu peranan penting ialah "MENYEDARKAN MAJIKAN" walaupun undang-undang tidak menyebelahi pekerja, peranan ini perlu dimainkan oleh  mereka yang terlibat secara khusus dengan "SUMBER MANUSIA" agar "SISTEM KAPITALIS" yang wujud...

BUDIBICARA MUTLAK (4)

Berdasarkan huraian di atas 1. "MUTLAK"   selalu digunakan oleh  golongan "kapitalis" ianya tidak mempunyai sifat  "kemanusian atau insan atau ego atau apa jua sebutan yang sesuai", dari sudut ini undang-undang yang ada "tidak menyebelahi pekerja tetapi majikan", kesempatan ini digunakan oleh golongan "kapitalis" yang beranggapan seorang pekerja yang di bayar gaji adalah seorang "hamba", atau ertikata lain "hamba zaman moden" atau lebih mementingkan keuntungan semata-mata. 2. Mana-mana Syarikat yang mengamalkan "pekerja adalah...

BUDIBICARA MUTLAK (3)

BUDIBICARA MUTLAK "Budibicara Mutlak" sebenarnya lebih kepada kepentingan keseluruhan organisasi, yang pada dasarnya mementingkan atau mewujudkan sesuatu perancangan berdasarkan "kepentingan perkhidmatan bersekalian dengan kemanusiaan". Dalam ertkata lain rangkuman ayat "BUDIBICARA & MUTLAK" memberi pengertian yang cukup luas kepada kepentingan "syarikat" samada  melibatkan organisasi mahupun pekerja, "keehsanan" dari sudut "kemanusiaan" bersekali "produktiviti", kedua-dua aspek ini penting untuk memastikan "kepentingan perkhidmatan" berjalan...

BUDIBICARA MUTLAK (2)

MUTLAK "Mutlak" lebih kepada maksud atas dasar "KEPENTINGAN PERKHIDMATAN @ SYARIKAT" tanpa memperdulikan kepentingan dan keperluan seorang "manusia@insan" tetapi semata-mata untuk kepentingan syarikat atau lain perkataan "no compromise". RINGKASAN KANDUNGAN  SEKSYEN 13 (3) AKTA 177 a) Kenaikan Pangkat b) Pertukaran Kerja c) Pengambilan Kerja dan Melantik Pekerja e) Penamatan perkhidmatan d) Memecat atau Mengembalikan Tugas f) Penyerahakkan atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas Catatan Penjelasan ini hanya ringkasan sahaja, tafsiran secara...

BUDIBICARA MUTLAK (1)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, BUDIBICARA MUTLAK (1) Antara sebutan yang disebut dalam artikel Perjanjian Bersama ialah "BUDIBICARA MUTLAK" yang mana diberi sedikit kelonggaran,  di bawah Seksyen 13 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) dengan lain perkataan samada tersurat atau tersirat sebenarnya ialah "HAK MAJIKAN". Suka dihuraikan seperti di bawah ini:- "BUDIBICARA" "Budibicara" lebih kepada maksud "ehsan, simpati, kesian atas dasar kemanusiaan @ insan". Bila disebut soal kemanusiaan atau insan maka kita akan memikirkan keperluan...

20 Disember 2015

MASALAH

Dalam kerja kesatuan hari-hari akan menghadapi masalah, setiap hari boleh dikatakan ada sahaja rungutan dikalangan ahli-ahli, ada kala pemimpin kesatuan akan dicerca, dimaki dan dihina, kesabaran yang tinggi perlu dimiliki oleh setiap pemimpin kesatuan. Menjadi kebiasaan bila terkena batang hidung baru melompat, bila sediakan payung sebelum hujan tak berminat ada yang lari tengah malam. Dalam ertikata lain, sesuatu masalah bukanlah semudah menjentik jari maka semua yang disebut masalah  boleh diselesaikan sekelip mata. Cakap atau adu sahaja...

18 Disember 2015

KEPUTUSAN

Bukan sesuatu yang mudah dalam membuat keputusan, keputusan perlu mengambilkira semua sudut, dari sudut undang-undang, persekitaran luaran, persekitaran dalaman, buruk dan baik sesuatu keputusan malah keputusan juga perlu melihat dari sudut jangka pendek maupun jangka panjang. Ada keputusan tidak popular, ada juga keputusan popular, ada juga keputusan yang boleh mewujudkan kepelbagaian persepsi, malah cukup mudah keputusan itu dijadikan unsur memfitnah, begitulah kesukaran untuk membuat sesuatu keputusan. Tapi setelah mengambilkira semua aspek,...

KENANGAN PERPINDAHAN PERUMAHAN SENTUL (1994)

...

17 Disember 2015

PERTUKARAN

Pihak kesatuan menyedari bahawa hak pertukaran adalah "BUDI BICARA MUTLAK HAK MAJIKAN". Namun dalam ertikata lain peruntukan "DASAR PERTUKARAN" telah wujud sebagai garis panduan. Pertukaran secara besar-besaran pernah dilakukan seperti Penutupan Bengkel Sentul, Perpindahan Perumahan Jalan Strachan Sentul, Perumahan Sentul Pasar, Perumahan Town Ship, Sentul, Penutupan Depoh Falim, Penutupan Depoh Johor Bharu, Penutupan Depoh Singapura dan sebagainya. Berdasarkan penutupan atau perpindahan maka garis panduan yang sedia ada boleh digunapakai bagi...

RUM paparkan kenyataan ini dalam Suara RUM.

Soal sebab harga naik telah pun diperjelaskan dalam kenyataan sebelumnya. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB ---------------- Kenyataan pengguna berkenaan: "Nieta Shairi "Wahai KTM Berhad, Kalau rasa x mampu nak upgrade Touch&Go machine, jgn galakkan passenger pakai Touch&Go. Kalau rasa malas nak upgrade system perjalanan, jgn naikkan harga tambang. Option awak utk passenger, kalau pakai Touch&Go,  harga ticket lebih...

AKU HAIRAN

Sesungguhnya aku tak faham, pada mereka yang tidak faham malah pura-pura  faham sebaliknya mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain apatah lagi organisasi. Biarpun dah tidak lagi bersama tapi masih mengasut dan mengeluarkan kenyataan berbaur merosakan, bukan sahaja merosakan individu tapi kumpulan malah semua yang terlibat dengan pekerjaan. Kadang-kadang kita anggap kita pandai, tapi sebenar kita tak pandai, lebih baik jadi tak pandai daripada menunjukan pandai, perlu diingat kesilapan  menunjuk pandai akan memasukkan...

16 Disember 2015

GAJI MINIMA

RUM banyak kali menekankan "GAJI MINIMA" untuk pekerja ialah RM 1,500.00. Kenapa? Jawapannya mudah... "PENINGKATAN KOS SARA HIDUP" Adakah tuntutan RUM semenjak Perjanjian Bersama yang ke 7 ini tidak wajar? Jawapannya... Wajar... Dalilnya telah diakui oleh "SIDANG PERWAKILAN  UMNO" bahawa "KOS SARA HIDUP" menekan rakyat khususnya "KAUM PEKERJA" Siapa Perwakilan UMNO? Jawapannya adalah... "KERAJAAN MEMERINTAH". Justeru itu RUM menekankan "GAJI MINIMA" untuk "PEKERJA NEGARA INI" ialah RM 1,500.00. Tuntutan RUM untuk "PERJANJIAN BERSAMA KE 8"...

15 Disember 2015

KENAIKAN TOL

Cuba bayangkan tahun depan atas permintaan PLUS untuk menaikkan "TOL" secara berperingkat sehingga 68 sen setiap kilometer. Sedangkan KTMB melalui perkhidmatan komuter naik dari 11 sen perkilometer kepada 15 sen perkilometer jenuh kena belasah.... Sapa lebih mahal? Cuba check rekod semenjak tertubuhnya lebuhraya berapa kali tol naik dan ada tak disebut tol kerugian berbanding dengan KTMB. Tak payah tunggu hari perayaan seperti hari raya... hari Ahad...

14 Disember 2015

ANAK TIRI

KTMB selalu dilihat dianaktirikan, selalu pihak luar memandang rendah kemampuan KTMB, bukan sahaja dari sudut pengurusan, pelaksanaan malah dari sudut perancangan dan keputusan. Campurtangan dari banyak pihak membuatkan KTMB bercelaru, sehingga KTMB hilang hala tuju, kepercayaan kepada pengurusan KTMB sangat tipis khususnya dari kalangan warga KTMB yang menerajui. Idea berserabut, tangan ghaib adalah segala punca masalah, sehingga KTMB tidak mampu berdikari, tidak macam "pasarana" lebih kebebasan diberikan. Maka berlaku banyak perkara yang tidak...

KEJUTAN

RUM  terkejut dengan cadangan ini, akan membincangkan dalam Majlis Exco untuk menilai cadangan YB Menteri Pengangkutan yang menyatakan KTMB tidak lagi monopoli perkhidmatan Antarabandar (Intercity). RUM melihat asas kepada implikasi ialah bila ianya milik swasta maka harga tambang pengguna akan lebih tinggi, sedangkan kenaikan tambang komuter yang naik telah menjadi rungutan banyak pihak. RUM juga melihat bahawa KTMB telah berusaha ke tahap peningkatan imej, serta telah memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna khususnya Rakyat Malaysia. Dalam...

10 Disember 2015

TAHNIAH PADA SENATOR

Sinar Online RUM ingin mengucapkan TAHNIAH pada semua Senator yang membangkitkan isu tambang KTMB (sahaja) yang mengatakan tidak sesuai menaikan harga tambang KTMB. Persoalan. Masa KTMB tenat semua Senator ni pergi mana? duk mimpi indah ke? Masa RUM kempen Selamatkan KTMB Selamatkan Pekerja, Senator ni pergi mana? Masa 97 pemimpin dan ahli RUM dibuang kerana KTMB merudum Senator ni buat tak tahu je.. Bila KTMB perlu sedikit perubahan...

KENAPA KTMB SAHAJA DI HENTAM?

Tau ke apa yang berlaku dalam KTMB? Tau ke bagaimana nak menguruskan KTMB? RUM nak bagitau zaman Marak Unggul Sdn Bhd sebagai Kontrak Pengurusan KTMB pada tahun 1997-2002 juga gagal. Siapa CEO Kontrak Pengurusan tersebut? CEO ketika itu ialah Encik (skrg Dato Seri) Che Khalib Mohd Nor. Siapa consultant ketika itu... Price Water House (consultant ternama) Jangan mengatakan sesuatu kalau tak tau hal ehwal KTMB, sehebat Marak...

IMPIAN

Kadang-kadang aku ingin bicara soal politik, soal negara, tapi itu bukan bidang ku... aku hanya membaca dan melihat perkembangan semasa sebagai pengetahuan am. Aku juga banyak mendengar keluh kesah, rungutan dan tidak puas hati dari bawah sampai atas, aku tidak buat sebarang komen... aku diam... Kami hanya fikir ahli-ahli kami sahaja, kami hanya fikir kepentingan KTMB, kami hanya ingin berusaha yang terbaik untuk ahli-ahli RUM, walaupun kami...

09 Disember 2015

LETIH

RUM tak faham bagaimana pihak pengurusan KTMB boleh mengeluarkan kenyataan pendek melalui twitter, kenyataan pendek melalui twitter tanpa penjelasan dan huraian lanjut boleh menimbulkan persepsi negatif sehingga diviralkan, tindakan secara langsung boleh menjejaskan KTMB dalam isu kenaikan tambang yang hangat atau hebuh kini. Sepatutnya sebarang kenyataan hanya dikeluarkan oleh Presiden KTMB atau Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB sahaja. Komen...

Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy

Kenyataan ini disokong penuh oleh RUM, "ENOUGH IS ENOUGH"..... senyum..... tapi naik tetap dah naik, tak naik KTMB pulak pengsan, yang paling baik "KEMBALIKAN KTMB KE SEKTOR AWAM". Yang lain tu dah banyak kali naik... tk banyak kali naik pun.. harga memang dah tinggi, tinggal KTMB ibarat anak tiri. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB ___________________________________________ KHAIRY JAMALUDDIN: Pemuda mahu kerajaan hentikan...

PERJUANGAN KU

Perjuangan ku... Hanya untuk kaum pekerja... Pekerja nadi negara... Siapa peduli... Siapa simpati... Tiada... Kecewa... Itu naluri ku... Sampai bila... Entahlah... Aku tetap aku... Aku hanya fikirkan.... Pekerja... Dan .. Anak cucu ku... Kerana aku.. Aku tau... Aku... Seorang... Kuli.... Nukilan.. Presiden R...

08 Disember 2015

KTMB dijangka rugi RM55 juta tahun ini

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka mencatatkan kerugian RM55 juta pada tahun ini daripada jumlah kerugian terkumpul RM1 bilion, akibat kos operasi termasuk penyelenggaraan dan perkhidmatan yang kini semakin meningkat. Sehubungan itu, syarikat tersebut turut menerima subsidi tambahan daripada kerajaan sebanyak lima sen setiap kilometer bagi seorang penumpang untuk menanggung kos keseluruhan operasi dan memastikan...

05 Disember 2015

AL FATIHAH

انا لله وانا اليه راجعون  الهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Merafak sembah ucapan takziah kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum...

PUBLIC TRANSPORT TERHAKIS(PANAS)

RUM ingin mengesyorkan mana-mana pihak yang membantah kenaikan tambang komuter (KTMB) mendesak kerajaan mengembalikan semua aset KTMB kepada pentadiran KTMB. Aset KTMB kini di bawah Perbadanan Aset Keretapi (PAK) iaitu di bawah pentadbiran Kementerian Pengangkutan. Sebelum ini semua hasil pendapatan daripada aset dimasukan sebagai pendapatan KTMB kini semua hasil diserahkan kepada PAK, PAK untung atas angin, KTMB hilang sumber pendapatan. Terbaru...

SELAMI PERASAAN PEKERJA

Bila baca kenyataan atau perkara yang diviralkan oleh banyak pihak samada benar atau tidak, selaku organisasi pekerja, RUM cukup terkilan. Cuba anda bayangkan anda ditempat pekerja, ketika itu pelanggan terkejut dengan kenaikan harga. Suasana pelanggan yang sangat ramai, tidak berpuas hati, marah ada yang membuat provokasi atau ketika itu ada yang merayu kerana duit tak cukup atau sebagainya. Tekanan seorang pekerja... mereka bekerja, gaji...