
30 April 2016
SEJARAH
Sabtu, April 30, 2016

SEJARAH
Sejarah tak boleh dilupakan tanpa perjuangan kaum pekerja kita hari ini tidak menikmati tempoh bekerja 8 jam sehari, kehadiran 1 Mei mengungkap sejarah sehingga terkorban nyawa.
KTMB melalui mogok terbesar pada tahun 1962/1963 menzahirkan dari "gaji hari" ke "gaji bulan" untuk pekerja KTMB malah penjawat awam di negara ini.
Sesuatu yang dilakukan adalah dengan kekuatan dan perjuangan biarpun nyawa terkorban, begitulah perjuangan kesatuan...
SEJARAH HARI BURUH SEDUNIA (International Labors Day)
Sabtu, April 30, 2016
Hari Buruh Sedunia yang diperingati setiap tahun pada 1 Mei, berawal dari pergerakan yang dilakukan oleh buruh-buruh di Amerika Serikat pada tahun 1886. Gerakan yang juga popular dengan nama “May Day” ini bermula dari rasa ketidakadilan yang dirasakan oleh proletariat di Amerika mengenai jumlah jam bekerja, yang bekerja sehingga 16 jam sehari. Kemudian proletariat ini melakukan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut 8 jam kerja setiap hari, dan kenaikan upah yang layak. Demonstrasi besar-besaran dimulai pada awal April 1886,...
29 April 2016
KESABARAN ADA BATAS
Jumaat, April 29, 2016
Kalau kita berlembut orang pijak kepala kita,
Kalau kita berkeras, orang kata kita samseng,
Kalau kita bertindak balas, orang kata kurang ajar,
Kalau kita berbahasa kasar, kata kita bukan pemimpin.
Maksudnya kiri kena, kanan pun kena...
Tapi ingat...
Kita pun manusia biasa...
Ada masa boleh sabar..
Malah kita akan terus bersabar...
Sabar... sabar... sabar...
Tapi bila kita hilang sabar...
Jangan salahkan kita....
Nak provokasi/mengugut/mengacau dan bertumbuk itu mudah...
Tapi buat apa...
itu kerja orang jahat...
Itu kerja samseng...
Itu kerja...
SUKARELA
Jumaat, April 29, 2016
MAAF INI BAHASA KASAR UNTUK SEGELINTIR INDIVIDU! WALAUPUN ADMIN TAK MAHU MENULIS, TAPI TERPAKSA....
(Baca sampai abis)
Pegawai-pegawai RUM buat kerja "SUKARELA" tinggal isteri, tinggal anak semata-mata menjalankan tugas atau aktiviti RUM, kadang-kadang duit dalam poket pun tak de... gagah juga... sebab untuk kepentingan pekerja... yang ada biar mati eksyen, jangan mati accident...
SALUTE BELIA RUM... budak mentah, jauh bijak dan berani....
Mereka dicaci, dihina, dikeji ada yang diugut, ada yang ditunding dengan jari... sedarkan mereka ini, mereka...
FOBIA PEMBUANGAN KERJA JAMINAN RUM
Jumaat, April 29, 2016
Saya tahu kemungkinan ada fobia mengenai pembuangan pekerja ketika kemelut RUM.
Sy ingin jelaskan...
1. Bukti bahawa pembuangan itu tidak sah... semua pemulihan telah dilakukan tanpa kehilangan atau kerugian 1 sen pun, pihak pengurusan KTMB memohon maaf atas apa yang berlaku.
2. Rally adalah sambutan Hari Pekerja, satu perhimpunan ahli-ahli RUM, ianya adalah sebahagian aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
3. Piket adalah aktiviti kesatuan sekerja yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
4....
26 April 2016
KEGELINCIRAN TREN
Selasa, April 26, 2016
Bila berlaku kejadian tidak diingini (malang tidak berbau) seperti kegelinciran tren, maka peranan utama adalah 2 kumpulan pekerja, ada gred lain turut membantu iaitu:-
1. Breakdown Gang
2. Pekerja Urusan Jalan
3. Lain-lain gred pekerja
Kedua-dua ini memainkan peranan penting dalam memulihkan landasan dengan seberapa segera bagi memastikan tren boleh beroperasi semula.
Bagi pekerja Breakdown Gang mereka dipertanggungjawabkan untuk mengalih dan mengangkat jentera seperti koc, wagon dan lokomotif, kerja-kerja sebegini perlu kemahiran tinggi kerana...
PERASAAN PEKERJA SEMUA GRED SAMA Part 3
Selasa, April 26, 2016
RUM amat memahami keluh kesah, rintihan pekerja, ada yang dinobatkan, ada yang merasa terpinggir, ada kala seperti dianak tiri, kadang-kadang terasa kecil hati, begitulah luahan individu pekerja.
Bagi RUM semua sama rata, tiada lebih tiada kurang, sama-sama memainkan peranan, sama-sama berganding bahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, semua gred adalah sama, sama penting, sama hebat, tiada lebih tiada kurang.
Naluri hati, kata...
KENYATAAN TERBUKA (MEDIA)
Selasa, April 26, 2016
Adalah diingatkan bahawa mana-mana pekerja (khususnya ahli-ahli RUM) yang tertakluk dengan Prosedur Tindakan Tatatertib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka melalui sebarang media/facebook/komen atau memasukkan sebarang gambar yang boleh menjejaskan imej KTMB.
Sebarang kenyataan/komen/gambar kononnya berbentuk pujian namun secara langsung atau tidak langsung boleh menjatuhkan imej KTMB adalah dilarang sama sekali.
Pihak RUM mohon kerjasama pada semua pihak demi menjaga Imej KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
25 April 2016
TAHNIAH
Isnin, April 25, 2016
RUM rakamkan ucapan TAHNIAH kepada Ybhg Dato' Sarbini Tijan Presiden KTMB, Encik Kholel Pengurus Besar Komuter, Jurutera-jurutera, semua pegawai kanan EMU dan khususnya pekerja-pekerja EMU yang berjaya 'RE-ENGINEERING set komuter (EMU)
Ini telah membuktikan bahawa warga KTMB mampu re-engineering set EMU, tiada alasan lagi mengatakan kerja-kerja engineering tidak mampu dilakukan, andai set SCS dan ETS di buat maintenance juga pekerja KTMB mampu lakukan,...
DOKUMEN SURAT/ PEKELILING & WARTA KERAJAAN 1992 PERBADANAN ASET KERETAPI
Isnin, April 25, 2016

Di bawah ini dipetikkan kandungan surat yang akan dihantar hari ini kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan semua yang berkaitan dengan KTMB, antara fakta melalui dokumen yang tersimpan.
Tafsiran yang dibuat oleh RAC bercanggah dengan warta kerajaan dan pekeliling yang dikeluarkan pada tahun 1992, RAC telah membuat tafsiran menyimpang jauh lebih kepada "untung atas angin" terlupa bahawa kewujudan RAC hanya...
SEMUA GRED SAMA KITA IBARAT KELUARGA Part 2
Isnin, April 25, 2016
Semua GRED ADALAH SAMA, tiada beza, tiada kurang, tiada lebih, mereka semua dengan satu matlamat memajukan KTMB, dari peringkat atas sampai ke bawah, kita ibarat satu keluarga, kita adalah "warga KTMB".
KTMB dalam keadaan tenat, keadaan sengsara, hanya indah khabar dari rupa, netizen marahkan KTMB, katanya naik harga tambang perkhidmatan sama sahaja, itu kata mereka.
Apa yang sebenarnya mereka tidak tahu, tuduhan demi tuduhan terus bermaharajalela.
Cuma jangan kita antara kita bertelagah, memikirkan kepentingan diri, perkauman, kenegerian......
24 April 2016
SEMUA GRED SAMA
Ahad, April 24, 2016
Sejujurnya RUM simpati dengan penyelenggara landasan, walaupun RUM berjaya upgrade mereka dari Penyelenggara Am ke Penyelenggara Landasan pada CA 2, tapi mereka masih bergaji rendah, gaji minima RM 900.00.
Ramai yang tidak pandang Penyelenggara Landasan, seolah-olah mereka dianaktirikan, seolah-olah mereka tidak memainkan peranan, seolah-olah pekerja di bawah definasi 3D tidak dipedulikan, kerana tanpa mereka... mungkin "tak gerak, tak makan".
Tanpa...
SIAPA RUM
Ahad, April 24, 2016
Siapa RUM?
RUM adalah nama timang-timangan dan nama sebenarnya ialah Railwaymens Union of Malaya atau bahasa Malaysianya Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Kenapa bahasakan diri RUM?
Sebab tulisan yang tertulis dalam Suara RUM mewakili Suara Ahli-Ahli RUM dan bukannya individu.
Maka itu setiap kenyataan atau keluhan yang tercatat dalam Suara RUM adalah suara ahli-ahli RUM, admin atau penulis Suara RUM bertanggungjawab menyuarakan rasa, perasaan ahli-ahli RUM, bertanggungjawab mengawasi PERATURAN KESATUAN (perlembagaan), hal ehwal pekerja, peruntukan...
RALLY HARI PEKERJA
Ahad, April 24, 2016
TSHIRT UNTUK PESERTA RALLY 21.5.2016, (SABTU), SEMPENA HARI PEKERJA, DI PADANG SEKOLAH TAMIL, BANGSAR, KUALA LUMPUR.
SEMUA AHLI-AHLI RUM YANG TIDAK BEKERJA DIMINTA HADIR, BAGI LUAR LEMBAH KLANG, RUM MENYEDIAKAN BAS UNTUK KE KUALA LUMPUR. (Sila rujuk cawangan sdr/i)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
Doakan kesembuhan utk saudara kita
Ahad, April 24, 2016
Semoga sahabat kita Sdr Mohd Azmi Sulaiman Setiausaha Cawangan RUM Pklang cepat sembuh, sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt.
Beliau disyaki dijangkiti kuman pada hati, paru-paru dan pinggang.
Kini berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang Wat ICU 5.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
22 April 2016
TINGGAL TULANG PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
Jumaat, April 22, 2016
pak
RUM selalu menekankan mengenai nasib MAS, kerana ianya berlaku didepan mata, hanya bertindak setelah "nasi menjadi bubur" sehingga 6000 pekerja dibuang kerja. Banyak pihak yang menyokong majikan kononnya menyalahkan kesatuan sekerja MAS yang dikatakan kesatuan "meminta" (demand) atau faedah yang tinggi, tapi sebenarnya itu tidak, faedah yang diterima oleh pekerja MAS adalah rendah.
Cuma cara tindakan Kesatuan MAS perlahan menunggu "dah terantuk baru tergadah" atau "nasi dah jadi bubur", kerana situasi begini lebih menyakinkan pekerja bahawa kepimpinan...
SUB LEMBAGA PENGARAH KTMB PERJANJIAN BERSAMA KE 8
Jumaat, April 22, 2016
Pihak RUM berharap SUB LEMBAGA PENGARAH KTMB memahami dan mengasihani pekerja-pekerja KTMB yang bergaji rendah.
Kita sentiasa berusaha untuk menjalinkan hubungan baik, kerana RUM tidak sesekali mahu wujudkan pergeseran apatah lagi pertikaian, al maklum Suara RUM mengganas demi kepentingan pekerja bukan eksekutif, maka marilah kita bersama-sama menjaga kepentingan KTMB dan kepentingan kumpulan pekerja yang bergaji rendah.
Jauhkanlah sesuatu yang tidak menyenangkan kami, kami hanya meminta menghargai usaha yang telah kami lakukan serta kami...
21 April 2016
TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Khamis, April 21, 2016

Pihak RUM akan mengambil semua tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap kenyataan Encik Saaban Bin Hamid yang telah mencampuri/memghina/memburukkan/menjejaskan imej Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Tindakan ini sebagai satu pengajaran kepada beliau agar beliau memahami bahawa Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB adalah satu organisasi yang diiktiraf dan bukannya individu, tindakan undang-undang ini bagi memastikan bahawa beliau diambil tindakan...
SURAT RASMI BERKELAKUAN YANG BOLEH MENJATUHKAN REPUTASI SYARIKAT.
Khamis, April 21, 2016

Pihak RUM telah menghantar surat rasmi kepada GM TMOD sebentar tadi, RUM nak tenguk GM TMOD ni ambil tindakan atau tidak, sekiranya GM TMOD gagal mengambil tindakan maka GM TMOD didapati bersekongkol dengan membenarkan tertuduh "BERKELAKUAN MENJATUHKAN REPUTASI SYARIKAT" maka maka GM TMOD hendaklah diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.
RUM tidak akan "BERCOMPROMISE" mengenai perkara ini!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
KESABARAN ADA BATASNYA
Khamis, April 21, 2016
Kesabaran kita ada batas, selagi boleh berlembut, kita berlembut, selagi kita boleh bersabar kita bersabar, selagi kita boleh mendiamkan diri, kita mendiamkan diri, tapi kalau dah melampau, maaflah sebab ianya dah melampaui batas.
Dalam Mesyuarat Exco semalam isu sebegini ada dibangkitkan oleh Exco, saya menasihatkan, mereka adalah kawan, lagi pun biarlah apa dia orang nak kata, sebab mereka hanya mampu provokasi dan menegakkan benang yang basah. Mereka tidak tau apa yang kita lakukan, biarlah mereka buat fitnah.
Tapi bila cuba merosakkan hubungan...
PROVOKASI
Khamis, April 21, 2016

Satu kenyataan "berniat jahat" bila tidak mengetahui peruntukan peraturan, CA serta tidak memahami peruntukan undang-undang dan tidak mengetahui apa yang telah lakukan oleh RUM dalam sudut perbincangan dengan pengurusan serta analisis melalui peruntukan peraturan, CA, tidak mengetahui sebarang perbincangan dan keputusan Jawatankuasa Kerja dan Majlis Eksekutif. Fitnah yang jahat!
Provokasi ini juga berhasrat untuk melagakan RUM dan KTMB khususnya...
20 April 2016
BOLEHKAH SAYA/KITA BERSETUJU? MESYUARAT EXCO 20.4.2016 AKAN BUAT DECISION
Rabu, April 20, 2016
pak

Ikut maklumat yang diterima Individu Penjawat Awam meminta RUM & SOA bersetuju dengan idea pengambilan aset keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi.
Sejujurnya, saya sendiri telah diminta bersetuju oleh Pihak Tertinggi MoT untuk menerima idea ini melalui pertemuan peribadi sebagai kenalan baik, namun saya tidak memberi jawapan balas, sebaliknya saya menukar topik perbualan.
Saya maklumkan kepada Jawatankuasa Kerja RUM, kerana saya tidak mempunyai...
19 April 2016
RALLY SEMPENA HARI PEKERJA (PERHIMPUNAN AHLI-AHLI RUM)
Selasa, April 19, 2016
RALLY SEMPENA HARI PEKERJA
(PERHIMPUNAN AHLI-AHLI RUM)
TUJUAN.
1.MENGEMBALIKAN KTMB KE SEKTOR AWAM
2.MENGHENTIKAN HASRAT RAC MENGAMBILALIH ASET KTMB.
3.MEMBUBARKAN RAC SERTA MENGEMBALIKAN ASET KERETAPI KEPADA KTMB ATAU KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN.
Pada : 21 Mei 2016 (SABTU)
Tempat : Padang Sekolah Tamil, Bangsar Utama, Kuala Lumpur
Jam : 9.00 pagi
PENGUCAP (SPEAKERS)
1. Abdul Razak Bin Md Hassan
Presiden...
PERBEZAAN
Selasa, April 19, 2016

'Lihatlah perbezaan kerja antara kerja pemantauan dengan pekerja KTMB, antara yang hanya memantau dengan yang nak menyelamatkan netizen dari sudut keselamatan.
Kerja mudah yang telah dilakukan oleh pekerja KTMB satu ketika dulu malah sebahagian dari punca pendapatan KTMB, kini dilakukan oleh RAC.
RUM dengan tegas menyatakan kewujudan RAC adalah satu "PEMBAZIRAN KOS" bila Perbadanan Aset Keretapi (RAC) diwujudkan melalui Pindaan Akta Keretapi...
SEDIH/ANAK TIRI THIS IS KTMB
Selasa, April 19, 2016
Ramai pihak mahupun segelintir Lembaga Pengarah KTMB masih tidak memahami peranan KTMB serta pekerjaan pekerja KTMB.
RUM telah berhempaspulas berusaha menerangkan pekerjaan pekerja KTMB, beban dan tanggungjawab mereka, tapi mereka seolah-olah lebih melihat kepada "kewangan", tak dinafikan kewangan penting, namun mana lebih penting antara "kewangan" dengan "netizen"? lupakan mereka kepada "SUARA NETIZEN"?
"SUARA NETIZEN" sangat penting! kerana "KTMB adalah PERKHIDMATAN SOSIAL", maka "NETIZEN" berhak marah kerana mereka perlu perkhidmatan yang baik,...
RUNGUTAN NETIZEN
Selasa, April 19, 2016
Gambar di bawah ini menunjukkan pekerja bertungkus lumus siapkan masalah teknikal, sehingga jam 12.55pagi ini, semenjak kelewatan tren berlaku pagi 18.4.2016.
Keselamatan dan nyawa netizen menjadi tanggungjawab KTMB, kerana itu sedikit kelewatan berlaku tanpa disengajakan.
Tidak salahkan netizen kerana mereka tidak tahu apa yang terjadi, demi keselamatan dan nyawa netizen sedikit ganguan terjadi.
Terima kasih semua warga KTMB yang bertungkuslumus...
18 April 2016
HENTIKAN IDEA PENGAMBILAN ASET KERETAPI TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Akhir
Isnin, April 18, 2016
pak
RUM menaruh harapan yang tinggi kepada Individu Penjawat Awam MoT agar menghentikan hasrat ingin mengambil aset KTMB serta mewujudkan idea yang boleh memusnahkan KTMB.
RUM tidak mahu perkara ini terjadi, sehingga melibatkan tindakan perusahaan diambil, malah mengharapkan MoT mencari penyelesaian yang lebih baik seterusnya bersama pengurusan KTMB memacu KTMB ke arah sebuah industri perkeretapian yang maju kalau tidak didunia tapi mungkin di Asia Pacifik.
Banyak langkah yang boleh diambil demi memberi perkhidmatan yang baik kerana rakyat marhaen...
BUKTI KEMARAHAN PENUMPANG TERHADAP KTMB, ADAKAH KTMB JUGA DIPERSALAHKAN? TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 5
Isnin, April 18, 2016
pak

Inilah nasib KTMB, RUM tidak menyalahkan penumpang (nitizen) dalam hal ini yang menyalahkan KTMB, kerana mereka tidak tau "punca" kenapa berlaku begini.
Demi "keselamatan" penumpang maka berlakulah "kelewatan" disebabkan masalah teknikal.
Seperti biasa, RUM lebih fokus kepada "PUNCA" tapi tidak boleh highlight secara umum, namun RUM yakin Individu Penjawat Awam MoT menyedari "PUNCANYA", dan seperti kebiasaan KTMB jadi "KAMBING HITAM!"
Walaubagaimanapun...
PEMIKIR DILUAR KOTAK TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 4
Isnin, April 18, 2016
pak
Alangkah bijaknya bila Individu Penjawat Awam MoT cuba@usaha membantu YBhg Dato Sarbini Tijan Presiden KTMB dan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dalam memberi penekanan terhadap Plan Transformasi KTMB, malah melalui platform beliau di MoT menekankan apa yang terkandung dalam Plan Transformasi disegerakan serta menambahbaik idea Plan Transformasi KTMB dengan mengembangkan KTMB melalui hasrat "DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA" dengan menjadikan Negara China sebagai Pemangkin atau Idola yang mampu membuat Industri Perkeretapiannya...
JIWA KERETAPI TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 3
Isnin, April 18, 2016
pak
Encik Afzar Pengurus Besar Korporat memang tiada jiwa keretapi, beliau hanya hadir selepas KTMB di swastakan, beliau juga antara yang menjadi dalang dalam pembuangan kerja Presiden dan 96 pemimpin dan ahli RUM dalam kemelut RUM.
RUM memang tidak percaya dengan beliau, tiba-tiba terlihat wajahnya dalam gambar bersama dengan RAC mewakili KTMB, rasa terbakar, teori RUM bahawa beliau pasti akan mengikut kehendak RAC, kononnya nak menyelamatkan KTMB, RUM tak tau nak cakap apa, tapi dari mesej yang diterima oleh RUM, cukup menyakitkan hati.
Wahai ahli-ahli...
TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 2.
Isnin, April 18, 2016
pak

Cuba baca mesej pekerja yang dipaparkan di bawah ini, pernah ke Individu Penjawat Awam ini tau tentang peranan pekerja KTMB, mengenai rungutan penumpang (rakyat)..., apa maksudnya? Maksudnya peruntukkan yang kerajaan berikan adalah untuk rakyat, KTMB hanya pelaksana, pekerja KTMB adalah wakil kepada kerajaan.
Apa pulak peranan Individu Penjawat Awan berkenaan untuk menyelesaikan masalah seperti keluhan pekerja di bawah ini? atau hanya menyalahkan...
17 April 2016
TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
Ahad, April 17, 2016
pak
Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Penjawat Awam MoT... "TANPA BANTUAN KERAJAAN DIMANA KTMB... BERSYUKURLAH", maklumat ini diterima oleh RUM.
PERSOALANNYA?
Bantuan kerajaan untuk siapa?
Adakah untuk KTMB semata-mata?
Banyak lagi individu Penjawat Awam ini nak belajar rupanya... adeiiii..
JAWAPANNYA
KTMB untuk RAKYAT
Pekerja KTMB menjalankan perkhidmatan sosial dengan "gaji ciput", sebagai wakil kerajaan memberi perkhidmatan yang baik dan selamat seperti motto KTMB iaitu "MERAKYATKAN KTMB"
Nak ke RUM tafsirkan apa tu "MERAKYATKAN KTMB?",...
16 April 2016
DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Sabtu, April 16, 2016
pak
Cukup "GAH", Cukup HEBAT"... bunyinya...
Orang baca...
Orang dengar...
Amboiiiii...
Terbaiklah...
Awat selama RAC di wujudkan idea ni tak de...
Mana pi "PEMEGANG AMANAH"
Depa ni tau ke apa dia "PEMEGANG AMANAH" atau terlupa kot...
Pegawai KTMB dari Hartanah pernah menyatakan "saya ikut arahan" untuk menyediakan dokumen secara "legal" untuk mengemaskini aset -aset yang akan diserahkan kepada RAC dalam Mesyuarat Majlis Bersama Pusat tahun lepas.
Dalam Bengkel antara RAC & KTMB ada gambar siapa yang terlibat malah dipengerusikan oleh Timbalan...
APA YANG TERSIRAT?
Sabtu, April 16, 2016
pak

Inilah perancangan yang sedang dilakukan, kononnya "DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA".
Mengikut maklumat yang diterima, sekiranya perancangan ini berjaya, berkemungkinan ianya akan dilaksanakan selepas 6 bulan dari Bengkel ini.
RUM ingin tegaskan pelaksanaan ini diceduk dari idea RUM iaitu "MULTIPLE OPERATOR", kemudiannya diolah dijadikan idea MoT, seterusnya diimplimentasikan oleh RAC, idea cetusan RUM dibuat untuk kepentingan KTMB sebagai...
15 April 2016
MEMORANDUM PERSETUJUAN PEMULIHAN JAWATAN (KEMELUT RUM)
Jumaat, April 15, 2016
Andai PERJANJIAN PEMULIHAN JAWATAN masih berkuatkuasa, Mantan Presiden KTMB masih menerajui KTMB, maka RUM hari ini ibarat "LEMBU DICUCUK HIDUNG" @ (YELLOW UNION).
Saya selaku Presiden RUM terpaksa berjuang di Mahkamah untuk memulihkan jawatan dan menarik balik "MEMORANDUM PERSETUJUAN PEMULIHAN JAWATAN" yang kita sedar ianya memakan masa 3-5 tahun, kemungkinan saya juga telah "DIPECAT" dari Presiden RUM, sedangkan peruntukkan Akta Kesatuan Sekerja...
PRASARANA VS KTMB
Jumaat, April 15, 2016
pak
Kalau bandingkan kerugian KTMB dangan PRASARANA... adeiii.. Prasarana lagi teruk, sedangkan hutang KTMB terkumpul keseluruhannya sebelum pengswastaan lagi lebih kurang 2.8 B, Prasarana bila dilahirkan iya?, tetapi KTMB tetap dijadikan "ANAK TIRI" malah "KAMBING HITAM" oleh pihak - pihak tertentu, kononnya KTMB tak pandai meniaga...
Alasan...poorahhhh....
Adeiiiii... Pengurusan KTMB sememangnya tak mampu bersuara, sebab terikat dengan syarat-syarat...
14 April 2016
PEMEGANG AMANAH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
Khamis, April 14, 2016
pak
Kewujudan RAC pada tafsiran RUM adalah hanya sebagai "PEMEGANG AMANAH" harta atau aset KTMB sahaja.
Kewujudannya tidak untuk menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi mencari pendapatan @ keuntungan (profitable), ianya sebagai sebuah entiti yang diberi amanah bagi pihak kerajaan sebagai menjaga kepentingan aset KTMB supaya tidak berlaku penyalahgunaan.
Sebaliknya hari ini, RAC telah menyalahtafsir atau meluaskan skop tafsiran kononnya semua harta @ aset KTMB dimiliki dan dibolehkan menjana pendapatan melalui usaha pengambilalihan semua aset...
13 April 2016
MANA SATU SIKAP KITA?
Rabu, April 13, 2016
Mana lebih baik?
1. "Sediakan payung sebelum hujan"
Baru bertindak...?
Atau
2. "Sudah terantuk, baru nak tergadah"
Baru bertindak...?
"Sediakan Payung Sebelum Hujan"
Biasanya sikap seperti ini cepat sedar, pantas berfikir dan terus bertindak kerana sedar bahawa setiap perkara sepatutnya ialah cuba berhati-hati dan berusaha jangan sesuatu terjadi, kerana ianya boleh memulihkan keadaan dari sesuatu kejadian yang tidak diingini.
"Sudah Terantuk, Baru Tergadah"
Biasanya sikap seperti ini bila dah terjadi baru nak sedar atau marah maka baru bertindak......
11 April 2016
KAJI SELIDIK (JAWAPAN) PERJANJIAN BERSAMA 8 ANDAI BOARD TAK SETUJU!
Isnin, April 11, 2016
(Kenyataan ini hanya untuk Lembaga Pengarah yang tertentu, bukan semua)
Menilai kepada jawapan balas lebih kurang 98% menyatakan "C"
C. Kita marah pada LEMBAGA PENGARAH KTMB dan suruh LEMBAGA PENGARAH KTMB buat kerja kita, kerana mungkin selama ini kita tak buat kerja...
Manakala yang selebihnya memilih "A", ada juga tak memberi jawapan, ada juga yang tiada jawapan dalam "A", "B" n "C", yang tiada jawapan, ada jawapan yang tersendiri, RUM tidak mahu komen.
Bagi yang bersetuju dengan "A"
A. Kita akur, terima @ redha
RUM beranggapan mereka...
10 April 2016
KAJI SELIDIK PERJANJIAN BERSAMA 8 ANDAI BOARD TAK SETUJU!
Ahad, April 10, 2016
RUM dah melahirkan kenyataan bahawa kenaikan pelarasan gaji melalui Perjanjian Bersama ke 8 ialah Gaji Minima RM 1200.00 dan Pelarasan Gaji 13% berdasarkan persetujuan bersama antara Panel Perundingan Pengurusan KTMB & Panel Perundingan RUM.
ANDAI LEMBAGA PENGARAH (BOARD) TAK SETUJU DAN MENCADANGKAN TIADA SEBARANG KENAIKAN DALAM PERJANJIAN BERSAMA KE 8, LEMBAGA PENGARAH MENCADANGKAN TERUS GUNAPAKAI CA 7 (TIADA SEBARANG KENAIKAN CA8)
APA JAWAPAN SDR/I
a) Kita akur, terima @ redha
b) Kita marah pada RUM
c) Kita marah pada LEMBAGA PENGARAH...
09 April 2016
KUARTERS KTMB (PERBADANAN ASET KERETAPI)
Sabtu, April 09, 2016
Kuarters KTMB juga adalah milik Perbadanan Aset Keretapi(RAC) kini keistimewaan yang diterima oleh pekerja KTMB menyewa Kuarters KTMB sangat murah, lebih murah dari PPR yang diuruskan oleh Bandaraya.
Kuarters KTMB diwujudkan semenjak zaman British lagi, kewujudan kuarters ini bagi tujuan memberi keselesaan kepada pekerja dan mempermudahkan pekerja ke tempat kerja, kerana penyediaan kuarters adalah berdekatan dengan tempat kerja, sinilah keperihatinan pengurusan terdahulu terhadap golongan pekerja.
Apabila semua aset diambilalih oleh RAC apakah...
08 April 2016
CABARAN... AYUH BANGKIT...
Jumaat, April 08, 2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
CABARAN... AYUH BANGKIT...
Memanglah pahit, sukar sangat getir, berat mulut nak bicara, terlalu banyak persepsi, tapi mereka tidak tahu, bagaimana nak menghadapi situasi, kerana lebih mudah untuk bicara tapi yang paling sukar ialah mencari solusi.
Dalam keadaan kritikal, dalam keadaan pelbagai andaian yang timbul, peranan yang penting ialah mencari penyelesaian bijak untuk menyelesaikan masalah, kalau setakat...
Kepada YBhg Dato Kamaruzaman Lembaga Pengarah KTMB
Jumaat, April 08, 2016
Kepada YBhg Dato Kamaruzaman
Lembaga Pengarah KTMB
Cuba tenguk gambar ini, pekerja ini bekerja dalam keadaan panas, ini rutin harian mereka, gaji yang mereka terima gaji minima RM900.00, cuba Ybhg Dato bekerja seperti mereka dengan gaji RM 900 00... boleh hidup ke tak?
Owh! Lupa... Ybgh Dato hanya pandai buat decision atau komen je, sekali datang Mesyuarat Lembaga Pengarah KTMB dapat elaun RM 1000.00, mesyuarat 2, 3 jam je... dalam aircond lagi......
07 April 2016
CABARAN RUM
Khamis, April 07, 2016
RUM hari ini menghadapi cabaran lebih besar lagi, cabarannya ialah:-
1. Mempertahankan KTMB,
2. Menggesa Kerajaan mengembalikan KTMB ke sektor awam atau setidak-tidak kembalikan Perbadanan Aset Keretapi kembali kepada KTMB,
3. Mengharapkan kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB, pada pegawai MoF hentikanlah menyalahkan KTMB sebaliknya membantu KTMB.
4. Memohon Kerajaan menyokong Plan Transformasi KTMB
5. Membeli jentera yang berkualiti melalui Tender Terbuka yang telus mematuhi specifikasi Teknikal dan Komersial.
6. Memastikan penumpang @ ...
PENGSWASTAAN KTMB
Khamis, April 07, 2016
pak
Samada suka atau tidak, SALAH TETAP SALAH, punca tetap punca, RUM mencari puncanya, puncanya ialah YABHG TUN MAHATHIR MUHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
RUM sama sekali tidak akan menyalahkan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, dasar pengswastaan bukan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK yang mencetuskan, yang mencetuskanya dan menjadikan KTMB, pekerja menjadi mangsa dan tanah tergadai adalah dasar yang dipelopori oleh YABHG TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
JELAS... JELAS...
06 April 2016
PERBADANAN ASET KERETAPI SALAH TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI, MALAYSIA
Rabu, April 06, 2016
pak
RUM melahirkan kenyataan terbuka meletakkan kesalahan ini kepada YABhg Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, atas prinsip organisasi, perjuangan dan selamatkan KTMB maka hari ini, RUM melahirkan kenyataan terbuka setelah sekian lama terpendam.
Siapakah yang mengswastakan KTM pada 1.8.1992? yang mengswastakan KTM ialah Tun Mahathir Mohamad, malah kewujudan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) melalui pindaan Akta Keretapi pada tahun 1991 ialah Tun Mahathir Mohamad.
Apakah hasil kejayaan Pengswastaan KTM?
Hasil kejayaan pengswastaan...
05 April 2016
PENGSWASTAAN KERETAPI 1.8.1992 CETUSAN IDEA TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Selasa, April 05, 2016
Aku pada tahun 1991, baru berusia 28 tahun, kiranya cukup matang tapi bukanlah seorang yang cukup pandai. Hanya seorang pekerja biasa malah hanya menjadi ahli biasa RUM atau tanpa sebarang jawatan dalam RUM, masa itu RUM pun aku tak tau, just suruh masuk, aku pun masuk, aku tak kesah, aku menjadi ahli RUM pada tahun 1984.
Pada awal bulan januari tahun 1991 semua pekerja diberi makluman KTMB akan diswastakan dan di beri borang pilihan (option) pilih A, B atau C, aku pilih B iaitu pengswastaan dengan menikmati tambahan faedah melalui gaji 10 % +...
PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 SIAPAKAH GERANGANNYA?
Selasa, April 05, 2016
pak
RUM akan terus menulis sehingga siapakah gerangannya yang perlu dipertanggungjawabkan sehingga RUM menyatakan Pengswastaan KTMB adalah gagal hanya semata-mata bertujuan untuk mengadaikan tanah keretapi.
DALILNYA BANYAK TANAH KERETAPI TELAH PUN TERGADAI...
Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
04 April 2016
PERJANJIAN BERSAMA KE 8
Isnin, April 04, 2016
RUM menghormati Lembaga Pengarah KTMB, sentiasa berusaha menjalinkan hubungan baik, justeru itu RUM sangat berharap tiada masalah mengenai hubungan, kerana matlamat kita sama iaitu memajukan KTMB.
Justeru itu RUM sangat berharap agar Perjanjian Bersama yang dijadualkan dibincang esuk 5.4.2016, jam 3 petang selepas "SUB COMMITTE BOARD MEMBERS" memberi pandangannya pada 23.3.2016 dan akan dimaklumkan oleh Panel Perundingan Pengurusan kepada RUM tidak mengambarkan satu keputusan yang boleh menjejaskan hubungan yang sedia terjalin.
RUM tetap dengan...
PERBADANAN ASET KERETAPI PENGALAMAN PEKERJA (DIKONGSI BERSAMA RUM)
Isnin, April 04, 2016
pak
Pada pengalaman saya yg lepas. Dalam isu perlupusan aset2 yg dilupuskan. Jika sesuatu aset yg di BOS (lupus) sebelum wujudnya RAC, Sebarang aktiviti perlupusan perlu ada Wakil jabatan yg melupuskan barang yg hendak dilupuskan Contoh Muj, polis bantuan, wakil RAC dan kontraktor.
Apa yg saya terjadi baru2 nie.
RAC membuat Pemeriksaan keatas stor simpanan barang lama di ........., Surat dari RAC kepada Ktmb tentang status barang lama tersebut dihantar dan belum sempat dibalas, RAC telah ambil barang tersebut tanpa surat perlupusan dari Ktmb.
Bila...