
31 Ogos 2014
JAWATANKUASA TINDAKAN TATATERTIB ( JTT )
Ahad, Ogos 31, 2014
union busting

Info diterima... kononnya Jawatankuasa Tindakan Tatatertib (JTT) sendiri tidak bersetuju untuk membuat keputusan pembuangan kerja tanpa notis, tapi telah diarahkan berbuat demikian, malah mereka dijanjikan tahap jaminan keselamatan dengan 2 "escorts" untuk mengiringi (JTT) mereka, mereka dalam keadaan serba salah dalam membuat keputusan setelah di arah oleh Presiden KTMB, maka mereka terpaksa akur membuat keputusan dan menandatangani sebagai sebulat...
MERDEKA
Ahad, Ogos 31, 2014

Gambar Hiasan
APAKAH PRESIDEN KTMB TIDUR LENA SELEPAS PRESIDEN RUM DAN TIMBALAN PRESIDEN RUM DI BUANG KERJA?
APAKAH PANEL SIASATAN DALAMAN KHUSUSNYA PENGURUS BESAR KORPORAT TIDUR LENA SELEPAS MENANDATANGANI DOKUMEN PEMBUANGAN KERJA TANPA NOTIS INI?
GEMBIRANYA MEREKA, MAKA ADAKAH INI MASANYA UNTUK RAIKAN "GANTUNG PISANG" DAN "KAMBING PANGGANG"?
MAKA HARAPAN MEREKA....
PEMBUANGAN KERJA JAWATAN DALAM KTMB PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN...
Erti Merdeka Pada Saya
Ahad, Ogos 31, 2014

*DISINILAH LAHIRNYA SEBUAH CINTA*
Satu tag line yang sangat bermakna kepada saya...
Maka...
*DISINILAH KECEWA"
31 OGOS 2014
Cinta dan kecewa bermula di sini...
Cinta sangat menakjubkan....
Cinta itu memberi seribu makna...
Cinta itu akan diakhiri kebahagiaan...
Cinta itu juga menyakitkan...
Cinta... Cinta... Cinta...
Cinta kadang- kadang itu penuh kepalsuan....
Cinta... Cinta... Cinta..
Alangkah indahnya Cinta itu penuh dengan keikhlasan....
Cinta...
30 Ogos 2014
BANGGA
Sabtu, Ogos 30, 2014

Kita bukan pencuri...
Kita bukan perompak..
Kita tidak melanggar Aturan Peraturan...
Kita tidak langgar Perjanjian Bersama...
Kita tidak langgar undang-undang negara...
Kita hanya mempertahankan KTMB..
Kita hanya pertahanankan masa depan pekerja...
Kita hanya mahukan Keselamatan Pekerja terjamin...
Kita hanya nak Selamatkan KTMB..
Kita hanya nak Selamatkan Pekerja..
Kerana kita RUM...
Kerana kita Unionist..
Maka...
Kita telah dihukum dengan...
Berdosakah aku...
Sabtu, Ogos 30, 2014

Berdosakah aku...
Hahahaha...
Padan muka aku....
Salahkah aku...
Berdosakah aku..
Hanya kerana memperjuangkan kebenaran?
Hanya berjuang untuk kepentingan KTMB?
Hanya berjuang untuk pekerja?
Tapi aku kuat...
Semangat juang aku tinggi...
Tidak pernah gentar...
Tak pernah takut...
Demi Allah....
Perjuangan ku hanya untuk pekerja.
Hanya kematian sahaja mampu menutup mulut aku...
Selagi hayat dikandung badan...
Perjuangan akan aku teruskan....
Presiden...
29 Ogos 2014
PEMBUANGAN KERJA TANPA NOTIS PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN. (UNION BUSTING)
Jumaat, Ogos 29, 2014
union busting

Kepada
Majlis Exco,
Pegawai Cawangan,
Ahli Jawatankuasa Cawangan,
Dan Semua Ahli-ahli RUM.
PEMBUANGAN KERJA TANPA NOTIS PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN. (UNION BUSTING)
Adalah dimaklumkan bahawa Sdr Abdul Razak MD Hassan Presiden RUM dan Sdr R.Subramaniam Timbalan Presiden RUM telah ditamatkan perkhidmatan dalam KTMB tanpa notis berkuatkuasa pada 29.8.2014.
Tindakan penamatan ini adalah "TIDAK SAH" bertentangan dengan...
BUANG KERJA TANPA NOTIS
Jumaat, Ogos 29, 2014
union busting

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt, dalam perjuangan pasti ada cabaran, cabaran ini sungguh manis dalam mencapai kemenangan, tanpa cabaran, apalah erti perjuangan.
Maka tamatlah perkhidmatan dalam KTMB, "BUANG KERJA TANPA NOTIS" berkuatkuasa 29.8.2014
PRESIDEN ...
MENYESAL/LUAHAN HATI
Jumaat, Ogos 29, 2014
union busting

Ketika awalan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB memegang jawatan berkemungkinan ada pergeseran diantara Lembaga Pengarah KTMB dengan Datuk Presiden KTMB sehingga Datuk Presiden KTMB mengambil keputusan melepaskan jawatan dengan menulis surat kepada pegawai undang-undang KTMB dan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Desas desus ketika itu hebuh malah bertubi - tubi soalan pertanyaan kepada saya selaku Presiden RUM maka saya nafikan..
Tahukah...
Siapa...
27 Ogos 2014
Jabatan Perhubungan Perusahaan 27.8.2014
Rabu, Ogos 27, 2014

Gambar Hiasan
Berdasarkan perbincangan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan, RUM telah menegaskan bahawa penyelesaian boleh berlaku mengenai kes "notis tunjuk sebab" dengan 2 cara iaitu:-
1. Hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Bersama Pusat dengan syarat mesti ada kehadiran :-
a) Presiden KTMB selaku Pengerusi Majlis Bersama Pusat selaras dengan Peraturan Majlis Bersama Pusat.
b) Dengan kehadiran Wakil Kementerian Kewangan, Kementerian...
SURAT LAYANG
Rabu, Ogos 27, 2014

Semalam terima satu surat layang, surat layang ini dialamatkan kepada YAB DS PERDANA MENTERI, menarik kandungannya.
Namun demikian, RUM anggap surat layang adalah "surat jahat", maka apa yang diperkatakan boleh dianggap fitnah, namun demikian RUM tetap ambil perhatian untuk menyimpan surat berkenaan sebagai satu dokumen bukti pada suatu hari nanti, RUM telah pun menyerahkan kepada Peguam RUM pagi tadi untuk simpanan masa hadapan.
Sebab...
26 Ogos 2014
PEGAWAI EKSEKUTIF KEPADA CHAIRMAN KTMB
Selasa, Ogos 26, 2014

Pihak kesatuan mendapat info bahawa satu pelantikan telah dibuat tanpa mengikut Prosedur Perjanjian Bersama iaitu jawatan sebagai Pegawai Eksekutif Kepada Chairman KTMB.
Difahamkan beliau telah digajikan oleh KTMB, namun demikian ianya tidak mengikuti syarat-syarat waktu kerja, adakala bila Dato Pengerusi tiada di pejabat atau berada di luar kawasan, pegawai berkenaan tidak masuk pejabat dan hilang dari tempat kerja.
Hebuh diperkatakan bahawa...
KETOLOLAN SENGAJA 2 (PARLIMEN)
Selasa, Ogos 26, 2014
union busting

Maka kalau dilihat jawapan balas Tuan Haji Helmi, Senior Vice President Teknikal bagi pihak Presiden KTMB maka boleh dirumuskan AKTA KESATUAN SEKERJA tidak boleh dipakai, kerana hak kesatuan sekerja menjalankan aktiviti Kesatuan sekerja telah dihalang dengan mensabitkan kesalahan kepada pemimpin kesatuan dan ahli-ahli kesatuan sebagai pekerja.
Menyedari bahawa Akta Kesatuan Sekerja ialah Akta yang diluluskan oleh "MEMBERS OF PARLIMENT" atau...
"KETOLOLAN SENGAJA"
Selasa, Ogos 26, 2014
union busting

Gambar Hiasan
Bila penulis surat untuk Senior Vice President Teknical menjawab surat RUM dan Vise President Teknical pun tandatangan, menjawab surat RUM hari ini, memetik petikan Akta 177, telah mengakui bahawa yang berpiket itu Presiden RUM dan Ahli-ahlinya.
Namun masih bertegas mengunakan Akta 177 cuba memusingkan ayat dengan mengatakan bahawa melalui seksyen 5 juga KTMB berhak mengambil tindakan terhadap pekerja.
Diakui bahawa...
25 Ogos 2014
"DOMESTIC INQUIRY"
Isnin, Ogos 25, 2014

Sebagai Presiden RUM, saya tetap berpendirian tidak akan menghadiri "Domestic Inquiry", kerana tindakan yang dilakukan bukan sebagai "pekerja".
Maka hari ini saya adalah Presiden RUM telah tidak menghadiri "Domestic Inquiry" kerana membantah tindakan berkenaan, yang tidak ada kena mengena dengan salah laku seorang "pekerja".
Maka apakah keputusan panel "Domestic Inquiry" hari ini?
Kita tunggu jawapannya.....
Saya redha andai saya...
SURAT RUM DIPAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM
Isnin, Ogos 25, 2014
union busting

Di bawah ini surat jawapan balas kepada Senior Vice President Teknical, KTMB.
Bil : (111) dlm RUM 093
Tarikh : 25hb. Ogos 2014
Kepada :
Y.Brs.Tuan Haji Hilmi Mohamad
Naib Presiden Kanan Teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Y.Bhg Encik Fong Khei Por
Ketua PengarahJabatan Perhubungan Perusahaan
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 9, Blok D4 Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan...
22 Ogos 2014
SURAT RUM DIPAPARKAN UNTUK UMUM.
Jumaat, Ogos 22, 2014
.jpg)
Bil: (110) dlm RUM 093
Tarikh : 22hb. Ogos 2014
Y.Brs.Tuan Haji Hilmi Mohamad
Naib Presiden Kanan Teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin 50621 Kuala Lumpur
Salinan / Perhatian
Y.B. Dato’ Ir. Hj. Nawawi Hj. Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
Keretapi Tanah Melayu BerhadJalan Sultan Hishamuddin50621 Kuala Lumpur
DAN
Semua Ahli Lembaga Pengarah
DAN
SALINAN UNTUK PEGETAHUAN
”Semua Menteri Kabinet”
Tuan,
PER:...
21 Ogos 2014
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA.
Khamis, Ogos 21, 2014

TAG LINE RUM
Maka RUM dari Pegawai Utamanya, Pegawai-pegawai Cawangan dan ahli-ahlinya dengan niat yang ikhlas ingin menyelamatkan KTMB dari anasir yang berhasrat untuk mengancurkan KTMB kini berada telur di hujung tanduk, dengan niat jahat Dato Elias Kadir Presiden KTMB maka akan menamatkan perkhidmatan semua penyandang jawatan dalam RUM selaku Pekerja KTMB.
Satu orang yang berniat jahat lawan dengan ramai orang yang berniat baik...
Maka...
19 Ogos 2014
Ketua Pegawai Eksekutif MRT orang yang benar-benar bertanggungjawab!
Selasa, Ogos 19, 2014

Presiden KTMB sampai landasan pantai timur diarahkan ditutup operasi oleh SPAD, Keretapi banyak tergelincir, Keselamatan Pekerja dan Penumpang tidak selamat, Lokomotif dan lain-lain jentera overdue, KTMB merudum, Pemimpin Kesatuan digantung kerja. Masih menegakkan "BENANG YANG BASAH", terus ingin memegang jawatan Presiden KTMB.
PRESIDEN KTMB YANG BACUL!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
"MAKAN TAHI"
Selasa, Ogos 19, 2014

Dalam sesuatu perkara kebijaksanaan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB ialah mengelak dari bertanggungjawab, kebijaksanaan ini terserlah dengan menyalahkan individu lain sekiranya terdapat kelemahan, sedangkan kelemahan itu berdasarkan arahan beliau sendiri.
Dalilnya surat - surat yang dikeluarkan tidak akan ditandatangani oleh Presiden KTMB sendiri seperti "NOTIS TUNJUK SEBAB" termasuklah surat terbaru panggilan siasatan dalaman ditandatangani...
18 Ogos 2014
RUM TETAP SEBAGAI WATCH DOG!
Isnin, Ogos 18, 2014

Gambar Hiasan
Bila kita menjawat jawatan samada sukarela atau pun di bayar gaji atau pun elaun, samada jawatan dia Penyelenggaraan Am, Presiden KTMB mahupun Lembaga Pengarah KTMB, maka yang perlu ialah keikhlasan bukan kepentingan, yang salah tetap salah, tidak boleh dikatakan betul, biarpun pahit, terpaksa ditegur atau disingkirkan, jangan sesekali cari jalan mudah iaitu "PLAY SAFE".
Semuanya tanggungjawab dan amanah yang diberikan bukannya...
Lawan tetap lawan
Isnin, Ogos 18, 2014

Gambar Hiasan
Satu kebaikan kena gantung ni, pegawai RUM tetap bekerja, tapi kerja RUM, maka tumpuan pun lebih pada kerja-kerja RUM, meriah sikit kat pejabat RUM.
Hikmah di sebalik kena gantung kerja banyak memberi faedah kepada RUM.
Hehe... cuma duit poket kurang, sebab gaji kene potong setengah selama 14hari, overtime tiada, lain2 elaun hilang... hehe...
Tapi RUM tabik spring pada semua yang kena gantung, semangat kental, duit jadi...
PROJEK KARGO
Isnin, Ogos 18, 2014

Siapakah yang memberi kebenaran kepada MMC untuk membuat "Due Dilligence" Kargo?
Sedarkah semua maklumat sulit dalam kargo diberi pada MMC untuk dilihat, dikaji dan memberi peluang pada MMC menyusun langkah mengambilalih Kargo KTMB atau mungkin mengeluarkan Kargo dari KTMB untuk menubuhkan syarikat "JOINT VENTURE" tanpa MMC mengeluarkan modal dan meraih keuntungan atas angin.
Apa semua ini?
Adakah ini dinamakan "KETELUSAN" sebelah pihak...
TEORI RUM
Isnin, Ogos 18, 2014

Gambar Hiasan
1. Apakah kaitan diantara Presiden KTMB dengan MMC
2. Apakah kaitan antara perancangan "union busting" iaitu penggantungan pemimpin kesatuan RUM dengan Projek Kargo.
Berdasarkan 2 persoalan di atas maka ianya seolah-olah ada kaitan dalam tindakan ini, kerana RUM lah penyebab kepada :-
1. Kegagalan percubaan MMC untuk mengambilalih Bangunan KTMB.
2. Kegagalan MMC nak mengambilalih KTMB.
Maka terwujudlah strategi yang sebegitu...
BUSINESS TIMES NST TODAY: MMC plan said to get KTMB backing
Isnin, Ogos 18, 2014

17 AUGUST 2014 @ 11:44 PM
BY SHAREN KAUR
KUALA LUMPUR: MMC Corp Bhd, which aims to control Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), has presented a proposal to privatise the cargo operations, and initial estimates put the sum at RM2 billion.
People with knowledge of the matter said the proposal was presented to KTMB president Datuk Elias Kadir two weeks ago and he was in favour of it.
They said MMC had received approval to conduct a due diligence,...
PEMIMPIN RUM DIGANTUNG KERJA
Isnin, Ogos 18, 2014

Andai orang mengata kita lemah... itu silap...
Andai orang mengata kita kalah...
Itu juga silap..
Andai orang kata kita tertekan...
Itu juga silap..
"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
Dalam erti kata seorang pejuang kami rasa berbangga apa jua yang berlaku, kerana itu nikmat perjuangan.
Tidak sekelumit rasa gentar, tidak sedikit rasa takut, bumi Allah Swt kat mana pun ada rezeki, tetap akan menentang si perosak penjahanam...
17 Ogos 2014
PRESIDEN RUM NAK BAGI TAU PRESIDEN KTMB (Pt1)
Ahad, Ogos 17, 2014
union busting

Untuk pengetahuan Datuk Presiden KTMB barisan kepimpinan RUM terdiri dari 7 pegawai utama mempunyai semangat juang yang tinggi, matlamat kami bukan sahaja untuk kepentingan Pekerja, Warga KTMB malah kepentingan awam.
Penyatuan kepimpinan ini di bawah kesatuan sekerja yang ditakrifkan "BERSATU", bermaksud kami mempunyai satu hati, satu kata sentiasa bersama dalam keadaan susah dan senang. Inilah teras perjuangan kami.
Majlis Exco RUM adalah...
PRESIDEN RUM NAK BAGI TAU PRESIDEN KTMB
Ahad, Ogos 17, 2014
union busting

Gambar Hiasan
Saya mula memegang jawatan dalam RUM pada tahun 1996 sebagai Setiausaha Cawangan dan Timbalan Presiden, ketika itu Perlembagaan RUM membenarkan 2 jawatan boleh disandang sehingga dibuat pindaan hanya membenarkan seorang penyandang jawatan hanya boleh menyandang satu jawatan sahaja, pada 2.4.1998, saya pernah dipecat menjadi ahli RUM, kerana tidak mahu bersekongkol dengan kepimpinan RUM ketika itu yang di bawah pengaruh Marak Unggul,...
UNION BUSTING
Ahad, Ogos 17, 2014
union busting

Penggantungan Kerja Pegawai Utama RUM dan Seorang Pengerusi Cawangan berkuatkuasa 16.8.2014 selama 14hari dengan separuh gaji, siasatan dalaman akan diadakan sedikit masa lagi.
Pegawai Utama RUM:
Abdul Razak - Presiden
R.Subramaniam - Timb Presiden
Ali Subra - Naib Presiden
Jaafar Alias - Setiausaha Agung
Rasul - Penolong. Setiausaha Agung
Hairuddin - Bendahari Agung
Abdul Halim - Penolong Bendahari Agung.
Pengerusi Cawangan:
Abdul...
16 Ogos 2014
Presiden KTMB mengunakan strategy "dengan niat jahat"!
Sabtu, Ogos 16, 2014

Tak sekelumit pun rasa gentar, Presiden KTMB jangan ingat RUM berdiam diri, kita tak pernah terhenti malah Putra Jaya RUM akan berpiket, ini aktiviti RUM lah "BODOH"! suka hati RUM lah nak wat apa pun, aktiviti RUM termaktub dalam undang-undang, bukan macam PRESIDEN KTMB yang "BODOH", guna undang-undang rimba yang layak berkawan dengan "BINATANG"!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
Anjing tetap anjing
Sabtu, Ogos 16, 2014

Kalau dinamakan "ANJING TETAP ANJING", dilepaskan Anjing pasti digigit balik!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
Undang-undang rimba
Sabtu, Ogos 16, 2014

Undang-undang rimba digunakan dalam hutan, pengamalnya ialah "BINATANG"!
Yang layak di gelar pada "PENGAMAL" undang-undang rimba ialah "BINATANG"!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
Kekejaman
Sabtu, Ogos 16, 2014

Manusia akan hilang pertimbangan dan akan membuat sesuatu diluar dugaan demi projek, biar terpaksa memasukkan pasir di periuk nasi seorang yang dinamakan "kuli".
Kekejaman Yahudi pada Rakyat Palestin!
Kekejaman Datuk Presiden KTMB kepada kepimpinan RUM dan seluruh warga RUM!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
15 Ogos 2014
OSHEN
Jumaat, Ogos 15, 2014

Surat kesatuan semalam telah terbukti benar dengan email yang diterima pagi ini.
Pihak kesatuan mengambil pendirian seperti surat yang dihantar semalam.
Terima kasih Pengurus Besar OSHEN, tunggu surat kami yang berikutnya.
Komen RUM
Kerana
Wang dan pangkat....
Maruah diri pun boleh dijual...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
14 Ogos 2014
Esuk 15 Ogos 2014
Khamis, Ogos 14, 2014
Mesyuarat Jawatan Kuasa Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan Dan Persekitaran Induk.
Mesyuarat yang lepas pada 11 Julai 2014 ditangguhkan kerana ketidakhadiran Datuk Presiden KTMB
Difahamkan Mesyuarat esuk juga tanpa kehadiran Datuk Presiden KTMB.
Dibawah ini dipetikan surat kesatuan yang dihantar semalam dan disesalinankan kepada YAB DS Perdana Menteri dan semua yang ada kaitan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlu disedari bahawa tahap keselamatan warga pekerja...
13 Ogos 2014
Aktiviti RUM
Rabu, Ogos 13, 2014

Seksyen 5 (1)(d)(ii)
Akta 177
Lencana RUM telah siap dan akan diedarkan pada semua ahli-ahli RUM, cawangan - cawangan hendaklah menyerahkan kepada setiap individu ahli untuk dipakai di baju.
Protes mengunakan lencana ini berkuatkuasa pada hari ini sehingga Datuk Presiden KTMB disingkirkan dari KTMB.
In Syaa Allah, perjuangan kita untuk menyelamatkan KTMB akan diteruskan sehingga berjaya.
Destinasi kita selanjutnya ialah ke Putrajaya.
Kenyataan...