Mudah betul bagi pinjaman bagi orang yang berduit dan orang yang ada hubungan dengan politik.
Boleh "kaw tim" supaya faedah tak dibayar, untungnya...
Kes sebegini RUM yakin bukannya kes yang pertama, malah banyak lagi kes yang tidak terkeluar atau tidak dapat dikesan.
Cuba tanya kami "SI KULI" ini, bagaimana sukarnya nak buat pinjaman, panjatlah mana bank pun, kononnya diberi alasan "PROSEDUR BANK NEGARA".
"PROSEDUR BANK NEGARA ATAU DASAR BANK NEGARA" siapa yang buat? kenapa begitu ketat sehingga kami nak buat pinjaman pun sukar malah belum apa-apa, kononnya masuk sistem terus reject.
Ohhh... kami kuli... kami dikatogerikan golongan kucing kurap, tak layak... maka permohonan tiada budi bicara hanya melalui sistem terus reject.
Yang boleh buat pinjaman ialah orang yang dah kaya yang akan terus kaya, yang ada hubungan dengan politik, yang boleh diberi kuasa budibicara, yang boleh diberikan keistimewaan tanpa faedah.
Hebat... hebat...hebat...
Kuli jugak jadi mangsa!!!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB