03 Jun 2014

BANK RAKYAT N DEEPAK

Saya pernah buat pinjaman Bank Rakyat 9 tahun dahulu, pernah kelewatan pembayaran kerana kesesakan kewangan, surat peguam pernah sampai dan saya dikenakan cas peguam, Alhamdulillah pinjaman berjaya diselesaikan 3 tahun yang lalu malah pinjaman berjaya diselesaikan kurang 12 bulan dari tempuh pinjaman.

Ceritanya setiap peminjam mesti kena faedah dan kalau lewat maka surat peguam pun sampai, kos peguam juga ditanggung oleh peminjam. 

Maka kami yang berpendapatan rendah, tiada hubungan politik, tidak kenal Pak Menteri tidak boleh dikecualikan dari dikenakan faedah malah kena tanggung kos peguam lagi.

Bezanya "DEEPAK" orang yang berduit meminjam wang berjuta RM boleh dikecualikan pembayaran faedah hanya kerana ada hubungan dengan orang politik.

Beza antara "KULI dengan "ORANG KAYA", yang kaya dapat keistimewaan yang miskin terus ditekan.

Kalau saya sendiri terlibat, maka ada ribuan mungkin jutaan insan khususnya golongan "KULI" juga merasa situasi yang sama.

Wahai Pak Menteri, anda juga dilantik, anda juga di pilih, tak selamanya ditempat tinggi, akhirnya kebawah juga.

Kami sentiasa memerhati apa yang anda lakukan, ingat anda juga berdarah merah, kami juga berdarah merah, akhirnya disemadikan kedalam tanah hanya dibungkus dengan kain putih.

Kalau nak bersih, Pak Menteri ini ditamatkan perkhidmatan, (samada dia buat atau tidak... dah tak timbul, imej dah terjejas dengan teruk) dia dah "FAILED", tak ada faedah simpan Pak Menteri sebegini kerana kami golongan "KULI" dah menyampah dengan manusia yang berkepentingan diri.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB